Friday, March 19

Rakan Facebook PM

13/03/10…The day when my face appears few times in almost all news segments, TV3, RTM and even maybe Awani.The next day, printed in frontpage of Utusan, dalam NST, Kosmo and being copy-and-paste onto at least 10 blog post. Hehehe…

Ok…ok… not exactly muka aku seorang sahaja, actually muka aku terselit-selit di tengah ratusan manusia yang lain or termasuk dalam angle camera tv.

My close friend knew about my involvement in this event few days before. Aku brag to the max, hahahaha…. Print the invitation email and pass kepada mereka.

Yup…! Aku antara 300 orang terpilih untuk majlis Jamuan Minum Petang 1Malaysia anjuran Dato’ Sri Najib Razak di official banquet hall of Prime Minister house, Kompleks Seri Perdana last Saturday.

Start with this….


Then, aku register… after few weeks, received this email…


Replied to the email… then received another email.



… and hasilnya aku dapat makan free di rumah Perdana Menteri!



Dan bawa balik goodies bag yang ada had cover book, mug, fridge magnet, brochure and mouse pad.




Yang best:
1. Makan free!
2. Dapat hadiah
3. Dilayan macam orang besar
4. Makan free!
5. Once in a life time experience makan di rumah PM
6. Borak-borak dengan guard and pegawai pengiring
7. Keluar TV and newspaper.
(Feel good bila ada kawan sms, call, msg di FB mention pasal they saw my face. Memang seronok bila kawan ingat muka kita, kan?)
8. Makan free!
9. Perfect excuse for not balik kampong. (Even my mum call mentioned anak sedara nampak muka aku dalam paper)
10. Met not so friendly new friends.
11. Buang air di rumah PM… Damn, toilet dia cantik siot.
12. Found out Najib’s son boleh jadi disc jockey.
13. Makan free !


Yang Tak/Kurang Best :
1. Majlis tidak terlalu teratur, so semua berebut-rebut nak close to PM
2. Soalan aku tidak terpilih
3. Found out PM support MU and of cause he hate Liverpool.
4. Gambar PM ceduk makanan untuk aku tak keluar kat mana-mana.
5. Kenapa PM suka bagi speech in English?
6. Takde lucky draw (selalunya majlis macam tu ada lucky draw)
7. Air air-cond menitik atas kepala.(see picture below)



Yang Lucu:
1. Ada orang bawa proposal and pass to PM and/or Rosmah
2. Ada orang usung big poster and ask PM to sign.
3. Ramai selit business card dalam poket baju PM
4. Soalan pasal MU


What ever agenda politik atau propaganda yang PM lakukan dengan menjemput rakan-rakan facebook ke rumah beliau aku tak kisah. Simply because aku terpilih…Hehhehe. Kalau aku tak terpilih for sure aku akan cakap…

1. This is another cosmetic politic ploy by PM. He try to potray ‘mesra rakyat’ image by turun padang and organizing so call a tea party. Hoping those who attend the party will… well just like what I did, which is telling the good hospitality that PM and his family gave to us on that evening.

2. PM waste tax payer money by organised not so important function.

3. Those who attend the party simply kaki ampu and attention seeker.

4. PM should concentrate managing the country or at least pay more intention on more serious issue (like MCA crisis) rather than entertain manusia tiada life (Facebookers).

5. PM try to tackle online user of Malaysia after witness majority of youngsters condong menyokong opposition.

Hehe… but again, since aku terpilih… apa aku peduli!

Boleh cari muka aku?

Honestly, aku rasa tak salah PM adakan acara sebegini. For sure makanan semua sponsored. (by the way… Kuzie catering yang cater that day memang best. Dah beberapa function aku attented cater by Kuzie. Tak pernah mengecewakan.) Lagipun, kalau betul it is a ‘lakonan’ by PM… aku still respect dia. Sebab effort tu, berhimpit-himpit dalam crowd. Layan orang ramai nak sign autograph, ambil gambar, terima hadiah (yup, ada yang even bawa kraftangan dari tin kosong hadiahkan kepada PM). With his busy schedule, still spare time layan kerenah ‘orang kampong masuk bandar’ di rumah beliau. Not bad lah…

Kalau fikirkan, if he really want to win internet user heart in Malaysia, he should tackle bloggers dulu. And to win blogger’s heart it is not a difficult job. Few discussion with Nuffnang, Adverlets, infinity, etc…. throw money through them to Malaysian bloggers… for sure bloggers will support PM. Hahahha… bloggers Malaysia majoritinya boleh ‘dibeli’, kan? For sure somebody dah advise PM to do so. Imagine exposer and support he will get if he invite 300 of Nuffnang’s ‘celebrity bloggers’… huge, right? But PM prefer to meet orang kebanyakkan dan listen to them.

Conclusionnya… terima kasih kepada PM sebab bagi aku makan free and beri peluang kepada kawan dan family cari muka aku dalam paper.


Kudos to PM!

Update (24/03/10):

Last few days received another email. Dalam email tu ada message ini:

Sama-sama.

