Wednesday, May 4

Wings Opera Hidup di Istana Budaya

Bukan selalu aku buat review event. Tapi this one memang aku kena buat. Banyak sebab, antaranya 2 main reason adalah:

1. Aku tak pernah tengok show di Istana Budaya… pergi makan kat cafĂ© dia ada lah… teater ke, artis perform ke… memang tak pernah.

2. Aku tak pernah tengok konsert Wings, masa zaman artis rock buat concert kat tapak ekspo dulu pun aku cuma tengok XPDC, DefGabC, Jinbara, Barongan, FTG…. Wings memang tak pernah, ada sekali je show kat Planet Hollywood masa zaman aku suka pergi clubbing. Itu pun kejap je, after few minutes aku chow… jammed pack gila… crowded tak hengat.

Last Sunday aku berpeluang tengok konsert Opera Hidup Wings and Superfriends di Istana Budaya, pada sebelah petang. Sebelah malam Wings perform dengan okestra kebangsaan.

Keseluruhannya… memang best gila.

Tapi sebab aku antara manusia yang suka bad news dulu before good news, so aku listkan dulu antara sebab-sebab kecil show tu kurang best…

1. Terlalu keWINGSan.
Aku tahu lah konsert Wings, tapi apa la salahnya mereka bawa lagu orang lain. Daripada pemerhatian aku, memang semua lagu Wings… mungkin ada lagu orang lain, tapi yang pasti bukan lagu popular milik orang lain. Aku rasa tak salah Wings nyanyi lagu mat salleh ke, layan satu dua lagu Metalica, Scorpion… or untuk ambil hati orang muda yang hadir tak salah mereka nyanyikan lagu band-band baru. Hujan ke, Bunkface ke… or masa segment dengan Azlan (Typewrite), bawa la lagu Meet Uncle Hussein. Aku tak rasa band-band baru or their recording companies tak allow Wings nyanyi lagu mereka kalau Wings minta, infect they might feel proud.


2. Peraturan Terlalu Strict

Mungkin memang sebegitu peraturannya dalam Istana Budaya. Tak boleh lansung nak ambik gambar or rakam apa-apa. Even ’on’ handphone masa tengah show pun akan kena ’tembak laser hijau’ dari atas. Mereka memang sediakan petugas untuk perhatikan setiap penonton kot. Aku nak balas text msg kawan-kawan pun tak boleh, terus kena tembak laser. Aku main-main, buat gaya pegang handphone (padahal genggam tangan je, hp dalam poket), then halakan ke stage... terus ke laser. Pastu aku tetiba buka tangan yang kosong... Hahahahaha! Cuma lepas habis show, baru they allow fans to approach stage and ambil gambar.


3. Ada Seat Kosong

Aku pelik gak, apasal la ada seat kosong. Bukan sahaja seat yang 2-3 ratus ringgit. Seat 80 ringgit pun ada kosong. Sedikit sedih. Tapi member-member aku yang pergi show pada belah malam cakap, show pada malam hari memang full house. Maybe ramai yang tak suka tengok concert siang-siang kot.


4. Lepas Show Habis, Hujan Lebat

Nothing to do with show. Cuma lepas habis tu, hujan lebat gila. Aku pulak kaki sakit sikit… punya lah perit bawak keta dalam hujan pergi Midvalley sebab boss nak belanja makan pulak. Aduhai…! Member yang naik dengan aku lagi lah, kaki dia baru lepas operate, siap ada tongkat lagi… takkan nak suruh dia drive.

Lupakan benda-benda kurang best tu. Sebab faktor-faktor yang jadikan show tu best banyak... banyak sangat, antaranya...

