Makin dekat nak PRU, so aku rasa tak salah aku perbanyakkan posting politik dalam blog aku ni. Lagipun, since aku memang dah jarang update blog…. Mungkin ada yang rindu… Hahaha! So, something still better than nothing, right? Jadi… sehingga PRU 13… in few months or so, aku akan buat beberapa posting politik (jika berkesempatan)… Please bare in mind, mungkin pandangan atau pendapat aku sekarang tidak 100% selari dengan posting aku sebelum-sebelum ni… yela… makin dimamah usia, makin banyak benda yang kita lihat, belajar, dan faham… so, kemungkinan ada sedikit berbeza pandangan beberapa tahun lepas dengan pandangan kita sekarang. Senario politik sekarang pun tak 100% sama dengan even beberapa tahun dulu…. Kan?
To kick-start posting akubetul di tahun 2013 ni aku nak berceloteh pasal permasalahan yang wujud dikalangan kawan-kawan (bukan kawan aku, kawan orang lain kat negara lain..kot). Setiap kali bersembang (atau berdebat) pasal politik mesti akan jadi sedikit emosi, mesti ada yang sentap, yang kecik hati, yang mula main perli-perli instead of bersembang secara orang besor. Disebabkan masalah itu, makin ramai yang malas nak bersembang politik dengan member-member, especially member-member lama yang baru nak berkumpul semula… kawan sekolah, kawan kampong, kawan university.... Konon-kononnya nak menjaga keharmonian kumpulan. Aku tak rasa ini adalah perkara yang sihat… Kalau atok nenek kita duduk bergaduh di kedai kopi atau pasor sebab politik, takkan kita yang kononnya dah maju pun nak repeat benda yang sama….
Bior aku cuba listkan kenapa pada pandangan aku perkara ini terjadi… Then, aku cuba bagi idea how to eliminate punca tu…
1. Taksub Memkhinzir Buta Tahap Dewa
Ini obvious giler la kot, the main reason kenapa perbincangan boleh menjadi panas. Bila kita dah taksub sangat dengan satu-satu pihak, then suddenly the other side pun taksub juga dengan pihak yang satu lagi… Memang resepi for disaster lah. Since, bila kita taksub dengan sesuatu perkara, kita akan ada sedikit elemen bias dan sukar nak terima hujah atau pendapat orang lain yang memburuk atau menentang ketaksuban kita tadi.
Solution:
Jangan taksub sangat. Senang nak cakap, but aku faham… susah nak buat. Please la, at least try.
2. Benci Dijadikan Sebab Utama
Aku 100% salahkan pemimpin parti politik lah dalam hal ni. Mereka rajin sangat burukkan pihak sebelah sana, tanpa memuji diri sendiri (konon taknak main angkat bakul). So, akhirnya penyokong semua sokong mereka sebab benci the other side. Bila kita benci, what ever pun benda baik yang pihak yang kita benci buat, kita akan sentiasa cari negative value out of it. And as we all know, hampir semua tindakan manusia dalam dunia ni kita boleh cari salah atau idea nak mengutuk. So, bila saling benci membenci, both parties akan start panas bila bersembang sebab dari mula-mula sebelum buka mulut lagi dalam hati dah terpahat rasa marah yang wujud sebab kebencian yang mendalam.
Solution:
Instead of cari salah pihak lain, yang boleh memupuk rasa benci… better cara kebaikkan pihak kita, ends up kita akan sayang pihak kita. Dengan cara ini, kita akan lebih pasif bila bersembang (or berhujah).
3. Stereotype
Ini masalah universal lah kot, bukan hanya dalam kes fahaman politik. Dalam banyak isu pun ini adalah salah satu punca. Stereotype maksud aku adalah tanggapan yang kita beri kepada kawan atau sahabat kita yang sokong mana-mana parti politik. Aku bagi contoh, kalau kita akan kawan yang sokong BN, most of PR supporters akan anggap penyokong BN tadi samaada dia ‘kenyang’ atau dia ‘bodoh’. Tak perlu lah aku elaborate apa maksud ‘kenyang’ dan ‘bodoh’ tu kan?, sendiri faham sudah lah. Same goes the other way, penyokong BN akan anggap penyokong PR ni suka menfitnah, suka kutuk orang, sokong Ambiga, dan lain-lain perkara negative lagi. So, bila kita dah stereotypekan kawan kita tadi, every single points yang dilontarkan akan kita sokong dengan sifat manusia stereotype yang kita dah konon-kononya tahu. Ini menyebabkan hujahan balas kita akan tidak releven, hujah dia pun akan jadi mengarut sebab dia pun samakan kita dengan penyokong-penyokong yang lain. Kebodohan hujah ini yang menyebabkan both parties jadi penat dan panas….
