Showing posts with label 5 perkara. Show all posts
Showing posts with label 5 perkara. Show all posts

Monday, September 3

Tag – 5 Perkara

Aku kena ‘tembak’ 2 kali dengan peluru yang sama oleh 2 orang yang berbeza. Ada 2 orang tagged aku berkenaan 5 perkara yang orang tak tahu pasal aku.

http://penggila.com/?p=105

http://adar.blogmas.com/2007/08/30/5-perkara-yang-korang-tak-tahu-mengenai-adar/

Not sure who started the tag, not interested to find out pun. But, macam best je topic tag ni, aku layan je lah.

So, disini aku senaraikan 5 perkara tu.


1. Nama aku:
Nama dalam I.C – Affandi bin Mohd Isa
Member kampung panggil – Fendi
Member sekolah rendah panggil – Fendi
Member sekolah menengah 1 panggil – Fendi
Member sekolah menengah 2 panggil – Dood
Member university panggil – Dood
Officemate panggil – Fendi, Bob, Boss.
Aku prefer – Si kacak yang bijak… hahahha…

Affandi, sempena nama kucing family aku yang mati sebelum aku lahir. Sempoi gila arwah abah aku. Tapi dalam bahasa arab maksudnya, gelaran bagi mereka yang berkedudukan. Maybe macam Datuk or Tan Sri kot.

Dood, asalnya gendut…or Dut, try to be catchy sikit, tukar ke Dud. Cikgu told me Dud means useless. So, aku tukar ke Dood.

Bob, kenapa orang badan besar dipanggil Bob? Tahu apa pendulum? Pemberat bagi pendulum dipanggil Bob. Nampak tak kaitannya?

Boss, subordinate panggil aku bila nak bodek. Terutama time nak apply cuti atau nak minta sign claim form.


2. Aku Suka Memasak
Tak pandai, tapi suka.


3. Mak Aku Tailor
Dari darjah 1 sampai habis sekolah menengah, aku tidak perlu beli baju atau seluar sekolah, baju melayu, baju kemeja atau seluar slack. Mak aku adalah tukang jahit paling terror dalam dunia. 2-3 jam boleh siap sepasang baju melayu. Lagipun, susah nak dapat size aku di kedai.


4. Seumur hidup tidak pernah beli handphone.
Semuanya orang bagi. Bagi atau tukar.


5. Lahir pada 15 September.
Dah dekat ni. Kalau sekarang bukan September aku dah letak point lain. So, harap-harap ramai yang ingat birthday aku. Jangan just wish, berikan hadiah. Yang mahal-mahal, yang ada class, yang berkualiti tinggi. Gunakan daya creativity untuk agak apa yang aku suka. Fikir luar kotak. Contoh; domain akubetul.com atau apa-apa e-book mahal dari ‘mahaguru’ online business di Malaysia. Hahahhaha…

Sepatutnya aku kena tag orang lain. Aku malas nak fikir. So, kalau member-member disini yang ada blog, rasa nak terlibat sila leave a comment. Nanti aku tag korang. Jangan malu-malu.

Kalau ada apa-apa lagi nak tahu pasal aku, sila tanya. Aku akan jawap, insyaAllah.



Total Pageviews

. page counter