Monday, May 17

Kenapa Block Facebook?

Last month aku cuma buat 2 postings? Gilo teruk… confirm member-member yang biasa datang jengok blog aku dah malas nak check dah kot. Loyal visitor makin takde la jawapnya. Sorry la, it is almost impossible for me to concentrate with this blog. Nak cari free time untuk menulis memang payah gila. Anak aku berusia 10 bulan, so kepada ibu bapa yang ada pengalaman tahu la kot macamana baby usia tu react bila nampak kita on laptop. Dia akan datang serang macam singa lapar. Entah kenapa baby suka sangat dengan laptop yang on, semua member aku cakap benda yang sama. Kalau ada 1-2 jam free kat office pula aku busy check status Facebook kawan-kawan atau main game Zynga.

Talking about Facebook and Zynga games, last week company tempat aku kerja start block Facebook dan Youtube. Setelah sekian lama kami semua bergumbira ber’update’ status di Facebook, main game di Zynga dan sekali sekala menonton video-video menarik di Youtube akhirnya pihak pengurusan membuat keputusan untuk menghalang pekerja mengakses kedua-dua laman tersebut. Ramai pekerja (especially ladies) merana. Sampai ada yang berusaha guna laman proxy. Ada yang subscribe to mobile broadband lunch hour keesokan harinya selepas Facebook dan Youtube di block. Kesian... kesian. Since there are no memo circulated melarang staff akses laman tersebut, so aku rasa tak salah mereka gunakan apa-apa inisiatif untuk meneruskan kegilaan, Facebook terutamanya. Mungkin aku akan cadangkan they use Blackberry or phone-phone canggih lain untuk main Facebook.

Office wife aku (UiTM Shah Alam) dah lama block Youtube and others social networking page macam Facebook, Tagged, Friendster during office hour. Banyak office kerajaan berbuat sedemikian rasanya.

So, aku terfikir what the main reason sesebuah organisasi block laman-laman sebegitu? Ok… simple reason adalah kerana laman sebegitu memberi kesan-kesan negative yang lebih banyak compare to positive. Melalaikan, membuatkan pekerja tak serius, tak focus dan sebagainya. Tapi… adakah wujud sebab-sebab lain?

Let’s try figure out and make a bold conclusion.

Taknak Staff Jadi Penagih
Kegilaan kepada Facebook dan game-game nya memang tidak perlu di ceritakan lagi. Dari budak sekolah, executive syarikat besar sehinggakan high rangking goverment officers yang aku kenal memang ramai yang gila dengan game-game Facebook. Ada yang sanggup masuk important meeting lambat beberapa minit or cepat-cepat habiskan, sebab nak tuai hasil tanaman Farmville... Lawak...lawak. So, aku boleh kategorikan game-game di Facebook adalah satu ketagihan. Kerana semua (kot, sebab aku tak try main semua game) menggunakan real time. Cukup masa kena bagi makan ikan, energy dah penuh kena cepat-cepat settlekan jobs, kena kumpulkan barang-barang pada waktu-waktu tertentu dan macam-macam lagi. Jadi aku rasa mungkin pihak pengurusan syarikat tidak mahu mendidik pekerja mereka menjadi penagih, jalan terbaik adalah dengan memaksa mereka untuk melupakan game semasa bekerja.


Taknak Staff Bankrupt

Still related dengan game Facebook, seriously ada yang sanggup habis sehingga ribuan ringgit untuk beli points... Gilo! Beberapa kawan yang aku kenal memang ada beli chip untuk Poker, beberapa ringgit jelah, bukan beli online pun, beli dengan orang lain. Then, ada pula yang sanggup guna credit card untuk beli gold coin Mafia Wars. Sehingga aku dengar ada yang created masalah rumah tangga kerana si suami guna duit gaji untuk beli point game Facebook. Sound weird and funny but seriously memang berlaku. So, daripada biarkan pekerja syarikat seorang demi seorang jatuh muflis, lebih baik management stopkan kegilaan mereka.


Avoid Relationship Problem

Masalah rumahtangga sebab habiskan duit beli point game Facebook mungkin jarang-jarang berlaku. But masalah-masalah hubungan lain kita selalu dengar terjadi disebabkan laman web sosial seperti Facebook. Tak salah aku, askar Israel ada yang kena denda sebab reveal perancangan perang mereka kepada rakan Facebook dia. Then, masalah cinta berputik kembali suami atau isteri dengan kekasih lama yang dijumpai di laman sosial, andartu tertipu dengan ‘rakan online luar negara’, insiden terkutuk parent di status Facebook dan macam-macam kes lucu lagi kita dengar hampir setiap hari (visit Failbook kalau tak percaya). So, to avoid this thing happen in their organization, some management chose the easiest solution by block access to the sites. Genius, right? Hahaahaha….


Jimat Resources

Let be honest, kalau company allow access to social networking sites, gaming sites and all sort of entertainment websites, staff will spent extra hours in the office before and after working hours. Electric bill for light, air-cond, computer not to mention other utilities such as phone and water will also be increase. Kalau company cuma ada 4-5 orang staff memang tak nampak different but kalau cecah puluhan atau ratusan pekerja? But, kalau computer office hanya ada application untuk bekerja sahaja, confirm staff akan balik seawal mungkin and hopefully they will spent more quality time with their family.


Encourage Staff Spend Quality Time Together

Talking about quality time with family, some management believes they should run a company as a family unit. So, mereka mahu semua pekerja rapat antara satu sama lain. Again, kalau ada access kepada laman web hiburan confirm staff akan spent most of their free time in front of their pc berbanding bermesra dengan rakan sekerja. With Facebook for example, they will busy communicate with their school friends, university friends, kawan-kawan persatuan dan sebagainya. Pekerja akan hanya bersembang dengan rakan sekerja untuk urusan kerja sahaja. So, dengan menghalang akses ke laman web sebegitu employees have no other source of entertainment selain dari bergurau senda dengan rakan sekerja… and that surely not a bad thing at all.


Pengurus Pendengki!

Ok… what ever reason aku stated kat atas tu sekadar main-main je. The real reason aku rasa kenapa sesebuah organisasi block laman sosial adalah kerana pihak pengurusan dengki dengan keseronokan pekerja mereka. Kalau betul-betul pihak pengurusan takut employee tidak perform atau melalaikan kerja dek kerana laman web sosial, block those website for me adalah satu usaha yang tidak bijak and more importantly tidak creative lansung. Sepatutnya wujudkan sistem monitor prestasi kerja staff yang lebih kemas dan jelas, then jika perlu, naikkan lah KPI atau wujudkan kerja-kerja baru kalau kerja yang sedia ada tidak cukup untuk mengsibukkan staff. Hakikatnya some managers they damn busy, too lazy or too old to enjoy social networking sites. But watching their subordinate bergelak ketawa depan computer memang menyakitkan hati mereka. So, bila block semua websites tersebut, mereka rasa hebat bilamana screen monitor computer staff cuma terpapar layout Words, Excel atau PowerPoint sahaja. They must put more trust on their employees and let them enjoy their time in office.


For the record, aku still boleh access Facebook and Youtube dari meja aku. Haha…

Chow, aku nak pergi rompak orang di Mafia Wars.

Total Pageviews

. page counter