Showing posts with label hormat. Show all posts
Showing posts with label hormat. Show all posts

Monday, October 20

Kenapa Kita Hormat Seseorang?

Notice: Posting serious sikit, dah lama tak buat posting serious.

Aku posted previous posting last Thursday evening sebelum aku balik ke rumah dari office. The next morning aku received beberapa sms dari kawan-kawan yang kata aku dah kaya. Mulanya aku blur sekejap, then aku teringat pasal blog aku serta paparan income palsu yang aku tulis. Obviously some of my friends too lazy to read the whole blog post. They read the title, skip the introduction, baca beberapa ayat ditengah article dan terus click gambar. Then not even bother to read the ending, terus sms or call aku. Bila aku suruh baca sampai habis baru mereka faham. Hahaha.. apa lah…

Next month my company and one local council in Selangor nak organize satu event yang involve banyak pihak. So, aku akan belajar cara-cara nak layan tetamu-tetamu terhormat. Macam-macam protocol kot.

Then aku terus terfikir, why should we respect somebody? Duit? Ilmu? Attitude? Kedudukan? Achievement? Popularity? Umur? Jawapan paling mudah adalah combination of all element, seseorang jadi kaya sebab dia berilmu dan baik terhadap orang lain seterusnya kerana kejayaan dia dalam bidang yang dia ceburi, dia akan diberi kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan menjadi terkenal, kan? But which of the element yang paling penting untuk kita hormat seseorang? Remember my argument here is which one is the most important…

Secara logiknya ilmu adalah kayu pengukur paling bagus untuk kita hormat seseorang. Lagi pandai orang itu kita patut hormat dia lebih. Tapi, cikgu sekolah yang pastinya lebih berilmu compare to their own student pun tidak dihormati oleh murid dia sendiri. Baru beberapa hari lepas keluar cerita pelajar perempuan tendang cikgu dalam class, gilo! Banyak juga pendapat dan pandangan dari cerdik pandai yang tidak diendahkan dalam masyarakat kita. Teguran para ulama yang sememangnya arif dalam ilmu agama pun tidak selalu diambil berat, kalau tidak, takkan carnival Jom Heboh boleh terus berlansung dibanyak negeri walaupun terang-terang ada mufti yang mengharamkan aktiviti sebegitu. Jadi jelaslah, ilmu bukan element terpenting dalam menghormati seseorang dalam masyarakat kita hari ini.

If we ask Malacca government, in particular Ali Rustam and his best friend, Daim Zainuddin, confirm they will tell us popularity adalah elemen terpenting. (Mesti ramai dah boleh agak kes apa aku nak kutuk ni, kan?). Apa gila bagi Datukship kepada Shah Rukh Khan. Anugerah Datuk adalah kepada mereka yang dihormati dan berjasa kepada masyarakat dan negara, aku tak nampak apa significantnya lakonan Shah Rukh dalam One 2 Ka 4 yang konon-kononnya mempromosikan Melaka mengizinkan dia dihormati oleh kerajaan yang terkenal dengan kisah pahlawan Melayu itu. Without doubt, Malacca government made a big mistake, kita tidak patut anggap popularity seseorang sebagai alasan untuk menghormati dia. Since a lot of parties condemning that decision, so I believe I share the same view with rest of the public.

Kedudukan seseorang juga aku rasa tidak lagi menjadi sebab utama seseorang itu dihormati. ‘Kedudukan’ yang aku maksudkan adalah seperti kerabat diraja, anak tok penghulu, CEO syarikat besar atau menantu perdana menteri. Selalunya kita semua dipaksa untuk menghormati mereka yang berkedudukan. Dalam erti kata lain, kita tidak hormat mereka tapi kita takut dengan mereka. And, lepas pilihanraya umum dulu jelas terbukti our politician not even care to hide their disrespect towards our rulers. Decision Sultan dan Raja tidak ditakuti, malah dipersoalkan secara terang-terangan. Aku juga yakin ramai orang respect Khairy Jamaluddin bukan sebab dia menantu Pak Lah, tapi ada sebab lain, samada sebab dia pandai or sebab dia berani. Since before this, we not witness the same respect people gave to anak-anak Mahathir.

Ok, malas nak go through one by one all the posiblities aku mentioned kat atas tadi. Just straight to the point je lah. Aku rasa masyarakat kita hari ini hanya akan hormat mereka yang kaya. Lagi kaya, lagilah dihormati. Tak kira apa kedudukan dia, betapa tinggi ilmu dia, dia terkenal atau tidak, dia hodoh atau cantik. Asal sahaja dia boleh buktikan yang dia kaya, confirm orang ramai akan hormat dia. Memang ada pengecualian untuk beberapa kes, seperti dalam pertubuhan tertentu, dalam institusi tertentu dan sebagainya. But secara keseluruhannya dalam masyarakat kita, wang ringgit adalah the most important indicator samada kita patut hormat atau tidak orang tersebut. Jangan ada orang yang tidak mengaku, konon-kononnya dia tidak hormat manusia lain berlandaskan duit. Jangan la nak tipu diri sendiri, kita semua memang gila duit dan akan respect those yang berjaya kumpul paling banyak. Aku percaya sebab duit lah juga budak-budak UMNO hormat Khairy, staff hormat boss, samseng hormat kepala gangster, ketua kampong cium tangan wakil rakyat, downline sanggup keluar minum dengan upline berjam-jam dan dihighway Kancil pindah lane kalau BMW ada kat belakang.

Sebab tu lah aku nak jadi kaya, aku nak orang hormat aku. Hahahha….. Aku taknak kehidupan yang selesa, tinggal kat dalam banglow besar, drive kereta yang aku tak reti nak pronounce brandnya, melancong ke Bahamas every month.

Aku cuma nak orang hormat aku dek kerana aku kaya raya… Fuh!

Kita semua memang bengong!

(Aku dah cakap, posting serious…membengongkan semua orang, cukup serious dah aku rasa, kan?)

Total Pageviews

. page counter