Monday, March 8

Dah Senang… Nak Senang Lagi

Masa aku mula-mula belajar kat univeristi dulu Internet baru nak start popular kat Malaysia. Term ‘Cyber CafĂ©’ memang betul-betul top. Masa tu, kami ramai-ramai still guna internet for fun, sama ada untuk chatting, untuk main game or cari info pasal game… or kalau yang nakal pula akan cari info-info yang… well ‘fun’. Kadang-kadang sahaja kami online untuk dapatkan maklumat untuk buat paperwork ke, untuk study ke or untuk buat assignment. Masa tu internet pun tak laju, website pun tak banyak, or susah nak jumpa yang infomative sebab google belum wujud, yahoo pun masih dengan system kuno mereka. So, kami masih lagi gunakan cara traditional untuk buat assignment… pergi library. Ok… bukan semua orang pergi library, ramai juga yang hanya bergantung kepada lecture notes or member’s notes (yang balik dari library). Mungkin dah tua-tua nanti bila aku beritahu anak aku yang aku guna buku dan kertas untuk tulis nota dia akan gelak, sama macam masa arwah bapa aku beritahu aku pada zaman dia, setiap pelajar ada mini papan hitam untuk salin nota atau buat latihan dalam kelas. So, lepas guna mereka padam dengan sabut kelapa yang dibasahkan dengan air. Cool, kan?

But, student sekarang memang senang. Belambak website memang dibina untuk membantu student buat paper. Ada yang free dan ada yang berbayar. To be fair, most probably because lecture or university pun aware this advantage so end up they gave assignment yang lebih susah or dalam bentuk yang sukar bagi student nak cari di Internet.

Put study aside, untuk tujuan apa sekalipun nak cari maklumat di Internet sangat mudah. Contoh, kalau kita nak cari logo semua parti politik di Malaysia. Susah sangat ke ? Tak…kan ?

Biar aku bagi tutorial cara nak cari logo parti-parti politik di Malaysia…I will let you guys know later why this tutorial is essential.

Method 1:

1. Pergi ke mana-mana search engine.
2. Masukkan nama parti politik yang ingin dicari.
3. Tekan enter.
4. Cari laman web rasmi parti tersebut.
5. Cari logo yang dipaparkan di laman web tersebut
(sama ada di banner atau bawah ‘about us’)
6. Copy / save gambar

- Done -


Method 2 :

1. Pergi ke mana-mana search engine
2. Masukkan perkataan “logo _____” isikan nama parti politik
3. Klik ’search image’
4. Save terus mana-mana gambar yang ada di search engine result page tu or
5. Pergi ke laman web yang ada gambar tu then save from there.

- Done -

Seterusnya, kalau nak himpunkan semua logo parti politik dibawah satu gambar juga tersangatlah senang. Semudah 1,2,3 or A,B,C bak kata iklan-iklan.

Tidak perlu software canggih-canggih… pakai Word dan Paint pun boleh. Kalau computer korang takde Word, samada version original, pirate or OpenOffice… memang pelik lah.

Sekali lagi, aku bagi tutorial cara construct gambar dengan Word. Easy-peasy kata orang putih.

1. Buka Word.
2. Buat kotak berkaler, kalau korang nak background ada kaler lah.
3. Copy and paste gambar logo parti politik satu persatu.
4. Susun cantik-cantik dalam kotak tadi.
5. Select satu persatu semua items then copy dan paste di Paint or
5. Print Screen, paste and crop di Paint.
6. Save picture in what ever format you desire.

Senang kan?

Mesti ramai pelik apa kejadah aku buat tutorial bangang ala-ala tak ikhlas ni. Benda simple gila… here the reason. Seriously aku tak marah, aku cuma pelik dengan perkara yang berlaku.

This article….
http://tvselangor.com/v2/news-section?t=2522

Obviously from website ‘besar’ www.TVSelangor.com. Maybe own by Selangor state or any GLC (government linked company) or GBC (government backed company) or CBC (cronies backed company). Aku zoom article tersebut…

Nampak gambar himpunan logo parti politik tu?

Check blogpost aku ini:
http://www.akubetul.com/2008/02/nak-undi-siapa-parti-atau-calon.html

Ada gambar ini di sana:

Tak mungkin kebetulan dia susun logo-logo tu exactly as aku susun, bilangan, logo, angle senget, background hitam, cara susun dan saiz semuanya sama. So, aku confident gambar tu aku yang bina. Gambar tu sebenarnya aku buat last 2 years

Damn simple je aku buat… exactly as ‘tutorial’ kat atas tu. But still, ada orang curi and guna. Watermark ‘AkuBetul.Com’ pun dia delete. Siot je. Pastu, lepas aku hantar email mengadu…

They not even do any smallest thing! Tak remove gambar tu, tak response to my complaints… Nada… Zip…Nothing.

Obviously I can’t take any legal action. Since that picture belong to Google, since aku berblog gunakan Blogspot. Rasanya that the legal arrangement… What ever pun, even kalau boleh, apa gila aku nak nak besar-besarkan pasal gambar yang aku sendiri curi dari website rasmi parti politik berkenaan. Aku just assemble and atur-aturkan je.

