Friday, December 21

Muhammad Aqsa Rizqi


Sedang hampir semua peminat bolasepak Malaysia terpacak depan tv atau screen besar menyaksikan perlawanan Malaysia vs Thailand 2nd leg semi final Suzuki Cup 2012, aku tengok game tersebut melalui live streaming guna handphone sahaja di PPUM, Kuala Lumpur.



Bila Malaysia main 10 orang, Fadhli Sas nangis, Thailand dah score 2 biji, aku tutup handphone dan pergi naik tingkat 3 hospital tu untuk bertanyakan kepada nurse bertugas situasi wife aku yang berada di dalam wad bersalin since petang tadi, around 6 something. Around 10 pm, Alhamdulillah… aku dimaklumkan wife telah selamat bersalin pada jam lebih kurang 9:50 malam…. Aku diarahkan naik semula jam 10:30 malam untuk azankan anak yang tengah sedut his 1st milk… dan akan dimandikan.


10:30 malam pun aku naik dan sekali lagi perasaan yang tidak dapat digambarkan aku alami bila pegang baby dan azankan ditelinga dia. Then, nurse ambil baby, suruh aku naik semula jam 11 lebih untuk bawa barang-barang wife yang sedang berehat masa tu.


Terima kasih kepada semua saudara mara dan sahabat handai yang doakan kesejahteraan baby dan ibu serta bagi hadiah dan ucap selamat… Kalau ada yang nak tahu, yes... aku namakan baby boy ini Aqsa, sempena Masjid Al-Aqsa di Palestine... 

So, syukur alhamdullilah…. Wife sekarang sedang berpantang di rumah ditemani mak mertua aku dan 2 orang pembantu khas…. Hahahahah! Muhammad Amzar Rafiq dan Nur Aishah Raihanah….


Kami sekarang telah mempunyai tiga orang anak yang aku percaya paling cute dan baik dalam dunia… amin…. 

Total Pageviews

. page counter