Jijik betul aku dengar cerita babi diperbesar-besarkan oleh media.
Kepada yang tidak pasti apa yang aku maksudkan, maknanya korang memang duduk dalam gua for the past few weeks, ini summarynya:
1. Kerajaan Selangor luluskan ladang ternakan babi moden di Sepang yang menelan belanja 100 juta.
2. Pemimpin BN, wartawan BN, media BN dan kuncu-kuncu mereka kutuk maksima. Konon-konon PKR mengikut telunjuk DAP.
3. Pemimpin Pakatan Rakyat ada yang menyokong tindakan kerajaan Selangor, ada juga yang berkata kerajaan sebelum ini pimpinan Khir Toyo yang luluskan.
4. Dr Khir Toyo diblog beliau menafikan yang beliau meluluskan project tersebut, ianya masih diperingkat kajian.
Korang percaya sahajalah summary yang aku buat diatas, aku malas nak sertakan dengan link yang berkaitan.
Seperti pernah aku cakap disini, aku tidak pandai nak ulas isu hukum hakam agama. Tapi rasanya sememangnya tidak boleh sesebuah kerajaan Islam membenarkan ladang ternakan haiwan yang ternyata haramnya didirikan. Ianya diharamkan oleh Islam dek kerana reason yang tersendiri. Jadi semestinya memakan, menternak, dan segala usaha berkaitan dengan haiwan tersebut juga rasanya haram. Tolong betulkan pemahaman aku ini, jika dirasakan kurang tepat.
Jadi, obviously aku tidak setuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor meluluskan project tersebut. Siapa yang meluluskan? Tan Sri Khalid Ibrahim atau Dr. Khir Toyo? Aku tidak peduli. Tak kiralah mana pihak pun, aku tidak setuju dengan kelulusan tersebut. Tapi, jika difikirkan, apa Khalid atau Khir Toyo boleh lakukan? Kerana aku difahamkan sejak berpuluh tahun lagi tempat berkenaan sudah menjadi ladang ternakan babi secara kecil-kecilan. Ianya berselerak, dan diusahakan oleh ramai penternak. Jika kerajaan musnahkan semua, akan jadi isu besar seperti tahun lepas sekali lagi.
Aku tidak setuju dengan kelulusan itu dalam masa yang sama aku tidak tahu apa tindakan yang sewajarnya. Nasib baik aku bukan pemimpin, pening juga nak buat decision sebegini.
Sudah clear rasanya pendirian aku dalam perihal kelulusan project ternakan babi tersebut. Sekarang aku nak teruskan dengan mengutuk kebodohan mereka yang memperbesar-besarkan isu ini. Kepada KERAbat-KERAbat Barisan Nasional, wartawan-wartawan picisan, blogger-blogger hingusan tajaan UMNO, aku nak bertanya…
1. Luluskan ladang babi dengan luluskan pembinaan kilang arak, mana lebih teruk?
2. Luluskan ladang babi dengan luluskan lesen disko, mana lebih teruk?
3. Luluskan ladang babi dengan luluskan pembinaan casino, mana lebih teruk?
4. Luluskan ladang babi dengan menghalalkan rasuah, mana lebih teruk?
…..sudah boleh agak kot soalan-soalan lain yang boleh aku tanya.
Ceritanya sekarang, babi tersebut akan diusahakan oleh cha ya nun alif, akan dimakan oleh cha ya nun alif, dan akan dipantau oleh wakil kerajaan yang juga mungkin cha ya nun alif.
Tapi kemungkaran lain yang terpampang depan mata, disemai, dibaja, dijaga dengan rapi oleh orang Islam. Tak tahu la aku kalau-kalau penyokong BN risau takut-takut dengan kebanjiran daging babi akan membuatkan orang Islam teringin makan bah kut teh. Fuh…! Yummy....
Kalau kemungkaran lain ramai umat Islam (terutamanya orang UMNO) berani gunakan hukum akal dan logic fikiran untuk mencari dalil dan dalih agar ianya boleh ‘dihalalkan’ kenapa isu babi ini tidak? Kerajaan Selangor nak jadi pembekal daging babi terbesar dunia, biarkan sahaja… boleh masuk record dunia….Hahahaha…..Bengong.
P/S: Tolong


