Showing posts with label bohong sunat. Show all posts
Showing posts with label bohong sunat. Show all posts

Thursday, August 16

Bohong Sunat?... Sorry Mak

Notice: Kalau tak berminat dengan kisah hidup aku, jangan baca.

Yesterday aku ‘berbohong’ pada mak aku. Kalau ada orang ingin bercerita pasal bohong sunat sila baca entry ini dahulu. Aku rasa ini betul-betul kisah terbaik untuk menggambarkan apa itu Bohong Sunat a.k.a berbohong untuk dapat pahala, Insyaallah. Tak percaya? Baca…!

This weekend akak aku ada majlis convocation kat USM, Pulau Pinang. Last 2 weeks my mum told me that. I not really care about it seriously, walaupun aku sempat sent sms congrulate her. Mak aku assume my sis going to bring her to witness the ceremony. But sadly semalam mak aku dengan sedihnya call aku and inform instead bawa mak aku kesana, akak aku akan tinggalkan anak-anak dia and her maid with my mum for few days. Aku boleh baca dari perbualan telefon tu yang my mum really sad. I also knew she already buat baju baru just for that moment with her only daughter.

Then aku cakap;
“Takpe lah mak… dah Nyah (panggilan aku kepada akak aku) tak nak bawa nak buat cammana. Weekend ni Fandi balik kita pergi makan sate Wak Teni dengan Alif and Aina (anak-anak akak aku)… ok?”

Mak aku sedikit gembira bila kata aku nak balik. She start buying sotong, ketam, ikan besar-besar (aku tak tahu nama) to prepare makanan kegemaran aku. Sotong masak cili, ikan bakar, sambal tempoyak, sambal belacan… Fuh..! Nobody in the world can cook as good as my mum. Seriously, my girlfriend maybe among the one can challenge her lah. But Perak and Terengganu totally different, so, hard to compare. Hehehe…

After hang up phone with my mum, aku terus call akak aku. Aku tanya kenapa tak bawa mak ke convo? She gave all kind of excuses lah, mak tak sihat, hotel penuh, takut tak sempat.. bla..bla..bla.. Aku cut her off, aku cakap;

“Fandi tak peduli, lantak lah Nyah kena booking 5 star hotel ke, sewa rumah tumpangan Ah Chong ke, contact semua sedara mara kat Penang ke…Fandi nak Nyah bawa mak ke Penang this weekend. Dia dah buat baju baru, tahu tak?!”

Akak aku pun terkejut pasal baju baru tu, and dia pun sedih sebab dia tak sangka mak aku nak ikut. For her, ini hanyalah token kepada kepayahan dia study luar campus for 3-4 tahun. Bodoh punya akak (aku cakap dalam hati)… mana-mana ibu bapa pun nak tengok pencapaian anak dia tak kira lah apa sekalipun termasuklah menang tupperware lari dalam guni. Then, she told me she will discuss with his hubby.

1 hour later…

Mak aku call…

“Nyah kau tetiba telefon, bagitahu nak bawa mak pergi convo dia… kau tak perlu balik la weekend ni… boleh la mak try baju baru…”

Daripada percakapan dia aku tahu dia suka teramat sangat. Aku rasa nak menitik air mata masa tu. Then, aku buat-buat sedih beritahu dia aku nak makan masakan dia. Dia janji next weekend dia akan masakkan. Hahahhaa…

Sambil drive bawa kereta lepas bergaduh dengan engineer dari DBKL tingkat 17, aku boleh lagi tersenyum. Mengenangkan aku baru sahaja berbohong kepada mak aku.

Harap-harap Allah ampunkan dosa aku. Amin…


Total Pageviews

. page counter