Showing posts with label isteri aku mengandung. Show all posts
Showing posts with label isteri aku mengandung. Show all posts

Wednesday, May 13

Aku Pun Pregnant?

Sentuh pasal Hari Ibu sikit….

Daripada Wikipedia (since everybody using wikipedia for fact and figures), sambutan hari ibu disambut di ditarikh yang tidak sama seluruh dunia….

Kenapa hari ibu di Malaysia disambut pada hari ahad kedua pada bulan Mei setiap tahun?
Siapa yang tentukan tarikh tu?

Sesiapa yang ada free time banyak di office atau budak-budak university yang baru habis exam tolong search info ini dan berikan aku jawapan.

Ok, aku nak ajak member-member disini lupakan pasal kemelut kusut yang semakin karut di negeri kelahiran aku. Aku nak buat posting lucu. Seperti posting-posting bertujuan mencuti hati yang lain, kalau sambil baca korang tidak sekurang-kurangnya tersenyum, itu adalah kegagalan otak korang untuk mendetikan kelucuan. Bukan kegagalan aku mengarang warkah lucu. Faham? Haha...

Before aku proceed kena jelaskan dua fakta ini dahulu:

1. As most of my real life friends (also cyber friends) tahu, my wife sekarang berbadan dua. Dalam badan dia ada satu lagi badan. Ajaib kan? Kuasa tuhan…

2. Ramai juga yang dah tahu tubuh badan aku sememangnya dah macam orang mengandung. Maksudnya aku dalam kategori lelaki gemuk. Or bahasa sopannya, berbadan besar atau bahasa yang lebih mesra atau bahasa nak cover kutuk, orang cakap berbadan comel.

Jadi yang menariknya, semasa memerhatikan telatah, gelagat kepayahan isteri aku melakukan pelbagai perkara, aku sering tersenyum sebab kesukaran tersebut sebenarnya aku memang alami for like... 20, 30 years... Sejak aku mula ada ingatan. Hahaha..


1. Naik Tangga Slow

Aku duduk apartment atau pangsapuri tingkat 2. Jadi memang everyday wife aku naik tangga perlahan-lahan. Kadang kala stop di tingkat satu ambil angin. Sampai tingkat 2, berhenti sekali lagi sebelum teruskan ke muka pintu. Bila dah masuk rumah terus cari air, penatnya macam baru lepas lari marathon. Aku duduk kawasan perumahan tersebut sejak zaman bujang sehingga dah kahwin, masa bujang tingkat 3, dah kahwin pindah tingkat 2. So, memang everyday aku rasa penat nak mampos masa naik tangga. Setiap kali naik tangga akan slow and steady. Selalunya sampai tingkat satu aku akan lepak berborak dengan orang tingkat itu. Same goes for each floor. Kalau malam-malam lapar, takde makanan dalam rumah, sanggup tunggu breakfast esok. Takdenya aku nak turun bawah semata-mata nak beli nasi sebungkus semata.


2. Malas Bangun Untuk Ambil Barang

Kalau melepak depan TV or atas katil memang confirm malas nak bangun dah. Kalau boleh before duduk make sure everything within reach. So, kalau rasa nak tengok AF or Bola (tengok siapa menang 1,2, juz), kami akan pastikan semua ini berada dekat dengan badan:
Both TV and Astro remotes (to flip channel)
Semua mobile phone (untuk reply msg member, bukan untuk vote AF)
Air
Penggaru
Coklat, gula, asam, etc.
Bantal
Tisu (untuk lap air tumpah, bukan untuk lap air mata)
Minyak urut (incase kaki or pinggang sakit)
Dulu wife aku bising, dia cakap aku malas bangun la… berat lah.. ini lah... sekarang dia pula rasa. Hahaha…


3. Cepat Penat

Standardnya orang wanita suka shopping. Or sebenarnya mereka sanggup kepenatan pusing satu shopping complex semata-mata nak dapatkan sesuatu yang mereka impikan. Orang lelaki pun suka shopping, cuma kita malas nak berjalan jauh-jauh. Tapi sejak pregnant ni wife aku pun dah makin kurang berjalan untuk bershopping. Penat… Bagus-bagus, dulu masa bercinta or masa mula-mula kahwin aku sampai terpaksa duduk bersila kat tangga tunggu dia memilih barang. Sekarang tidak lagi. Sama-sama cari bangku lepas 15 minit berjalan dari parking lot ke dalam shopping complex.


4. Selera Makan

So far wife aku tidak pernah minta benda pelik-pelik or orang kata mengidam. Paling kritikal pun dia teringin keropok losong Terengganu. So, just balik kampong dan makan lah. Tapi kalau kena time selera makan dia datang, memang meriah. Asal jumpa makanan yang diminati confirm nak. Jalan jauh-jauh dalam kereta mulut non-stop menguyah, sambil tengok tv kepala berfikir apa ada dalam peti ais yang boleh dimakan, sebelum tidor dah fikir esok nak breakfast apa. Syndrome orang mengandung memang macam tu kot. Yang menariknya, aku dari dulu memang macam tu. Member-member aku memang tahu lah nafsu makan aku memang sentiasa tinggi. Lepas makan nasi kenduri kahwin, on the way balik kena singgah makan tepi jalan lagi. Hahahaha…. So, since sekarang both aku dan wife selera makan memuncak-muncak badan aku pun dah macam dipam-pam macam belon. Tapi yang peliknya, bila selera wife aku hilang… semua jenis makanan tak boleh masuk, selera makan aku maintain je.

Ada la beberapa persamaan lagi antara aku dengan wife aku sekarang yang sedang berbadan dua, antaranya suka duduk tempat sejuk (air-cond), memilih tandas yang selesa, lengoh-lengoh badan, dan benda-benda sebegitu. Kalau perempuan mengandung for 9 months plus, aku dah berpuluh tahun mengandung. Hahaha...

So, how? Korang tersenyum tak baca kisah aku tu? Ada orang beritahu aku, to increase reader loyalty blogger kena sekali-sekala bercerita kisah yang agak peribadi sikit dalam blog. Agar pembaca rasa dekat dengan blog owner. So, this posting is my answer to that advice. Ok la tu, kan?

Also, sila baca blog entry wife aku ini. Kandungannya yang masuk bulan ke tujuh ada sedikit masalah. Not a big deal doctor cakap. Tapi since first time nak jadi bapa ni rasa gerun dan risau tak lekang dalam kepala otak aku. So, aku harap member-member disini tolong doakan baby dan ibu akan selamat. Seriously, tolong doakan. Aku minta few seconds of your time lepas sembahyang just ingatkan permintaan aku ini. Lepas doakan kesejahteraan diri, ibupada dan family korang tolong selitkan doa untuk wife aku. Doakan wife aku dan baby selamat…

Tengok keajaipan dan kepayahan perempuan mengandung rasa insaf sekejap. Betapa payahnya ibu kita mengandungkan kita dulu. Daripada cerita rakan-rakan perempuan mengandung anak lelaki lagi payah dan sakit berbanding anak perempuan. Aku tahu mak aku tak baca blog, last time aku beritahu dia aku ada blog dia samakan aku dengan Raja Petra. Tapi aku still nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak dan mak mertua aku. Mana la tahukan kot-kot akak, abang, akak ipar or abang ipar sampaikan cerita dengan mak atau mak mertua aku. :)

Fuh! Dari konon-kononya posting lucu dah jadi serious dan sedih la pulak. That’s life… kan?

Total Pageviews

. page counter