Blog Terbiar….
Aku tak rasa aku perlu minta maaf sebab tak update blog dah, sebab confirm memang takde sapa tunggu aku update pun. Duluuuuu…. Mungkin la kot, ada la beberapa kerat real life friends or kawan-kawan maya yang rajin jengok blog aku untuk tengok kot-kot ada posting baru, tapi sekarang confirm dah takde… Update sekali dalam beberapa bulan… kelakor lah pulak rasanya, dulu few years back aku update setiap hari… Camana aku boleh curi masa dan cari idea untuk buat daily posting pun aku tak tahu. Maybe sebab zaman tu social network site macam Facebook or microblogging macam Twiter tak glamer sangat so, kat blog je tempat nak curah perasan (cewah), sekarang lebih senang… nampak benda tak puas hati je, or ada benda-benda menarik nak share, terus ambik hanphone update status Facebook or simply tweet je… Takyah nak simpan, buat blog post dan tulis berjela-jela…. Again, kalau duluuu… any kind of celebration aku akan buat blogpost wishing kawan-kawan kat sini. With that note, silalah follow twitter aku, link kat sebelah kanan tu....
Yearly review pun aku tak buat tahun ni, sama macam tahun lepas juga… Huhu! Tak payah la kot kan…
Yearly review pun aku tak buat tahun ni, sama macam tahun lepas juga… Huhu! Tak payah la kot kan…
Enough with introduction… aku nak kick-start blogposting tahun 2012 dengan posting macam dulu-dulu… aku nak kutuk orang! Muhahahahha…..!
Seperti tajuk posting ni, aku nak kutuk pekerja yang terlalu taksub dengan kerjaya mereka sehinggakan terbawa-bawa keluar office. Aku yakin bukan sahaja aku, orang lain pun surely pernah ada pengalaman berjumpa dengan golongan unik sebegini.
Guru
No doubt, guru adalah antara profession paling mulia dalam dunia. Sesetengah masyarakat di sesetengah negara menyamatarafkan guru dengan ibu-bapa dan ada yang samakan dengan tuhan. Kita semua diwajibkan (bukan sunat atau makruh) untuk menghormati guru kita. Yela, bak kata petikan puisi Usman Awang bertajuk Guru O Guru:
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Tapi, ada sesetengah guru yang rasa diri mereka konon-kononya pendidik sejati dengan habis semua orang sekeliling nak diberi tunjuk ajar. Dah memang resamnya anak murid di sekolah yang jumlah beratus-ratus akan menghormati guru mereka. So, guru-guru ni bila keluar dari sekolah mereka mengharapkan penghormatan yang sama dari masyarakat luar. Kalau kampung or bandar kecil boleh lah, semua orang tahu kau tu cikgu... kalau bandar besar, mana la kita tahu. So, tak yah la nak expect everybody will respect kau sama macam budak sekolah respect. Dan jangan pula masa mesyuarat AJK surau atau AJK persatuan penduduk pun kau nak ‘sekolahkan’ semua ahli mesyuarat.
Just to cover my ass, aku takde masalah dengan golongan guru… Most of them memang penyabar, rajin dan nampak cool. Even akak dan abang ipar aku pun guru and both of them tak pernah la pulak aku tengok ada ciri-ciri negative seperti yang aku tulis kat atas tu sikit-sikit tu mungkin ada… Hahahhaa!
Just to cover my ass, aku takde masalah dengan golongan guru… Most of them memang penyabar, rajin dan nampak cool. Even akak dan abang ipar aku pun guru and both of them tak pernah la pulak aku tengok ada ciri-ciri negative seperti yang aku tulis kat atas tu sikit-sikit tu mungkin ada… Hahahhaa!
Lawyer
Aku terkejut bila dapat tahu salah seorang kawan aku dari kecik yang lama dah aku tak jumpa rupa-rupanya dah jadi lawyer. Kecik dulu macam bengap je mamat tu, dah besor cerdik rupanya. Hahhaha… aku memang tak ramai member jadi lawyer, sebab dulu masa study kat university aku bukan jurusan law, aku budak engineering. Dan kalau sapa-sapa study university tempatan tahu lah sangat style kelompok-kelompok student ni… geng engineering mana nak kawan dengan fakulti lain macam law, akitek, dan lain-lain… konon-konon tak cool.
So, dari cerita kawan-kawan yang baik dengan lawyer dan duduk kawasan perumahan yang ada lawyer, lawyer pun boleh tahan gak perangainya. Memang naturally mereka sukar berdebat. Every single details nak didebatkan. Jangan la cuba bantah apa-apa yang mereka usulkan, habis berjam-jam hujah akan keluar. Tapi selalunya, lawyer muda-muda je… lawyer senior akan lebih cool, mungkin dah penah berdebat time office hour, luar waktu pejabat they prefer to berehat.
Satu lagi mereka suka nak tahu setiap benda, kira-kira macam reporter sikit-sikit lah. Kalau nak arrange game futsal ke, trip jalan-jalan dengan kawan-kawan ke every single decision mesti mereka nak some justification, tak boleh simply main redah cam tu je.
