Betul-betul santai punya topik. Takde idea dan masa nak ulas isu sensitive terutama pasal isu penggunaan nama Allah oleh agama lain. Cuba baca tulisan Che Det, nampak ringkas tapi tepat dan padat.
Back tu posting title... Aku maksudkan perihal manusia yang tidak suka angkat panggilan daripada nombor yang tiada dalam phonebook handphonw. 2 incidents berlaku membawa kepada terfikirnya benda ini.Beberapa minggu lepas aku outstation ke Johor. Member-member di Johor yang mostly kenalan atas urusan kerja pada masa itu cuma ada nombor telefon 016 aku sahaja. Then, suddenly aku terpaksa stay di Johor agak lama, seperti biasa aku jarang bawa charger… so, bateri handphone 016 aku habis. Sebelum betul-betul habis bateri, aku transfer a few numbers member-member Johor ke 012, since handphone 012 aku ada car charger. Then, aku call them using my 012. Daripada 3-4 orang yang aku call takde sorang pun yang angkat. Hampeh! Sampaikan aku kena sms, maklumkan siapa aku then baru mereka call aku balik. Aduhai… macam-macam alasan mereka bagi. Nanti aku reveal satu persatu.
Incident kedua, masa dapat berita sahabat aku meninggal a day before Krismas. Aku call seramai kawan yang mungkin untuk menyampai berita sedih tersebut. Aku rasa berita kematian tidak molek sekiranya aku sms sahaja. So, ramai juga member-member lama yang tidak simpan phone number aku. Alasan standard… tukar phone, handphone hilang… etc. Then, again ada la beberapa orang memang tidak angkat panggilan aku. Jenuh aku call berpuluh-puluh kali dari pagi sampai ke esok pagi, masih tak angkat. Akhirnya, aku sms… barulah mereka call balik.
Antara alasan-alasan kenapa aku dan member-member aku tidak angkat panggilan daripada nombor tidak dikenali:
1. Pencari Bohsia
Ini memang mainly reason utama aku tak angkat call dari nombor pelik-pelik especially tengah-tengah malam. From the incident nombor aku kena jaja oleh orang lain, dan aku dengan tak sengaja terjaja nombor sendiri di laman web. Ramai still anggap nombor telefon aku adalah nombor telefon bohsia. So, lepas pukul 11 malam, kalau dapat phone call dari nombor tak kenal ke 016 aku, memang aku ignore.
2. Tele-marketing
Walaupun dunia makin canggih, tapi marketing strategy menggunakan phone call masih lagi popular. Insurance, travel agent, pusat gym, banks, reward card, survey, business machine air… aku betul-betul hangin dengan kawan-kawan atau sanak saudara yang gatal tangan submit nombor telefon aku. Tapi kalau time-time boring seronok juga melayan. Hahaha….
3. Loan Bank
Ini antara reason utama ramai orang tidak jawap panggilan daripada nombor tidak kenal…menurut kawan aku, rupa-rupanya pihak bank akan call peminjam yang tidak bayar menggunakan line handphone jika mereka try guna ‘private number’ tidak dijawap. Waktu mereka call pula antara maghrib dan isyak. Pandai…pandai. Kalau still tek berjawap, they will sent sms ‘ugutan’, last option baru mereka hantar surat saman.
4. Stalker
Hahaha… tentunya bukan aku lah kan. Member-member perempuan yang perasan cun dan cute memang tidak akan angkat nombor telefon tidak dikenali sebab selalu kena kacau dengan lelaki-lelaki miang. Kesian... lain kali angkat dan biarkan phone atas meja, biar habis credit dia.
5. Avoid Musuh
Orang business terutamanya memang sukar nak baik dengan semua orang. Pastinya akan ada yang bermusuh dengan kita. So, kadang kala malas nak bertengkar, malas nak membebel, they just ignore any unfamiliar phone number.
6. Selalu Sangat Salah Nombor
Ada juga member-member aku yang malas nak angkat phone dari nombor pelik sebab selalu sangat dia received phone call cari orang lain. Maybe pemilik lama seorang salesman ke, agent insurance ke, or freelancer… sebab ramai sangat yang cari. Walaupun dah bertahun-tahun pakai nombor tu, still ada orang call cari owner lama.
7. Boss
Ada seorang member aku, aku try call 2 hari tak angkat phone. Lepas sms baru dia jawap. Menurut beliau, since nombor 012 aku boleh dikirakan sebagai cantik… dia assume boss or kaum kerabat boss dia call. Dia ada terbuat sedikit salah day before, so during weekend dia malas nak fikir pasal kerja. Monday nanti baru dia nak face the music. Aduhai… cam tu punya alasan pun ada.
Aku ada 2 handphones, satu nombor yang office beri 0162266654 dan satu lagi nombor peribadi 012. Nombor telefon peribadi aku 012 jarang-jarang aku berikan kepada sesiapa. Family and close friends sahaja yang ada, even ramai officemate aku still takde no 012 aku. So, selalunya panggilan ke 012 aku, tak kira ‘Private Number’ atau panggilan daripada nombor misteri memang aku angkat. Cuma panggilan tidak dikenali kepada 016, kadang kala aku abaikan. Dengan nombor 016, aku juga ada satu penyakit, kadang-kadang panggilan daripada nombor yang dikenali pun aku tak angkat. Saja, nak uji kesabaran kawan-kawan. Hahahaha….