Thursday, July 15

Happy Birthday Amzar Rafiq


Aku nak ucapkan selamat hari jadi kepada anak aku Muhamad Amzar Rafiq yang celebrate birthday pertama dia hari ini. So, jom transform blog ni kejap... jadi ala blog kaum ibu...

Kesan ada anak kepada diri aku...


Hilang Penat Kerja
Mungkin ramai bapa ada pengalaman macam aku, macamana penat pun balik dari kerja. Tak kira pukul berapa... kalau buka-buka pintu rumah nampak wajah anak sengih-sengih minta kita dukung memang hilang semua rasa penat. Dulu aku dengar orang cerita, aku anggap orang lain saja la poyo... pada firasat aku, tak mungkin keseoronokan dalam otak kita cukup kuat untuk inform body agar tidak penat. Dah merasa sendiri, baru aku tahu... memang betul. Bukan la seratus peratus hilang rasa penat tu, cuma for a few minutes memang kita akan lupa rasa penat. Aku yang dulu memang jarang-jarang terus mandi lepas balik kerja (selalunya lepak-lepak dulu, tengok tv, minum air), sekarang akan terus mandi sebab lepas mandi nak timang anak. Nak bergusti dengan tv, nak layan dia sembang.


Kurang Outstation
Kalau dulu dapat outstation lama-lama rasa best, sebab dapat duduk hotel mahal-mahal. Sekarang semua trip kalau boleh aku buat balik-hari. Even Pergi K.Terengganu or Kuching pun day trip je. Kalau betul-betul terpaksa barula stay for a night. Kalau kena 2-3 hari dah bosan gila... Fikir nak balik rumah je.


Lebih Berhati-hati Dengan Duit
Dulu kalau ada peluang dapat duit terpijak (project luar, tolong kawan, online biz, etc) memang aku joli sakan. Beli baju, beli kasut, jalan-jalan.... tapi sekarang rasa rugi lak semua tu. So, since aku tau aku ni memang jenis tak boleh simpan duit, aku pass portion of duit free to ke wife aku. Sebab aku tahu, wife aku lagi kronik penyakit 'ingatkan anak'. Habis semua duit dia belanja beli barangan budak. Hahaha.... Car seat 2, Stroller 2, pam susu 2.... Every week beli baju baru....macam-macam lagi.


Control Bercerita
Masa aku bujang dulu, aku sedikit menyampah kalau kaum bapa bercerita pasal anak mereka. "Anak aku suka ni, suka itu...." .... "anak aku dah pandai minta-minta"..... dan macam-macam ayat lagi yang aku menyampah. Tapi sekarang, padan muka aku sendiri... aku pula yang terover bercerita. So, everytime aku rasa dah terlebih, aku kena control. Simply stop, or buat lawak denagn harapan orang lain tak mula bosan pasal aku membebel hal anak.


Alasan Kukuh
Hahaha... memang ada anak membantu dalam memberi alasan kepada banyak situasi. Datang kerja lambat, miss appointment, terlupa janji dengan kawan, jemputan ke majlis bosan dan apa saja acara. Simply cakap, "anak aku nangis" la or "hantar anak cucuk cukup bulan" or "anak meragam"... confirm orang lain akan terima. Hahahha.... nak cakap "anak kurang sihat" takut pula jadi doa. Even boss aku pun, kalau dia call aku after office hour, then kalau dia terdengar suara anak aku dok bising dekat phone, dia akan cepat-cepat end the conversation. Konon-konon taknak ganggu quality time aku ngan anak la...


Sekali lagi.... Happy Birthday to My Amzar Rafiq

"Timang ta timang Bah ter.... timang ta timang...."

Tuesday, July 13

Produk Famous Tanpa Marketing Campaign

Wah…! Antara posting yang mempunyai tajuk yang paling jelas. Takde maksud tersirat, unsur-unsur lucu or metafora yang nampak sangat aku try-to-be-creative. Dah lama aku tak membebel pasal benda-benda tak penting base on daily observation sebegini. Aku nak cerita pasal produk-produk di Malaysia yang glamer, famous gila tapi takde pun promosi besar-besaran oleh pengeluar atau pengedar barang tersebut samada secara media perdana, direct selling atau MLM. Popularity product tersebut seolah-olah terhasil dengan sendiri dan seperti tidak dirancang, atau mungkin perancangan yang tersangat rapi oleh taukeh-taukeh terutamanya pengimport dari China.

