
2. Makanan Murah.
Mungkin ramai tak setuju. Jangan la compare harga makanan di kedai mamak Pelita or Kayu Nasi
Kandar. Kedai mamak sebegini dah naik taraf ke ‘restaurant mewah’. Tapi
3.
Sampai tua pun aku tidak mungkin beli TV saiz badan aku. Gila… Tapi di kedai mamak hatta bulu hidung John Terry pun boleh nampak, apatah lagi jerawat Fernando Torres. Some mamak stall bukan sahaja ada TV besar yang ada roda tapi ada screen besar lagi. Khas untuk tanyangan bolasepak. Memang puas hati. Rasa macam duduk dalam panggung wayang yang ada makanan, TGV ada panggung macam tu rasanya…
4.
Ramai manusia tidak suka hidup bersendirian. Antara indicator kita lonely adalah makan alone.
Kalau pergi kedai makan Melayu or fast food restaurant, walaupun ramai orang kita tak rasa diterima. Masing-masing dengan hal sendiri. But di kedai mamak, agak lebih mesra, lebih ramah. Bertukar-tukar lighter, minta kerusi, pinjam ash tray, sama-sama maki pekerja mamak yang slow atau sama-sama kecewa/gembira jika ada perlawanan bolasepak. Senang kata, di kedai mamak everyone lebih friendly.
5. Kedai Mamak Melangkaui Batas Status.
Maksud aku, semua golongan manusia diterima dikedai mamak. Semua
taraf. Tak kira student, orang tua, pemuda, orang kaya, orang miskin, semuanya. Even most local artist pun declare they hang out at mamak stall. Jadi, bila lepak disana kita boleh imagine diri kita up to date, dan mengikuti perkembangan zaman.
6. Sesuai Untuk Apa Jua Occasion
Seriously, aku rasa di kedai mamak kita boleh adakan apa-apa upacara. Maksud aku, samaada business meeting, lepak dengan kawan-kawan, dating dengan girlfriend, even majlis birthday. Ok, birthday party maybe melampau… tapi tak salah rasanya. Tauke kedai mesti support. Senang untuk buat decision, bila ada orang Tanya, “nak lepak mana?”. Jawapan paling mudah… “mamak”. Tak kira lepas class, lepas main futsal, lepas sembahyang terawih atau lepas clubbing. Aku lihat ramai juga budak muda jadikan kedai mamak tempat berbuka puasa, sahur lagilah ramai.
7.Kita Raja.
Ini antara sebab utama ramai budak Melayu suka lepak kedai mamak. Dan ini juga factor mereka
boleh beat kedai makan jenis lain. Disana kita adalah raja dan pekerja-perkerja disana adalah hamba kita. Maaf cakap, memang scenarionya hampir sebegitu. Kita boleh suruh apa sahaja. Minta tissue, minta straw, minta air kosong 10 kali, even minta panadol. Segala-segalanya kita boleh arahkan dia. Memang ada pekerja yang buat
macam… sekali lagi maaf cakap…. macam hamba. Jangan salah sangka, aku tidak andaikan mereka hamba, aku hormat mereka, selalunya aku akan cakap thanks bila mereka dah jalankan apa-apa suruhan aku. Lagipun, member-member aku tahu la… aku lebih suka ambil sendiri apa-apa yang aku nak. Even kadang-kadang aku bangun dan pergi order air sendiri di pembuat air.
Aku tidak berniat menguji keimanan korang dengan gambar makanan diatas. Ok, aku tipu.. memang niat aku nak menguji. Hahahhaa...Kalau posting ini dibaca pada pukul 2-5 petang confirm korang akan marah aku. Relaks, ujian bulan Ramadhan memang banyak. Nampak sedap je nasi lemak dan ABC tu kan. Hahahaha....
P/S: Posting ini tidak ditaja oleh mana-mana kedai mamak. Samada Darul Ehsan Section 17, Shah Alam.… Atau Restauran Hakim Section 7 a.k.a Shah Alam’s Anfield.