Showing posts with label 820201115212. Show all posts
Showing posts with label 820201115212. Show all posts

Friday, January 18

Kesilapan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Sorry, aku sedar ramai tidak suka aku membebel pasal politic. Pilhanraya umum tidak tau bila, semalam Pak Lah bagi hint general election maybe before OIC meeting. OIC meeting middle Mac, so kepada yang berkenaan boleh la berkira-kira. Nak bagi sponsor, nak kaut keuntungan, nak berbakti kepada parti dan seterusnya mengikut watak yang dimainkan.

Tapi aku bukan nak cerita politic sepenuhnya. Ini berkaitan dengan kesilapan database daftar pemilih. Sebelum ini ada berlaku beberapa kali, dan selalu SPR kena hentam. Sebarang kesilapan mesti akan dikaitkan dengan pengundi hantu, penipuan SPR untuk membantu Barisan Nasional, atau kakitangan SPR dibeli oleh pihak tertentu.

Yang terbaru, seperti diwar-warkan dalam beberapa blog separa popular dan diselitkan dalam rangkaian ‘forwarded email’ disamping gambar bogel Mawar dari drama Pontianak adalah kisah nama orang KG MENGABANG TENGAH. Memang lucu…

Sebelum 17 January 2008, jika check di sini: http://daftarj.spr.gov.my/, menggunakan no ic ini: 820201115212, paparan seperti dibawah akan kelihatan.

Jika diperhatikan, nama gadis tersebut adalah: KG MENGABANG TENGAH. Obviously ini adalah kes pekerja memasukkan data yang tidor atau main sms semasa bekerja. So, aku sebagai seorang warga Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawap telah menghantar email kepada beberapa alamat email yang aku jumpa di laman web SPR.

Aku hantarkan email kepada:

Info (at) spr.gov.my
Noor (at) spr.gov.my
Setiausah (at) spr.gov.my
Puu (at) spr.gov.my
Noordin (at) spr.gov.my
Abrahim (at) spr.gov.my
Dull (at) spr.gov.my
Ibrahim (at) spr.gov.my
joharihashim (at) spr.gov.my
abdulrahman (at) spr.gov.my
kamar (at) spr.gov.my
rafizam (at) spr.gov.my

Kandungan email aku sedikit pedas:

" Sila semak no I.C ini: 820201115212
Tidak mungkin nama pengundi adalah KG MENGABANG
TENGAH. Kesilapan sebegini yang membuatkan rakyat
curiga. Wake up. Jangan tidor semasa memasukkan
data pemilih.

Harap diperbetulkan segera, agar tidak menyusahkan
si pengundi dan pihak-pihak lain.

Sekian. Terima kasih.

Dood "

Selepas sehari, aku dapat email dari mereka;


Dan bila aku check semula no ic tersebut, aku dapati ianya telah diperbetulkan.

Alhamdullillah. Betul lah, salah pekerja data entry. So lepas ini janganlah simply tuduh SPR atau kerajaan secara melulu, mereka juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Aku check visitor Akubetul.com semalam, dan aku lihat ada I.P daripada office SPR singgah sini, sebab tu la aku bodek mereka dalam posting ini. Hahahha… Nak berikan mereka semangat sedikit. So, kepada semua pekerja SPR, tahniah dan jangan buat lagi. Pastikan pilihanraya kita akan bersih dan adil.

Selamat berhujung minggu kepada semua.

Total Pageviews

. page counter