Thursday, February 14

Siapa Youtuber Tong & Ngong?


Mula-mula aku nak bagitau awal-awal yang aku tak tahu siapa kedua-dua youtuber tersebut, posting ini tidak akan memberi jawapan kepada persoalan tersebut. Tujuan aku tulis posting ni, saje suka-suka sahaja. Ngerti?

Beberapa bulan lepas (malas nak check exact date), satu youtube account yang dinamakan Tong Ngong telah dicreatekan oleh dua manusia bangang ini. Mereka pun posted la high quality youtube video guna account tersebut. Memang cara penyampaian dan isi kandungan video-video meraka sangat kurang ajar, bias toward Barisan Nasional, mereka kutuk Pakatan Rakyat to the max. Sampaikan menghina individu pemimpan Pakatan Rakyat. To be honest, aku tak sanggup pun nak habiskan masa aku dengan tengok the whole videos, malas pun ada… kot-kot nanti aku tambah dosa dengan memaki mereka pula. 

Video youtube parti politik memang lah bukan perkara pelik dan tak menarik pun nak disembangkan, walaupun tak banyak video berkualiti yang dibuat dengan bajet yang besar seperti video mereka. Tapi still, both PR dan BN peruntukkan masa dan wang ringgit menggunapakai youtube as part of their propaganda machinery. No biggy, kan? Tetapi, dua manusia bangang ni dah create sedikit kontroversi sebab dengan menutup wajah, pakai topeng, tetapi mereka sengaja menggambarkan yang mereka berdua seolah-olah seperti selebriti terkenal iaitu Afdlin Shauki dan Nabil. Nabil tu takde la nampak sangat resemblance nya (walaupun tindakan tutup telinga dengan baju tu sedikit menimbulkan tanda tanya), tapi Afdlin memang sebiji seketul macam sama… dengan perut boroi, gaya cakap, gerakan tangan dan badan.. serta memakai jersey Liverpool (ramai tahu yang Afdlin peminat The Kop). 


Jadi, sebagai salah seorang peminat hasil kerja Afdlin (tidak termasuk siri Youtube, Bangkang Dari Longkang)… aku pun tanya kepada empunya badan menerusi Twitter. Berikut merupakan, potongan, keratan, sedutan… or what ever term, tweet conversation aku dengan Afdlin Shauki.




Tak tahu lah betul ke tak effect vote for Boboi di Maharaja Lawak, tapi kalau difikirkan, Boboi asal + Nabil, sepatutnya in teori patut dapat keputusan yang lebih baik, kan? Since, waktu aku berbalas tweet dengan Afdlin ni, MLM baru nak masuk semi ke atau final, and… at that time, both Tong Ngong video dah reached 50,000 + views.

Walaupun di twitter tu Afdlin cakap tidak perlu buat official denial, tapi akhirnya… beliau ikut juga saranan (tak best la saranan, tak cukup bongkak)… beliau ikut juga arahan (bunyi angkuh sikit, kan?) aku…. Afdlin akhirnya, buat official statement di page FB beliau… siap dengan sumpah lagi… Aku copy and paste kat sini...

Assalammualaikum,

Malam ni saya terpanggil untuk menjawab Fitnah yg telah di buat ke atas saya dan rakan-rakan Boboi saya, Nabil dan abg Harun yg di katakan membuat video 'Politik Tongong' yg sedang hangat di perkatakan di internet ini.

NAUZUBILLAH. Mula-mula sekali pada awal tahun 2012 ya kami ada buat video Bangkang dari longkang (masih ada yg belum di keluarkan) dan video ini tujuannya adalah sebagai membalas video-video pembangkang yg menimbulkan isu-isu mengenai kerajaan. So video war ni bukan di mulakan oleh kami. Anyway, kami pun bersetuju untuk bersama rakan rakan lain membuat video itu hanya apabila di beri kepastian yg video itu adalah mengenai isu-isu berbangkit dan bukan personal attack kepada mana-mana individu.

Dalam video itu kami tak bertopeng pun. Jadi kenapa pulak tiba-tiba kami nak bertopeng sambil bagi hint besar yg saya ni fan liverpool dan baru balik Gaza kepada org untuk ingat yg individu di dalam video itu saya. tak masuk akal. Baik tak payah pakai topeng.