1. Peminat Standard

Memang ada dress code yang Istana Budaya inform awal-awal. Tak boleh pakai t-shirt takde kolar, jeans tak boleh lusuh and koyak-koyak… So, semua penonton sopan-sopan gitu. Hahaha..! Best. Tak macam konsert rock biasa, peminat fanatic ntah apa-apa. Dengan peluh, terpekik kelolong, bau jangan cerita lah... Lagi satu, aku suka tengok ramai peminat hardcore Wings yang sekarang nampak dah kaya and berkedudukan. Nampak ala-ala Datuk and businesman berjaya. Pakai pun baju branded, tapi masa Wings perform they really enjoy sampai goyang-goyang kepala. Ini membuktikan peminat rock kita dah naik level… bukan lagi muzik jalanan. Ramai juga golongan bapa bawa anak remaja mereka, Budak kecik cute duduk sambil tutup telinga pun ada… Hahahha!


2. Betul-betul SUPER Kawan-kawan Wings


Tengok list kat gambar yang aku tempek kat atas tu. Memang macam Awie cakap, ’nama-nama besar’ arena muzik rock tanahair. First time aku tengok Paparock Malaysia, Ramli Sarip perform sebagai rockers. Pakcik or Atuk tu menari! Lompat sana sini…! Lawan suara dengan Awie…. Gila… memang betul-betul gila….antara performance yang dapat standing ovation pada petang tu.


3. Tengok Guitarists Terbaik Malaysia

Joe, Hillary, Edrie Hashim, Shah, Man Kidal, Kid.... aku rasa mereka memang guitarist terbaik yang Malaysia ada. Satu segment tu, masa Awie and penyanyi lain berehat sekejap... dalam 10 minit, guitarist ni semua ambil alih. Mereka ’goreng’ seorang demi seorang... Fuh! Sapa yang kaki gitar confirm boleh orgams kat depan stage. The whole dewan senyap, cuma dengar petikan gitar yang sangat-sangat bingit tapi tersusun dan sedap. Aku yang tak reti main gitar pun boleh naik bulu roma.... rasa nak nangis pun ada. Hahahahha! Sebelah malam, Jojet and Black ’lawan’ ketuk drum... member aku cakap pun superb gak...


4. Persahabatan & Kekeluargaan

Wings berjaya kumpulkan sangat ramai pemuzik dan penyanyi rock... ini menampakkan walau macamana ’bermusuh’ pun mereka satu ketika dulu, tapi dah tua-tua ni still bersahabat. Lepas habis nyanyi satu lagu, mereka akan berpelukan... Then akan buka cerita lucu sikit-sikit, nampak macam family. Contoh, Awie kutuk Mus (May) tak besor-besor, then Mus kutuk Awie sorang je yang bertambah besor. Hahahaa...!. Bukan sahaja penyanyi jemputan, tapi pemuzik pun. Contoh, sepatutnya tak perlu Black rehat main drum... tapi dia still take a break and panggil Lola. dan Yazit.. Eddie pun bagi chance kepada Yanz (May) untuk main bass sekejap. They really share the rezeki with all the friends. Golongan muda macam Azlan and Jac pula akan salam cium tangan artis-artis senior macam M. Nasir and Ramli Sarip… cool, kan?


5. Sound System Perfect

Istana Budaya tu.... what else to expect, kan? Compare dengan concert-concert free or di tapak ekspo memang tak boleh lawan lah. Seketul-seketul bunyi keluar. Dalam dewan tertutup pulak tu… memang best lah. Cuma, pada belah malam… again, member aku cakap suara penyanyi sedikit tenggelam… mungkin sebab orchestra kot.


6. Duduk, Relax...2 jam…

Lucky me, aku dapat seat depan. Row ke-4 dari depan. So, dapat tengok betul-betul depan mata pemuzik dan penyanyi rock terbaik Malaysia perform 2 jam non stop… memang best. Walaupun, aku kena admit mungkin separuh lagu-lagu yang mereka nyanyi aku tak familiar. Tapi still aku rasa puas and relax.


Aku rasa perlu dibanyakkan lagi show-show sebegini. Maksud aku performance yang berhemah, sopan, tenang dan santai. Tak kisah la di Istana Budaya ke atau di venue yang lain… peminat muzik kita ramai yang dah mampu untuk bayar untuk suasana yang relax tapi still boleh enjoy.

Tahniah Wings and team mereka....

Total Pageviews

. page counter