Showing posts with label faizal tahir dedah dada. Show all posts
Showing posts with label faizal tahir dedah dada. Show all posts

Wednesday, January 16

Faizal Tahir Buka Baju

Aku rasa nak gelak baca berita Utusan hari ini. Faizal Tahir dikritik dan didenda kerana terlalu asyik dan taksub semasa membuat persembahan. Dia didenda sebab buka baju dan menayangkan dada semasa menyanyi. Ermm… aku kurang faham dimana ‘keterlaluan’ yang dimaksudkan? Adakah dada lelaki kini dah jadi bahan lucah. Kalau ada aksi lelaki buka baju dalam drama, filem atau dalam rancangan sukan tidak mengapa, tetapi kerana rancangan hiburan itu live so dia dicemuh dan didenda. Pelik pun ada rasanya. Ok, mungkin aksi ganasnya yang seolah-olah artis barat sedikit tidak baik untuk ditonton oleh kanak-kanak kecil, tapi ia cuma dada seorang lelaki… bukan dada perempuan…! Adakah drama atau filem yang ada adegan lelaki tidak berbaju dikategorikan sebagai 18SX?

Bila terbaca cerita ini, aku teringat kes Janet Jackson yang mengalami nasib yang sama. Dada dia jugak terbuka masa persembahan live half time super bawl. Kalau Faizal tunjukan symbol Superman didada, Janet pula tayang lambang bintang di buah dada, lebih tepat di putting buah dada. Wardrobe malfunction konon.

Sememangnya artis barat biasa menayangkan buah dada apabila ingin menarik perhatian umum. Drew Barrymore kembali popular selepas menayangkan buah dada diatas meja David Lettermen.

Mungkin Faizal Tahir pun nak jadi popular dengan menayangkan dada…. Hahaha…

Aku rasa kalau dada lelaki di’haram’kan di atas stage, bagaimana pula dengan dada, bontot, dan peha wanita? Daripada kecoh pasal dada Faizal yang bukannya seksi pun (takkan ada perempuan ghairah tengok kot), lebih baik concentrate dengan peha dan dada gebu artis-artis wanita yang tiap hari kita boleh tonton di tv, majalah atau inbox email.


P/S: Aku rasa pembaca blog ini semuanya cukup dewasa untuk melihat dan membaca posting sedikit lucah. Inform me if you think otherwise. Ok.

Total Pageviews

. page counter