Kami sangat terkejut kerana walau pun kami ada kecenderungan kami dari segi politik, tapi saya adalah orang islam, dan saya faham ada perbatasan dalam kita melakukan sesuatu. Apa yg di buat di dalam video tongong itu melampaui batas islam dan kemanusiaan pasal menghina dgn cara yg sangat keji. 

Pada saya biar org tak suka saya pasal saya ahli umno, tapi jgn sampai ada yg berdosa kerana memfitnah saya dan ahli boboi lain berada dlm video 'Politik Tongong' ni.

Ingin saya tekankan yg kami tidak sekali-kali akan mempersendakan ulamak-ulamak dan tok guru pasal saya hormati mereka, dan saya tak berminat dgn politik attack org! Pada saya politikkanlah isu-isu rakyat, jangan mengaibkan dan memfitnah jika kita tak ada bukti yang nyata. 

Lebih-lebih lagi selepas saya pulang dari Gaza, diri saya sendiri dah langsung tak minat dgn politik dan sekarang ini hanya menumpukan fokus membetulkan diri dan Deen saya, serta membuat kerja-kerja kemanusiaan yg membantu Islam dan masyarakat.

In Sha Allah sekarang saya berusaha nak mencari keberkatan dari-Nya sahaja.

Saya tak peduli org tak suka saya, dan awak boleh caci saya, dan maki hamun saya tetapi ianya tidak akan mengubah kebenaran hakiki yg saya dan rakan-rakan Boboi tidak membuat video Politik Tongong itu.

Mintak maaf tapi kami tak buat lawak POLITIK TONGONG tu! Saya nak nasihat kan individu-individu di dalam video itu iaitu jika anda betul-betul percaya dgn apa yg awak lakukan dan buat, kenapa perlu bertopeng, sampai mendatangkan ftnah kepada org lain. Cukup sekadar memainkan isu dan janganlah menghina org sebegitu rupa.

SEKALI LAGI SAYA TEGASKAN, VIDEO 'POLITIK TONGONG' ITU BUKAN SAYA DAN NABIL ATAU ABG HARUN.

Dan ingatlah amaran daripada Allah SWT mengenai dosa melakukan fitnah sebagaimana firmannya yg berbunyi 
"Dan fitnah itu lebih kejam daripada melakukan pembunuhan" - Surah Al-Baqarah, ayat 191. 

Dan juga sila rujuk dalam surah An Nur, ayat 11-21. Ayat ini di turunkan adalah untuk menjelaskan situasi yg di hadapi oleh isteri SAW, yg mulia dan dari keturunan yg mulia ketikamana dia telah di fitnah dan di aibkan dgn seaib-aibnya sehinggalah Rasullulah SAW mengambil pendirian untuk berdiam diri dan berdoa serta menyerahkan urusan ini kepada Allah SWT.

Saya tak tertekan dgn situasi ni kerana saya tahu saya di pihak yg benar. Tapi saya tidak mahu saudara seislam saya berdosa dgn saya,nabil dan abg harun kerana banyak sangat dosa lain yg kita ada yg kita inginkan pengampunan dari Allah SWT, tak perlulah kita menokok-nambahnya lagi dgn perkara yg sangat sia-sia ini.

"Maka hanya bersabar itulah yg terbaik (bagiku) dan kepada Allah sahaja aku memohon pertolongannya terhadap apa yg kamu ceritakan" -Surah Yusuf. Ayat 18

"Hanya kepada Allah sahajalah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan aku mengetahui daripada Allah SWT apa yang kamu tidak ketahui" -Surah Yusuf. Ayat 86

Dan saya, Afdlin Shauki bin Aksan, dgn ini menyatakan dgn atas nama ALLAH SWT dgn berlafaz "WALLAHI, WATALLAHI, WABILLAHI" bahawasanya saya tidak terlibat samaada secara lansung atau tidak dgn video POLITIK TONGONG itu.

Wallahu a'lam wa ahkam. (Dan Allah maha lebih mengetahui dan maha lebih tepat keputusan-NYA)

Jazakumullah khairal Jazak.