Solution:
Kalau nak sembang isu politik dengan member, clearkan kepala otak sikit. Then, evaluate tahap sokongan kawan kita tadi base on percakapan dia sahaja.
4. Ada Menang Dan Kalah
Setiap kali bersembang, berbincang kita akan set dalam kepala otak ianya satu sesi perdebatan. So, akhirnya nanti mesti ada pihak yang declare menang atau kalah. Memang sifat manusia tidak mahu kalah, so, seboleh-boleh kita akan cuba tegakkan pandangan kita walaupun kita sendiri dah tahu at least for that particular point atau isu, kita sebenarnya on the losing side. Tapi kita still we applys all kind of strategy, go around the bush ke, ilmu spin lidah ke, serangan hendap ke... what ever lah... janji nak menang, kononnya.
Solution:
Kurangkan semangat fighting spirit dalam diri. Debat ke bincang ke, simply nak share pandangan dan pendapat sahaja. Kalah-menang bukan dapat hadiah pun, member-member bukan pandang kita tinggi mana pun.
5. Tanggapan Politik Adalah Satu Benda Yang Serious
Setiap kali bersembang, berbincang kita akan set dalam kepala otak ianya satu sesi perdebatan. So, akhirnya nanti mesti ada pihak yang declare menang atau kalah. Memang sifat manusia tidak mahu kalah, so, seboleh-boleh kita akan cuba tegakkan pandangan kita walaupun kita sendiri dah tahu at least for that particular point atau isu, kita sebenarnya on the losing side. Tapi kita still we applys all kind of strategy, go around the bush ke, ilmu spin lidah ke, serangan hendap ke... what ever lah... janji nak menang, kononnya.
Solution:
Kurangkan semangat fighting spirit dalam diri. Debat ke bincang ke, simply nak share pandangan dan pendapat sahaja. Kalah-menang bukan dapat hadiah pun, member-member bukan pandang kita tinggi mana pun.
5. Tanggapan Politik Adalah Satu Benda Yang Serious
Ramai yang terlalu fikirkan yang fahaman politik ini sesuatu yang sangat besar. Efek keseluruhan kehidupan seseorang individu. Jadi, bila kawan kita tidak sama fahaman dengan kita, kita akan terus chop dia dengan pelbagai human values yang lain.
Solution:
Betul, psolitik bukanlah benda kecil, bukan boleh diambil sambil lewa. Tapi tak perlulah anggap ianya sangat bear sehinggakan takut nak bersembang atau memberi impak dalam persahabatan. Kenapa tidak anggap fahaman politik ni sama je dengan sokongan kepada pasukan bolasepak, dengan minat kepada kumpulan muzik, seperti kegemaran kepada jenis-jenis makanan sahaja? Memang bukan contoh terbaik lah yang aku bagi, sebab sokongan politik membawa kepada vote yang menentukan masa depan negara, tapi at least semasa bersembang dengan member kita cuba beranggapan sebegitu. Dengan ini, everybody akan rasa free untuk voice their view tanpa risau akan dijudge oleh orang lain.
Dah la kot, 5 points dan solusi yang aku campak. Aku bukan apa, aku cukup sedih kalau ada orang yang avoiding politic base conversation sebab samaada takut nak voice-out their opinion (takut kena chop) atau simply dah malas. Politic ni satu benda yang complicated, kalau duduk sorang-sorang depan computer baca semua newsportal atau terpacak depan tv tengok berita tidak akan membantu kita mendapat fahaman yang betul. Kita perlu berbincang, dapatkan idea orang lain, pandangan kawan-kawan yang seangkatan (dari segi umur dan kedudukan dalam masyarakat) dengan kita. Mungkin aku pandang kot belah sini, then member pandang belah sana… sometimes our view will totally different. Dengan bersembang, boleh buka sikit bijik mata kita kepada sudut-sudut yang kita jarang atau tak mampu tengok selama ini.
Dan kalau ada yang MALAS nak bersembang politik dah, sebab kononnya it will never leave any impact to the other parties (tak kira lah kawan atau sedara)… kau memang bangang dan penakut! Kononnya biarkan politician sahaja yang berusaha.... Pada aku antara manusia paling bangang adalah mereka yang quit trying….
Cuba fikirkan, kalau kita boleh sembang pasal bolasepak dengan berhujah sampai tegang urat tengkuk bercerita berkenaan Arsenal, Liverpool, Johor Darul Takzim, The Red Worrior, Cardiff City, Barcelona, Real Madrid…. berjam-jam dengan penuh gelak tawa dan gembira, kenapa tidak politik?