Ok, first kita kena tolak beberapa product yang aku labelkan sebagai ‘product tradisi’. Contohnya, ubat-ubatan macam minyak Talon, Air Badak atau Pil Chi Kit (walaupun dah ada iklan komersial, tapi dah glamer way before iklan keluar). Juga pakaian seperti baju Pagoda dan selipar jepun, benda ni menurut mak aku sejak zaman atuk aku lagi memang dah popular. Dan beberapa produk glamer yang memang dari kecik kita nampak macam, biskut kering, kasut sekolah nipis (selalu buat main sepak takraw) atau serbuk teh wangi cap cili atau tuala Good Morning.

Aku lebih tertarik dengan produk-produk baru yang tiba-tiba boleh jadi glamer, walaupun tak nampak usaha promosi yang jelas.


T-Shirt Bernombor

Dulu nampak mat saleh dalam TV atau orang Malaysia yang betul-betul kaya je mampu pakai baju brand Polo or Hackett ni. Since memang ada gambar kuda dan orang main sukan polo, agaknya memang t-shirt ni adalah jersey untuk sukan polo kot. Sebab tu ada nombor. Tapi sekarang dah makin banyak jenama lain yang sesuka hati letak nombor di belakang baju dan di lengan dan kadang kala di dada. Siap ada pakej satu family, mak, bapak, anak-anak. Pelik gak aku kenapa semua orang gila pakai baju macam tu. Kalau dulu, tak ramai orang pakai… or to be exact, tak ramai mampu nak pakai. So, kalau kita dapat pakai bangga la juga. Tapi kalau dah harga 20-30 ringgit, kat Giant pun ada, apa nak bangga lagi. Maybe baju bernombor tu selesa sangat kot, sampai mengalahkan unsur-unsur kemewahan tiruan yang dibawa bersama baju tersebut. Aku teringin gak nak beli, yang jenama cap ayam memang takde size aku… then aku cari yang branded tapi tiruan… pun takde. Geram punya pasal aku search online untuk T-Shirt yang original. Gilo! Sehelai cecah 5-6 ratus ringgit. Paling murah pun RM400. Takpe lah, nanti aku beli yang cap ayam tu dua helai, then suruh mak aku cantumkan. Hahahaha…!


Tikar Kayu / Buluh


Aku tak tahu apa nama sebenar home deco ni. Tapi aku perhatikan hampir setiap rumah, rumah aku, rumah adik beradik, member-member, jiran-jiran, sedara mara… mesti ada. At least sehelai. Even di sesetengah pejabat atau surau pun ada tikar ni. Ada macam-macam corak dan kaler, ada yang corak classic macam buluh… ada juga yang corak-corak moden atau simple macam hitam-putih dam. Mungkin harganya yang murah tapi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan membuatkan tikar ni popular. Yang pasti memang tak tahan lama, kena air atau terkupil sikit confirm satu persatu akan terbuka. Takpe, spend 40-50 ringgit beli je yang baru.


Solar Powered Miniature Plant


Ini memang aku betul-betul confuse. Apa la bestnya letak pokok kecil ni atas dashboard kereta. Aku tengok atas dashboard kereta orang lain, rasa nak pegi patah-patahkan kelopak daun yang gerak-gerak bila kena cahaya matahari. Aku tak tahu la pula kalau memang ada spesifik function benda ni, perfume ke, feng sui ke, air refresher ke... Kalau awek letak dalam kereta ok lah lagi, sebab benda tu nampak cute… tapi mamat-mamat kaki racing pun ada juga yang letak. Pening… pening. Kalau betul-betul terer try jaga pokok hidup la, letak atas dashboard… baru thrilled. Seminggu dah mampos kot….


Crocs


Tak kira yang original atau yang tiruan, Crocs memang selesa untuk dipakai. Kalau yang original tu, lambat la sikit material tu nak mengeras, tapi yang tiruan 2-3 bulan dan flat… hampeh. Malas aku nak komen banyak pasal kepopularan Crocs, since bukan sahaja Malaysia, US pun dah terkena tren Crocs sejak beberapa tahun lalu. Even Maddox from the famous ‘The Best Page in the Universe’ mentioned about Crocs popularity in his famous Fashion Tips posting dated 29/10/2007.


Chow!

Nak kembali evaluate career path… hopefully next few days everything akan settle and alam pekerjaan aku akan kembali terurus. Then, baru boleh concentrate kat blog balik… takkan nak maintain 1-2 postings sebulan. Baik tutup je blog ni….

Total Pageviews

. page counter