So, aku percaya dengan statement bersumpah Afdlin tu… maksudnya bukan dia yang empunya Tong Ngong… 

Siapa lah agaknya mereka berdua tu ye? Nak kutuk pembangkang, kutuk je lah… yang berniat fitnah Afdlin Shauki dan Nabil tu kenapa pula? Walaupun dalam 2nd video mereka buat statement yang kononnya mereka bukan Afdlin dan Nabil, tapi still at the 1st place aku yakin mereka memang ada niat sebegitu….


Pada aku, mereka berdua memang betul-betul Tongong!

Thursday, February 7

Tidak Boleh ke Semua Orang Betul?


Again, macam aku cakap in last posting… this will be very much related to upcoming general election. Maybe not in most direct manner possible, but sikit-sikit terkena la juga….

Aku kadang-kadang confuse kenapa sesetengah pihak bersungguh sangat menyatakan yang pandangan mereka betul dan pandangan pihak yang tidak sama dengan mereka itu salah…. Seperti tajuk posting ini, tidak boleh ke both parties agreed yang kedua-dua belah pihak betul… on their own way, at least. 

Kita semua kena faham concept different perspective that always result different view and conclusion for any particular thing or issue. Konon-kononnya macam half-full, half-empty punya scenario lah ni… 

Let me try to give some example different perspective on related to beberapa issues, ada isu yang kecik dan tak penting… tak kurang juga isu yang besor gedabak….


1. Malaysian Helping Gaza
Nope, I’m not interested to jump into polemic discussion siapa lebih rapat antara Anwar or Najib dengan Hamas. Aku nak cerita pasal usaha oleh ramai individual, termasuklah selebriti yang bersungguh-sungguh membantu rakyat Palestine terutamanya di Gaza. Antara artis yang paling semangat adalah Afdlin Shauki. 


Keratan dari FB Afdlin pasal kejayaan penderma (dari Malaysia, kot) yang kumpul USD700 ribu, lebih kurang 2.something million ringgit untuk bangunkan semula masjid yang musnah di Gaza. Nobel move, right? Syukur alhamdullilah….

Now, let see dari perspective lain. Malas aku nak reka-reka perspective sendiri, let hear it… or in this case, read it from Afdlin’s bestfriend sendiri, comedian Harith Iskander.

Nampak? Dengan sedikit pertanyaan dari Harith, our view might differ dah. Kalau sesiapa nak start berdebat (macam komen yang Harith terima di twitter beliau), sampai tahun depan pun tak habis. Since pada aku dua-dua pandangan betul sangat-sangat. Pusing lah ikut belah mana sekalipun, both of them memang betoi….


2. Promote Ibadat
Ok, since contoh pertama kena dengan isu yang agak besar. Aku berikan contoh kedua yang agak sedikit kecil, tapi aku percaya related 100% dengan diri kita. Memang jadi trend kita suka update aktiviti kita yang menarik di social media, kan? Dan sekarang dengan ada whatapps groups, disana pun kita selalu share aktiviti kita. Jadi, kadang-kadang (or some people, selalu).. kita akan terupdate or sengaja update aktiviti amal, kebaikan, ibadah yang kita buat. Contohnya, check-in apabila berada di dalam masjid, upload gambar pegi ceramah agama, share story pasal kita tolong orang dalam kesusahan dan sebagainya. Ramai antara kita yang kadang-kadang meluat tengok sahabat yang rajin update status sebegitu. Pada pandangan kita, dia simply nak menunjuk. Even aku pernah terdengar sesetangah ustaz atau ustazah yang menegah kita dari update status sedemikian. Yela, Nampak macam nak riak je… so, confirm la tak dapat apa-apa pahala… kalau disebabkan status update kita tadi orang mengumpat kita pula… then, free je dapat dosa serpihan. 

Sekarang, jom tengok dari sudut lain pulak. Tidakkah dengan mengupdate status sedemikian kita sebenarnya mempromosikan aktiviti ibadah? Maksudnya, kita memaklumkan kepada semua orang yang melakukan amalan yang baik itu adalah amalan seharian… bukan aktiviti special semasa bulan ramadhan atau musim orang pergi umrah sahaja. Bayangkan, jika aku yang tak kaya mana ni, update status yang menunjukkan aku derma RM1000… maybe kawan aku yang confirm lebih kaya dari aku yang terbaca status update tersebut akan terbuka hati untuk menderma lebih banyak lagi, since dia akan fikir… “Fandi yang pakai Persona pun mampu, takan aku yang drive BMW ni tak mampu kot”…. Mungkin lah kan. Or, ada member yang rasakan diri dia lagi alim dari aku… Nampak aku check-in solat subuh di masjid setiap hari… mungkin akan terdetik di hati dia…”Dood yang jahil pun pegi solat subuh jemaah, aku yang alim ulama ni takkan nak sembahyang tepi katil je kot”…. Banyak lagi contoh, kemungkinan positive yang boleh berlaku.

