Showing posts with label gambar di facebook. Show all posts
Showing posts with label gambar di facebook. Show all posts

Monday, September 14

Kenapa Aku Benci Facebook

Kalau search kat Google soalan macam tajuk title ni, akan jumpa banyak article orang tulis kenapa mereka benci Facebook. Aku nak tulis pula versi aku, my own reason why I hate Facebook.

Ok, masa mula-mula Facebook keluar dulu. Aku bayangkan ianya sama seperti lain-lain social page macam Friendster, Myspace, Tagged dan sebagainya. I believe I not alone to made that assumption. So, aku pun malas la nak register. Tapi selepas semakin ramai orang guna Facebook, Facebook seolah-olah dah jadi social page yang formal. Ahli politik, celebrity, sportsman, semua ada Facebook. As mention by David Letterman beberapa bulan lepas, “When Oprah use Facebook, you know it is cool enough for you to join in….”

Jangan salah faham, aku pun suka Facebook. Beberapa bulan je aku baru create account Faceboook, aku dah nampak kenapa orang suka malah ada yang gila dengan menatang tu. Antara reason kenapa orang suka Facebook:

1. Merapatkan hubungan kawan-kawan, family, saudara mara.
2. Jumpa kawan lama.
3. Main pelbagai jenis game.
4. Jadi member dengan celebrity.
5. Promote barang, business, diri sendiri… cari duit.

So, aku sedar memang banyak kebaikan Facebook. Tapi still, nak act konon-konon aku ni unique, konon-konon aku lain dari orang lain, konon-konon aku ni berfikiran creative atau dalam bahasa mudahnya, aku nak jadi poyo… so, biar aku try perah kepala untuk cari alasan kenapa aku benci Facebook. Ini dah boleh masuk dalam kategori hipokrit ni. Muhahahhaa…!


1. Berjuta Jenis Request

Maybe not berjuta, tapi still banyak gila request, gift, hadiah, ucapan, diberikan oleh kawan-kawan. Memang lah kita boleh buat tak tau je, tapi setiap kali buka Facebook akan nampak benda tu di sebelah kanan atas, rasa geram je nak ignore or accept satu persatu. Rasa rimas nak biarkan benda-benda tu makin lama makin banyak. Dekat nak raya ni, setiap hari berlambak orang hantar kad dan minta duit raya. Hahah..!


2. Email Notification
Ok, maybe aku sendiri yang tidak pandai or malas nak ambil tahu bagaimana nak disablekan email notification. Tapi memang sakit mata setiap kali buka email ada berlambak notification dari Facebook. Member tinggalkan message, member hantar request, member tag gambar, dan macam-macam notification lagi.

Email notification dari Facebook untuk lebih kurang 2 jam


3. Tag Gambar
Ini most probably kepada orang-orang nakal macam aku lah. Imagine aku pergi melepak dengan member-member. Then aku bawa seorang kawan perempuan ke gathering tu. Ada pula kawan ambil gambar kami beramai-ramai dan post di Facebook dia seterusnya TAG aku. Shit…! Anybody buka Facebook aku akan nampak gambar tu, unless aku manually pergi remove tag.


Kalau aku busy, tak sempat or tak perasan nak untagkan, kantoi… kalau wife, ipar duai or girlfriend aku yang lain nampak, boleh perang besar. Contoh diatas tu sebagai contoh semata-mata, kenakalan aku tidak kena mengena dengan kegatalan aku sebagai seorang lelaki. Hahaha…!


4. Kuiz-kuiz Bangang

Maybe melampau la aku namakan bangang, tapi kadang kala memang menyampah aku dengan kuiz entah apa-apa. Antara yang paling glamer adalah “Kuiz Bahasa Kelantan”, “Kuiz Loghat Utara”… aduhai. Lepas tu ada pula kuiz-kuiz peribadi, “Kuiz Mengenali Affandi”… or kuiz-kuiz nakal “Anda Hebat Di Ranjang?”. Siapa rajin create semua kuiz-kuiz tu. Aku harap kepada kawan-kawan aku yang rajin dan ada terlalu banyak free time nak main kuiz-kuiz ini, tolong la jangan publishkan result korang kepada kawan-kawan yang lain. Menyemak front page je. Kepada orang yang create kuiz tu pula, instead of create dan upload ke Facebook tanpa mendapat sebarang keuntungan wang ringgit, better kau buat satu blog dan penuhi dengan pelbagai jenis kuiz-kuiz bangang. Since kuiz-kuiz ni glamer, ramai peminat tentunya blog mampu nak generate duit untuk kau.


5. Game Yang Best-best

Aku memang bukan kaki computer game. Dari azali lagi aku hanya suka tengok gelagat kawan-kawan main game je, nak main sendiri memang tak pandai, tak berbakat. Cuma aku benci game-game Facebook yang best dan mengkhayalkan sebab, satunya aku sendiri pun dah terjebak. Berjam-jam masa aku sehari aku habiskan main game. Keduanya, hati aku panas tengok budak-budak office aku baik lelaki atau perempuan main game-game Facebook. Dulu masa game yang sama atau hampir sama di social networking sites lain takde pula masing-masing gila nak main. Tapi di Facebook semua sibuk nak merasa.


6. Memupuk Sifat Irihati Aku
Ok, ini masalah peribadi aku lah. Mungkin korang semua yang berhati mulia tidak seperti aku, jadi tiada masalah sebegini. Lazimnya, bukan semua tapi selalunya orang akan letak gambar paling best di akaun Facebook mereka. Gambar kereta mewah, gambar melancong ke luar negara, gambar dinner di hotel-hotel mewah, gathering dengan kawan-kawan di restaurant ada class, dan macam-macam aktiviti yang boleh dibanggakan lagi. Jadi, aku sebagai pendengki sejati akan terus rasa iri hati dan dengki dengan kehidupan member aku tersebut. Jadi kepada kawan-kawan aku yang lain, tolong kurangkan sikit brag about youself di Facebook, kesianlah kepada poor cousin seperti aku yang hanya akan membusukkan lagi hati aku yang dah sememangnya tidak wangi. Memang niat korang nak share happiness, tapi ketahuilah zaman sekarang berapa kerat sangat sahabat yang kita boleh share hapiness. Sila baca posting aku pasal kawan (disini:kawan) untuk lebih memahami.


Itulah sahaja 6 points kenapa aku benci Facebook. Ada beberapa points lagi, tapi aku terlupa nak listkan. So bila nak menaip semua idea-idea tu dah hilang. Chow.... nak pegi meeting dan terus berbuka.

Total Pageviews

. page counter