Aku bayangkan, anak kepada lawyer pulak mesti susah nak trick parent dia. Setakat nak pusing cerita keluar dating dengan kekasih tapi bagitau lepak library dengan member atau class mengaji cancel sebab guru agama tu ada kuliah kat luar, memang tak boleh la kot. For sure parent dia dah simpan semua nombor telefon yang berkenaan supaya senang nak check, ntah-ntah dari air muka atau tutur kata si anak pun parent tu dah boleh baca yang anak dia kencing. Kesian....kesian
Accountant
Dulu, kerja lama aku.... kadang-kadang aku bersembang dengan akauntan syarikat. Aku assume, confirm minah ni berkira nak mampos kat luar office. Surprisingly, dia cakap lepas office hour dia memang bukan akauntan langsung. Husband dia yang jadi tukang kira, dia penat control bajet syarikat sampaikan bajet family dan diri sendiri dia abaikan. Pulaaak...
Tapi aku ada la juga kawan akauntan seorang dua. Mostly kenal atas urusan keja atau member kepada member sekali main badminton atau kekadang lepak kedai mamak tengok bola. Rata-rata aku tengok mereka ni memang sedikit berkira bila bab duit. Kalau share bayar court badminton contohnya, sampai tahap sen mereka kira. Seorang RM9.20… memang mereka akan bagi ngam-ngam banyak tu. Padahal masing-masing drive keta dasyat-dasyat. Mereka bukan kedekut, cuma mereka ni berkira. Belum lagi citer pasal berbincang untuk buat apa-apa aktiviti bersama kawan-kawan, confirm mereka akan make sure semue perbelanjaan akan berhemah dan tidak merugikan. Boring betul....
Pegawai Tentera
Another profession yang close dengan aku sebab abang kesayangan aku seorang pegawai tentera, arwah abah aku juga seorang tentera tapi last pangkat dia bukan la pegawai. And aku takde niat nak kutuk abang atau arwah abah aku sebab both of them takde lansung ciri-ciri seperti yang aku nak tulis ni… kedua-duanya sangatlah baik… Hehe….
Tentera ni kita tahu memang lazimnya sangat berdisplin. Kalau sapa yang tak berdisplin confirm dia akan berhenti awal. Aku tengok pakaian tentera dah ngeri dah... everyday kemas bergosok, tajam bucu tu boleh buat potong buah mangga. Kasut pulak berkilat... perrgghhh! Every single day or once a week mereka kena peruntukan masa untuk prepare.
So, sebabkan mereka ni berdisplin kadang-kadang, mereka cuba mendisplin jiran tetangga, sahabat handai, dan kaum keluarga sendiri. Gotong royong kemas kawasan perumahan, kalau tentera yang organize, habis lah… tepat pukul 8 pagi dah mula… Kalau trip berjalan sekeluarga pula, memang dah siap tentative sebelum gerak dan mesti kena follow tentative tu. Belum cerita bab minta tolong or membahagikan tugas…
“Kau ada dua misi, pertama kena pastikan pinggan dan gelas sentiasa ada atas meja, kedua kalau makanan or minuman kurang, terus inform bahagian penyediaan makanan, make sure bagi mereka some slack time to prepare, jangan betul-betul habis baru nak inform” - Tentera jadi wedding planner tak rasmi kenduri kahwin.
Sound funny, trust me… its happen. And most of the time they will never use word … ‘tolong’… mungkin perkataan tu takde dalam kamus tentera kot.
Dan almost sama seperti guru juga, since most of the low ranks staff kat office hormat mereka gila-gila… tabik setiap kali jumpa, kena ucap selamat or bagi salam… so, bila keluar kem tentera even tak pakai baju tentera pun sesetengah pegawai tentera nak semua orang hormat mereka sangat-sangat.
Aku pernah dengar seorang pegawai tentera marah pekerja kaunter hospital pasal urusan Guarantee Letter ke apa ntah....
Aku pernah dengar seorang pegawai tentera marah pekerja kaunter hospital pasal urusan Guarantee Letter ke apa ntah....
“Saya pegawai tentera, awak sedar tak awak boleh jalan-jalan kat luar dengan aman ni sapa punya jasa? Awak ingat polis ke? Kami tau… kami ni yang memastikan negara ni aman…”
Awek kerja kaunter tu senyum je... mungkin dalam hati dia cakap...
”Komunis dah lama menyerah kalah bang oi!....”
So, conclusionya... apa yang cuba nak sampaikan kat sini. Tolonglah… sedasyat mana pun kerjaya kita, setinggi mana pun level kita di dalam organisasi kita dan eventhough we believe some of our working attitude sangatlah bagus untuk kita apply di dunia luar, cuba berfikir dulu sebelum diamalkan. Kita taknak jiran tetangga, kawan-kawan, sahabat handai atau adik beradik sendiri rasa tidak selesa bila bersama dengan kita.
Sekarang, sesiapa yang baca ni cuba evaluate diri sendiri, ada tak korang jadi seperti yang aku membebelkan ni?, regardless apa profession korang pun….