Again, aku rasa pandangan yang mengatakan update status aktiviti ibadah tu membawa kepada sifat riak pun betul… tapi aku juga setuju ianya salah satu cara promosi yang baik. Again, both pandangan tak salah, kan? Simple answer adalah bergantung kepada nawaitu kita.



3. Konsep Ulama dan Umara
Both contoh kat atas aku rasa memang clear cut. Senang nak faham dan tiada sebarang assumption berani yang aku buat. Totally different dengan contoh yang ketiga dan rasanya yang terakhir ni. Isu ini pada aku sangat-sangat besar dan aku dengan selambernya nak campak pandangan-pandangan peribadi. 

Kepada sesiapa yang belum arif konsep hubungan umara dan ulama, sila lah pergi search mana-mana dulu, explanation aku mungkin tak tepat seratus peratus. 

Ramai penyokong BN berpegang kepada konsep ini. 

Golongan Umara  –  Pemimpin /  pemerintah negara atau kawasan.
Golongan Ulama – Pakar Keagamaan yang akan membantu golongan umara untuk mentadbir sesebuah negara. 

They will throw all kind of hadis, ayat al-quran, pandangan ulama besar dalam dan luar negara serta sejarah silam zaman khalifah to support that relationship. Somehow, statement tersebut tidak 100% salah, since kalau tengokkan kepada fakta-fakta yang menyokong statement tu memang tak berani kita nak lawan. Kenapa penyokong BN taksub dengan pandangan sebegitu? Easy answer, sebab mereka taknak tokoh atau ulama dalam PAS nak transform menjadi umara. 

Seperti pattern posting ini, let try to see dari sudut lain pula. Here, where my assumption come into the picture. 

Pada aku, apa yang dimaksudkan dengan istilah ‘ulama’ bukanlah semata-mata kepada pakar bidang agama sahaja. Dalam percakapan seharian kita, mahupun dalam artikel-artikel atau buku yang kita sering baca memang lah ‘ulama’ direferkan kepada golongan yang arif hukum hakam agama. Tapi aku rasa, when talking about mentadbir negara… maksud ‘ulama’ lebih kepada cendiakawan… ataupun pakar dan bidang-bidang tertentu. So, kita tidak boleh limitkan kerja ulama kepada urusan agama sahaja. Maksud aku sebegini…

Golongan Umara – pemimpin / pemerintah negara atau kawasan. 
Golongan Ulama – cendiakawan, cerdik pandai dalam bidang khusus. 

Maksudnya, kita boleh pilih sesiapa sahaja yang layak untuk jadi pemimpin kita… iaitu golongan umara… but then, umara yang dipilih ini perlu dapatkan bantuan daripada ‘ulama’ iaitu cerdik pandai lain untuk advise mereka. Contohnya, bila nak tentukan undang-undang berkaitan bidang perubatan… pakar perubatan akan bagi pandangan mereka, bila kena bidang teknologi, pakar teknologi lah yang bantu dan seterusnya termasuklah bidang keagamaan. Umara tidak boleh berlagak pandai dan buat decision sesuka hati. Golongan umara sendiri mungkin pakar dalam satu-satu bidang, law ke.. perubatan ke (Dr. Mahathir)… or even pakar dalam bidang agama, why not… lagi lah bagus kot.

So, adakah pandangan aku salah? Or pandangan most of BN supporters yang salah? Sendiri fikir lah ye…


Cukup lah kot, 3 contoh…. Dengan beberapa keping gambor…. Kalau difikirkan, as per this blog’s domain name… akubetul.com… kenapa aku tak register domain, kausalah.com? Since aku percaya, aku sentiasa betul, but korang yang baca pun tak semestinya salah…. Peace!

Total Pageviews

. page counter