Selepas beberapa hari this blog display serious stuff at latest posting, now aku nak berceloteh benda santai sekejap. Esok, lusa kita bincang benda serious semula.
Khamis (malam), Jumaat, Sabtu dan Ahad aku habiskan dengan mak aku di kampong. Main task sebenarnya adalah prepare my house for my big day October nanti. Sort like kick start the wedding preparation. Kemas bilik, beli perabot, booking catering, cari tempat nak buat majlis, bla…bla…bla…
“ Fandi…! Fandi….! Apa yang lama benor, apa kamu buat? ”
Satu kedai toleh kat mak aku dan terus cari sapa gerangan empunya nama Fandi. Aku terus pergi kaunter bayaran, cepat-cepat minta barang yang aku nak. Pembantu kedai pun kelam kabut tolong dapatkan semua barang yang aku nak dan aku potong queue untuk bayar. Aku senyum je keluar dari kedai dan terus pergi ke kereta. Dalam kereta aku teruskan senyum. Mak aku rasa bersalah sebab malukan aku, dia cover dengan cakap yang air cond kereta dia dah tak sejuk. Itu yang dia tak larat nak tunggu dalam kereta lama-lama. Tapi memang besar kemaluan aku masa tu, hari cuti, kedai tu memang penuh dengan customer.
2nd funny story masa nak pasang air cond dalam bilik. Installer tu janji nak datang evening, around 5-6 pm. Tiba-tiba pukul 6 dia call dan cakap akan sampai around 6:30. Tapi dah pukul 7 mereka belum lagi sampai. Aku call mereka semula dan mereka cakap mereka on the way. Sampai je dirumah aku dalam pukul 7:30 malam. Mak aku dah start membebel. Dia punya bebel dari dapur boleh dengar sampai dalam bilik yang nak pasang air cond ditingkat atas. 2 orang budak installer tu dah sakit telinga. Mereka terus call kawan mereka. Datanglah lagi 4 orang pembantu. Akhirnya ada 2 lori kecil dan satu van, 6 orang installer datang rumah aku nak pasang sebiji air cond. Hahaha… kerja yang sepatutnya 2 orang lakukan, jadi 6 orang sebab mereka tak tahan dengan bebelan mak aku. Dek kerana copper saluran gas yang lebih 6 kaki, aku terpaksa bayar RM30 charge tambahan. Tapi installer tu takut mak aku membebel, dia suruh aku datang kedai dia bila-bila untuk bayar. Hahahaha… Aku terfikir, memang power bebelan orang perempuan ni rupanya.
Ok chow… cuti sehari, berlambak kerja nak kena setelkan. Awal bulan lak tu, macam-macam document kena sign. Arrggh… malasnya. But spend few days dengan mak aku memang rasa best gila. You guys should try habiskan cuti melepak dengan parent. Relax dan santai je rasa. Next weekend aku tak berkesempatan nak balik kampung. So, aku wish je awal-awal.
P/S: Aku memang anak manja. Bongsu la katakan.
