Thursday, February 17

Perkara Aku Tak Suka, Tapi Terpaksa Buat

Bayar tol, black-out, sangkut dalam jem, tunggu giliran (bank atau pejabat kerajaan), tunggu webpage loading, phone habis battery… itu semua adalah perkara-perkara remeh yang kita semua tak suka, tapi kita terpaksa lalui at any one point of our life. Ini termasuk dalam kategori benda-benda luar kawalan kita... no matter how we hate it, we try to avoid, kita plan our day the best possible way... tapi still kita akan lalui juga benda-benda tu. Contoh, keluar rumah exactly lepas subuh to avoid federal highway jem… tiba-tiba lorry pasir terbalik dekat dengan Mid Valley, bawah flyover nak masuk ke Cheras… believe me, the jem will reach at least Subang if not till sempadan Shah Alam – Klang… (this happen few weeks back). Tak perlu semakkan fikiran nak marah-marah (obviously driver lori tu pun tak suka accident), just senyum, buka radio and enjoy the ride… Hahahahahaa! In my case, aku masuk PJ and lepak minum dengan budak office lama di bawah pokok depan masjid.

Ok, itu perkara-perkara yang aku rasa hampir semua orang tak suka lalui. Aku nak senaraikan Top 5 perkara-perkara remeh yang aku betul-betul tak suka, tapi selalu aku kena lakukan. Some of the item aku kena buat hampir everyday… sakit tul rasa hati. Ada perkara memang sejak azali lagi aku tak suka, ada juga yang aku baru just discover….

So, in not any particular order... here we go…

1. Naik Kapal Terbang
Semenjak dua menjak ni company aku selalu minta aku travel ke Kota Kinabalu. Aduhai, apa la malangnya... punya banyak negeri kat semenanjung cam mana leh buat bisnes kat hujung sana. What to do, di sana rezeki datang... Untuk maklumat lanjut pasal fobia aku naik kapal terbang, sila baca posting aku dulu: Aku Takut Naik Kapal Terbang.


2. Hantar Anak Pagi-pagi Ke Pengasuh
Obviously aku baru discover perkara ni in recents months. Kalau aku kena pergi kerja awal pagi, let say ada urusan pukul 8 or 9 pagi, aku terpaksa kejutkan anak aku dari tidor (around 8 something) dan pangku dia bawa ke rumah pengasuh. Seriously, kalau tak kuat semangat rasa nak nangis je. Tengok wajah sayu bangun tidor terpaksa duduk di rumah pengasuh. Selalunya dia nangis or merengek-rengek sebab tak puas tidor dan taknak keluar rumah. Kadang-kadang dia pegang baju or tangan aku taknak turun bila dah sampai rumah pengasuh.

Tapi kalau aku masuk kerja lambat... its totally different story.

Aku sempat bersarapan dengan dia, mandikan dia… memang fun gila! Then bila dia dah segar, aku boleh explain “abah pergi kerja ye, Rafiq duduk rumah mamaCT, nanti petang ibu ambik, malam kita main lagi”… kalau esoknya cuti, aku akan tambah “esok abah bawa jalan-jalan”… alhamdullillah, selalunya dia faham dan angguk-angguk… sampai rumah pengasuh pun dia angkat tangan dan gelak-gelak jumpa kawan-kawan.


3. Gosok Seluar Slack Kain Lembut
Samaada seluar kerja or seluar baju melayu... Ini penyakit dari zaman sekolah lagi. Masa sekolah dulu, mak aku konon-konon nak anak dia nampak smart, buat la seluar sekolah kain lembut. Aduhai... seksa bila nak gosok.

Licin, asyik melorot je dari iron board. Sampai dah keja ni pun, walaupun tak banyak, aku ada la sehelai dua seluar kerja jenis lembut. Kalau kat rumah, memang aku bodek wife minta tolong gosok, kalau outstation, aku sanggup bayor mahal minta service iron seluar... tapi kalau both option takde, memang berpeluh-peluh la aku try gosok seluar tu. Selalunya akan ada highway 2-3 lanes di seluar tu, hahahhaa....! Kemeja or seluar jenis lain, aku tak kisah sangat, sap-sap-sui je gosok...


4. Makan Sashimi
Nasib malang aku, previous boss and current boss suka betul Japanese cuisine. Lain-lain jenis Japanese food aku ok, sushi, tempura, belut (unagi), ramen, even apa-apa jenis udon… tapi bila sampai time sashimi aku memang out.

Tak kira lah apa jenis, salmon ke, mackerel, sotong, tuna… memang aku tak boleh. Dah jenuh aku try… still rasa nak muntah bila dah telan. Rasa macam pelik je benda mentah masuk dalam mulut, time kunyah dah rasa nak muntah… then, bila telan…lalu di tekak lagi la, macam nak terkeluar balik je. Selalunya aku pass kat kawan-kawan yang suka, tapi kalau still terpaksa, aku celup dalam kicap tu lama-lama then telan cepat-cepat.


5. Pakai Stokin Seharian
Rutin di office aku memang tak pakai kasut, kasut dan stokin aku tinggalkan dalam kereta.... aku pakai sandal or kasut sarung je. Tapi kalau outstation, meeting or discussion di luar all day long, terpaksa la pakai kasut and tentunya berstokin sepanjang masa. Kadang-kadang, kalau terpaksa aku bawa stokin spare and after let say 5-6 hours (selalunya lepas sembahyang or buang air di toilet), aku akan tukar pakai stokin baru. At least rasa lega sikit, dapat basuh and sarung stokin bersih. Since aku dah manjakan kaki aku macam tu, kalau terkena juga tak tukar stokin more than 10 hours, memang akan rasa gatal-gatal... annoying gila. Nak garu macamana, gatal dalam kasut... takkan nak sempoi je bukak kasut di kedai makan and garu depan orang ramai. Hahahaha...!

Sekian, blogpost aku kali ini. Aku sendiri harap bulan February akan ada satu lagi posting... Heheheh...! dah draft, tinggal nak siapkan je… boleh kot, curi-curi time siapkan within next week.

Total Pageviews

. page counter