Side track sikit, talking about Hulu Selangor by-election. Tarikh penamaan calon 17 April, and polling day 25 April. Then, BN menang with majority 1725 votes. Wah…! Coincidence ke or ada hantu yang rancang macam tu. Hahaha….
Ok now aku nak ajak kawan-kawan berfikir betul atau tak kita semua masih lagi lemah mental or masih mentah or any other ways to phrase the term ‘belum matang’.
Just imagine 4 ekor binatang ni sedang bersembang sesama mereka. No... its not related to any famous individual at all. Aku takde mood nak buat lawak sinis hari ni, hahahhaha...
----------------------
" Kenapa lah parti pembangkang (parlimen) tidak diberikan hak untuk mempunyai syarikat penyiaran sendiri. TV ke, paling tidak pun radio. Kerajaan Malaysia memang tak adil! "
" Cuba tengok apa berlaku di Thailand. Thaksin menggunakan TV station milik dia untuk membakar perasaan rakyat. Almost every week ada new message from Thaksin disiarkan oleh syarikat tv dia untuk memastikan Geng Baju Merah terus menghura-harakan negara. Masyarakat Asia macam kita ni tak matang lagi, senang untuk dimanipulasikan fikirannya. USA, Europe lain... mereka pandai menilai baik buruk sesuatu perkara."
----------------------
" Di Hulu Selangor last week hampir setiap kali Najib berucap dia announced ada peruntukan untuk penduduk sana. Pada aku itu adalah aktiviti rasuah terang-terangan. Apa bezanya dengan janji untuk bagi RM3 juta pada hari Isnin selepas hari mengundi dengan menjanjikan habuan selepas menang tender supply barang or lepas received LOI direct nego projek pembinaan? Anwar estimate BN spend RM100 juta untuk menang di Hulu Selangor. How BN generate duit ni semua? It’s about time party politics declare their income and expenses, Obama dulu siap publish di website jumlah dana, penyumbang dan cash flow kompen pilihanraya dia. Itulah yang dipanggil transparency… pentadbiran tulus."
" Rasuah atau tidak, boleh diperdebatkan… but declare publicly punca wang pilihanraya agak sedikit sukar. Ok, cuba kau imagine kalau BN announced details penyumbang kepada dana pilihanraya mereka. Then, kau found out jiran sebelah kau derma ke dalam tabung BN, or worst your own company support BN financially. Adakah kau akan layan jiran atau boss kau sama seperti sebelum kau tahu dia sponsor BN? Then, cuba bayangkan pula perasaan kakitangan kerajaan kalau BN declare jutaan wang kerajaan ’dipinjam’ oleh BN. Confirm ramai yang mengamok atau merajuk. So, rakyat kita belum lagi bersedia untuk digest all this information wisely. We simply not matured enough."
----------------------
" Kenapa aku baca di negara luar senang-senang boleh beli pistol. Kat Malaysia susah?"
" Orang kita kurang cerdik, kalau dibiarkan pistol dijual di supermarket confirm makin ramai mati di jalanraya. Masuk simpang tak bagi signal light pun mungkin kita boleh kena head shot. Sebab tu kerajaan keluarkna lesen untuk senjata api, nak apply lesen ada ujian I.Q dulu."
----------------------
" Nik Aziz yang dah berpuluh tahun involve dalam politik, he should realize statement derhaka a day before election tidak membantu lansung. Dah nyanyuk ke Tok Guru tu? Tapi betul juga dia cakap, kenapa perlu pisahkan agama dan politik? Agama especially agama Islam merangkupi segala aspek kehidupan.. semua aspek, tiada satu pun yang tertinggal. Politik pula adalah sebahagian dari kehidupan kita. Dalam Al-Quran dan Hadis memang ada dinyatakan selok belok berpolitik… how to act as a leader, bagaimana nak pilih rakan seperjuangan, how to treat your enemy… dan banyak lagi. So, kenapa kita sombong sangat dengan Allah untuk tidak menerima tunjuk ajar Dia dengan memisahkan agama dan politik?"
" Macam ni… politik ni kotor. Tidak boleh dinafikan politik dipenuhi dengan makian, kutukan, hasutan dan banyak lagi benda-benda keji. So, tak baguslah mengotorkan surau dan masjid dengan kekotoran politik atau ahli politik".
" Kenapa perlu politik dikotorkan ? Sesiapa yang tidak benarkan ceramah politk dalam masjid, dialah yang ada niat nak kotorkan ucapan politik dia dengan makian dan cacian. "
" Ok, kalau kerajaan atau dalam kes ini sultan benarkan ceramah politik dalam masjid, kau boleh pastikan ahli politik semua akan berucap penuh sopan dan santun ?"
" Aik…. ! Ahli politik kita yang sekolah tinggi-tinggi pun tak matang lagi ke ? Kalau leaders tak matang, pelik lah kalau juak-juak bawahan tetiba boleh termatang pula. Kan?"
----------------------
For me, somehow aku agreed masyarat kita belum matang lagi. Kenapa belum matang aku tak sure, samaada memang kita semua bengap... lambat maju or mungkin juga pemimpin-pemimpin negara yang nak kita stay tak matang…