Showing posts with label abah aku. Show all posts
Showing posts with label abah aku. Show all posts

Wednesday, April 16

Al-Fatihah Untuk Abah dan Pakcik Aku

Semalam memang hari yang cukup memenatkan buat aku.

Pagi-pagi aku bangun dan secara pantasnya aku rancang apa aku nak buat. Sedang aku kemas-kemas baju kotor untuk dihantar dobi, tiba-tiba dapat panggilan telefon dari mak aku. Pakcik aku yang sudah beberapa minggu terlantar di hospital telah kembali ke rahmatullah.

Quick discussion through phone with my elder brother, end up aku kena balik kampong. Since abang aku outstation. At least salah seorang mesti balik mewakili adik beradik yang lain. Jadi aku pun hantar sms kepada boss, rakan pejabat dan anak buah. 3 jam kemudian aku berada di Teluk Intan. Menghadiri majlis pengkebumian sememangnya memilukan. Melihat wajah-wajah sedih, senyuman terpaksa yang terukir dan tangisan mereka yang sebak. Kita yang hadir tidak boleh buat lawak, tidak boleh cekak pinggang, masuk tangan dalam pocket even nak hisap rokok pun kena pergi jauh dari crowd dan sorok-sorok.

Sememangnya aku tidak boleh lari dari terkenang saat yang sama menimpa family aku 6 tahun lepas juga pada bulan April. Abah yang aku sayangi menyahut seruan Illahi. Semalam aku jumpa sepupu-sepupu aku dan peluk mereka sambil memberikan beberapa nasihat yang mungkin mereka dah jemu dengar. Mereka sempat memberitahu aku yang kubur ayah mereka akan berdekatan dengan kubur arwah abah aku. Kebetulan kosong selang beberapa petak.

Sambil aku membantu itu dan ini, jenazah dari rumah bawa ke masjid dan ke tanah pengkebumian, telefon office asyik berbunyi dek kerana beberapa urusan penting antara aku, anak buah, boss dan customer. Aku sedar aku tidak mempunyai pilihan untuk cuti 2 hari. Malam semalam, even sebelum kenduri arwah aku minta diri dan balik ke Shah Alam.

Aku tiada mood untuk berceloteh panjang. Harapnya rakan-rakan boleh tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abah aku yang meninggalkan aku this month 6 years ago dan pakcik aku yang meninggal awal pagi semalam.

Kalau berkesempatan, kepada yang belum baca bolehlah lihat posting tahun lepas aku berkenaan: Love Your Parent

Total Pageviews

. page counter