Showing posts with label BAKTI. Show all posts
Showing posts with label BAKTI. Show all posts

Wednesday, April 30

Isu Badan Kebajikan Isteri-isteri wakil-wakil rakyat Selangor (BALKIS)

Summary:

1. BN tewas di Selangor pada 9 March 2008

2. Datin Seri Zaharah Kechik (Isteri Dr. Khir), pada 11 March buat mesyuarat tergempar dan arahkan akaun BALKIS ditutup.

3. RM9.9 juta balance dalam akaun BALKIS ditransferkan ke akaun Badan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).

4. 13 Mac, bekas ahli-ahli EXCO BALKIS telah mengemukakan notis kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membubarkan BALKIS dan buat badan baru, BALKIS-BN.

5. ROS reject application tu sebab ada butiran yang tidak lengkap.

Kantoi….!

Dek kerana usaha menculik BALKIS dan wang RM9.9 juta tersangkut di ROS, berita ini telah menjadi topic hangat. The Sun yang 1st hidu bau busuk dari Shah Alam melebihi bau babi dari Sepang.

Pelbagai pihak memberi pendapat dan pendedahan.

1. Dr. Khir Toyo defend wife dia - Disini

2. Jeff Ooi dengan pantas berikan butiran cerita – Disini

3. Kenyataan Media BALKIS – Disini

4. Auditor BALKIS dedahkan yang akaun BALKIS tidak diaudit - Disini

Aku malas nak fikir dari segi legally nya tindakan Datin Seri Zaharah Kechik dan bekas Exco BALKIS. Biarlah polis dan badan kehakiman tentukan semua tu. Aku percaya pihak tertentu pastinya sudah membuat police report dan sebagainya. Terserahlah kepada pihak yang berkenaan nak siasat atau nak tolak masuk bawah karpet.

Aku cuma sedar kewujudan BALKIS atau badan bersekutunya iaitu BAKTI semasa musim perayaan. Mereka yang akan handle packaging kueh raya untuk tentera yang tidak balik ke kampong. Selain dari itu aku tak nampak pun fungsi mereka.

Bayangkan macam mana akaun BALKIS boleh ada hampir RM 10 juta. Gila…. Mana datang wang sebanyak tu? Siapa sponsor? Siapa derma? Balance ada RM10 juta, yang telah dibelanjakan berapa juta pula? Wahhh… menarik sungguh untuk disiasat. Kalau BPR, Police, ROS kaji betul-betul ini boleh jadi kes kantoi besar-besaran. Harap-harap boleh jadi macam tu lah.

Aku juga terfikir, apa lah keji sangat Datin Zaharah Kechik dan Exco BALKIS. Kenapa perlu di pindahkan wang tersebut? Kenapa nak bubar persatuan? Apalah salahnya dia pergi jumpa Puan Sri Salbiah Tunut (wife Tan Sri Khalid) dan uruskan penyerahan dengan adil? Hina sangat ke menjadi manusia jujur? Hina sangat ke menerima kekalahan suami kau? Hina sangat ke memberikan RM9.9 juta kepada pihak lain untuk diuruskan kearah kebajikan? Penyokong BN/UMNO boleh berikan beribu-ribu alasan untuk defend tindakan BALKIS, tapi hakikat yang mereka cuba ‘menculik’ BALKIS dan tukarkan kepada BALKIS-BN serta ‘merompak’ wang RM9.9 juta, sememangnya menggambarkan betapa keji dan busuknya hati mereka semua.

Jadi, lepas ni kepada persatuan seumpamanya untuk negeri-negeri BN yang lain aku ingin pesan sesuatu….. Jangan confident dengan dengan suami masing-masing dan konco-konco mereka. Prepare la awal-awal sebelum pilihanraya. Songlap la duit tu sebelum kalah. Jangan yakin sangat suami kau akan terus memerintah. Bila kalah, baru kelam-kabut nak ‘curi’ duit dan bubar persatuan. Nampak sangat bodoh dan keji….kantoi big time…

Bengong…!

Selamat bercuti…. 2nd May aku ambil cuti, balik kampong berehat 4 hari…. Syok…syok…

Total Pageviews

. page counter