Showing posts with label Billboard Loh Seng Kok. Show all posts
Showing posts with label Billboard Loh Seng Kok. Show all posts

Wednesday, December 10

Billboard Ads - Fail....!

Seperti biasa, bila aku malas, takde idea or takde masa nak membebel panjang lebar aku akan post gambar yang akan menjadi topik utama blog posting. Terasa macam blogger kaum ibu lah pulak, hahahhaa... ambil gambar dan bercerita pasal gambar tu. Sekali sekala takpe kot.

So, jom tengok gambar billboard yang aku.... ok, bukan aku tapi wife aku snap masa on the way balik kampung last weekend. Billboard besar bagak ni boleh dilihat di simpang Shah Alam - Meru. Betul-betul lepas bayar tol RM0.50.



Ada tiga benda yang 'tidak kena' dengan iklan diatas. Kalau korang power try la cari before scroll kebawah.
-
-
-
-
-
-
-
-


1. Tarikh.
Ok, not a big deal lah. Konsert Alan Tam telah diadakan di Genting pada bulan Ogos but the billboard masih belum dibawa turun. Benda standard la tu. Masa on the way balik dari kampung ke Shah Alam pun aku masih boleh nampak notis di toll booth yang memberitahu wang syiling RM1 tidak boleh digunakan. Notis to berkuatkuasa tahun 2005 kot, but still pekerja tol malas nak bawa turun.




2. Kongsi Rakan?

Takkan la pembuat iklan tu bukan orang Malaysia sehingga boleh melakukan silly mistake macam tu. Rakan Kongsi dan Kongsi Rakan totally different meaning. So kepada pereka papan iklan, designer bunting dan sebagainya let me give you guys Bahasa Melayu lesson.

Kongsi Rakan = Share friend.


Meaning, we share mutual friend. I ada kawan nama Danial, then Ah Tam also knew this Danial. So, I and Ah Tam share friend. Got it? Kalau still tak faham, pergi masuk sekolah rendah balik.


Rakan Kongsi = Partner.


I want to open cyber cafe bisnes, I invite Danial to help me. So, Danial invest or give any kind of assistance, then I and Danial become business partner or Rakan Kongsi.

Faham?




3. Spectrum Advertise in Karisma?

Maybe tak ramai yang perasan 3rd weird thing there. Spectrum adalah rakan kongsi or in this case 'kongsi rakan' for the event, but why they advertise in Karisma's billboard? Spectrum Outdoor Marketing dah kehabisan papan iklan ke? Sama lah seperti Yahoo beriklan di Google Adwords, pelik kan? But again, maybe Spectrum dan Karisma adalah Kongsi Rakan.... eh silap, rakan kongsi or adik beradik macam NTV7, TV3, TV9, TV8 all under Media Prima. So, dah jadi kebiasaan kita lihat TV3 iklankan rancangan mereka di TV9 dan sebaliknya.

Ok, chow. Selamat bercuti lagi...

Thursday, February 21

Jurugambar Perkahwinan and Billboard Loh Seng Kok

Sorry few days without update. Busy sikit. Lagipun aku takde idea, everywhere cerita pasal pilihanraya. Kutuk sana, maki sini, ampu sana, jilat bontot sini. Boring la pulak rasanya. So, lets talk benda lain pula.

Aku pernah berjanji there will be no ads dalam posting aku. Semua ads free. Aku rasa tidak adil mengambil kesempatan dengan menyelitkan iklan dalam posting. That’s another issue to be discuss some other time.

Cuma posting kali ini memang iklan. Promosi bisnes kawan aku. Kepada sesiapa yang biasa lawat blog ini dan prihatin akan perasan aku ada buat bahagian baru dibelah tepi. “Busines Rakan-rakan”… dan ada satu link ke website member aku. Dia buat bisnes photography. Ambil gambar untuk majlis-majlis atau untuk orang kahwin. Boleh la tengok website dia di
http://www.melatiputeh.com.my/. Dia buat website tu pun free, sistem barter dengan web designer tu. Member aku ambil gambar untuk dia in return web designer tu buat web untuk member aku. Bijak…bijak.
This posting not simply promoting bisnes member aku tu. Infect aku ada tawaran untuk pembaca blog ini. Sesiapa yang berminat untuk dapatkan servis photography Melati Puteh boleh contact dia dan berurusan. Lepas agreed everything, just mention you guys know about his website through Akubetul.com. With that, you entitle for 3-5% discount depends on package yang dipilih. No if and but. Aku rasa that’s not a bad offer.

I have to mention here that aku tak related to that business what so ever. Aku juga tidak meminta sebarang bayaran atau komisen dari dia untuk mention bisnes dia disini. Akubetul.com not that glamour dan aku just suka melihat kawan-kawan ada idea buat bisnes. So, kepada kawan-kawan yang lain, ada sebarang bisnes baru yang ingin dipromosikan, let me know. Kalau business dah besar, kaya raya, tak perlulah promote kat sini, pergi la promote dalam TV atau pergi ganti billboard ahli politik yang kecewa di Sunway. Kesian apek tu, dia confident dia akan tercalon sehingga spend puluhan ribu tempah billboard besar bangunan di sebelah ‘jambatan pulau pinang’ di Sunway, tengok-tengok ada pula manusia gatal tangan
conteng muka dia di billboard tu. Kesian…kesian. Berita hari ini pula menyatakan dia tidak akan dicalonkan lagi untuk pilihanraya kali ini. Lagi lah kesian.... hahahaha...

Agak-agak mana Loh Seng Kok dapat duit puluhan ribu untuk beriklan disana? Dan siapa lah pula si keji yang pergi vandalized that billboard? Musuh dari pembangkang atau dari dalam Barisan sendiri?


Ok… aku nak sambung kerja. All the best to Melati Puteh and kepada yang berminat bolehlah dapatkan servis dia.

Gila jiwang nama, Melati Puteh... hahaha... but again, orang minat photography ni memang jiwang-jiwang, kan?...Hahaha.... (dalam tolong promote sempat kutuk lagi tu... sorry bro, gurau... hahahhaha...)

Total Pageviews

. page counter