Come to my surprise, bila aku search… ada banyak lagi rupanya website dan blog gunakan gambar tu. Ada yang delete watermark dan ada biarkan (thanks).

Contoh-contoh:

http://www.sabahkini.net

http://kepalalabuchi.blogspot.com/2009/04/kartun.html

http://wongsiewhung.wordpress.com/2009/09/08/sejarah-pembentukan-malaysia-bhgn-6/

http://skamalspikcer.blogspot.com/2009/06/kecek-tagged-aku.html

Aku tidak kisah orang ambil gambar-gambar simple sebegitu from my blog. Bukan gambar yang aku sendiri tangkap or gambar yang ada muka aku pun. So, not a big deal lah kan. Cuma back to title of this blogpost. Manusia ni memang tidak pernah puas dengan kesenangan. Copy and paste logo tu one-by-one bukan lah susah sangat. Will takes maybe 4-5 minutes. But still they prefer the easier way by just copy hasil usaha orang lain... dan sedih ada yang try to hide source of the picture by deleted the watermark. Lagi sedih some of them adalah so call professional journalist and cari rezeki dengan menulis berita. Fuh!

Monday, March 1

i-City Shah Alam



Dah makin kurang posting panjang sebegini dari aku. Nothing serious, just a simple review pasal i-City and sedikit sindiran kepada blogger gila cari duit (obviously penyakit dengki play a part here, hahaha…).

Ramai rupanya tak tahu pasal latest land development project di Section 7 Shah Alam. Biar aku bagi promotion free kepada diaorang. Aku dah stay di Shah Alam for more than 10 years, so not a sins for me to feel proud with my neighborhood township development project, right? i-City pun cuma sepelaung je jaraknya dengan rumah aku tinggal sekarang… ok, maybe not exactly sepelaung, kalau jerit pakai microphone baru boleh dengar kot. Antara apartment aku tinggal dengan i-City dipisahkan oleh pondok-pondok toll Sg Rasah, Federal Higway (last toll before entering Klang). Kalau sesiapa masuk Shah Alam regardless using apa highway sekalipun, bila dah dekat nak masuk, mesti akan nampak signboard menunjuk arah ke i-City. Letak directive signage di papan penunjuk arah di highway (yang kaler hijau tu), kena bayar ke?

Secara ringkasnya, i-City ni merupakan sebuah projek pembangunan yang besar, ala-ala macam Sunway bangunkan bandar Sunway, IOI bangunkan Puchong dan Guthrie bangunkan Bukit Jelutung. Although physically, aku rasa sizenya tidak besar sangat and rasanya i-City focuses more kepada office suite and commercial complex, rather than residential houses (tapi still ada housing estate yang dibina di dalam i-City ). Dan yang menjadi selling point utamanya adalah konon-kononya i-City akan dilengkapi dengan kemudahan komunikasi tercanggih, fast broadband connectivity, first class communication technology, ubiquitous wireless area and so on. i-City juga dirancangkan agar menjadi cyberhub yang akan menempatkan datacenter, gateway, virtual office, smart school, etc. We might witness (or hear/read) all the hype about i-City's state-of-the art communication infrastructure in next few months, or at least when tempat tu dan mula diduduki, sekarang ni aku tengok still banyak vacant units.

Salah satu cara i-City create awareness pasal kewujudan mereka adalah dengan menganjurkan pelbagai sambutan sempena perayaan-perayaan di Malaysia dan juga dengan membina perhiasan lampu-lampu di seluruh bangunan-bangunan yang dah siap di sana. Sambutan Christmas, New Year and the latest Chinese New Year.

Thanks to i-City sekarang aku tidak perlu pergi jauh-jauh untuk tengok percikan bunga api… just dengan stay di corridor apartment aku, aku boleh tengok persembahan bunga api yang grand. Last Saturday aku tidor awal… gila awal, around 8:30 malam kot. Around 11 o’clock, aku terbangun… aku ingatkan apartment aku runtuh ke apa. Berdentam-dentum bunyi kat luar. Aku bergegas keluar bilik, aku tengok wife kelam kabut capai kamera dan keluar rumah… Ambil gambar bunga api sempena habisnya chap goh meh. Gila… bunga api penutup chap goh meh sama meriah dengan tahun baru. Memang confirm hantu-hantu semua lari lintang pukang. Ini footage yang wife aku sempat snap.



Next, pasal hiasan lampu. Perhiasan lampu di i-City adalah yang paling cantik aku pernah lihat. Seriously aku kagum, dah macam pertunjukkan hasil seni lampu. Maybe sebab aku tidak pernah tengok hiasan yang lebih grand di oversea or pusat peranginan. Masa cuti Chinese New Year, aku dengan wife saja-saja berjalan kesana. Terkejut aku tengok deretan kereta beratur nak masuk. Aku ingatkan ada function apa-apa ke, ada artis nak buat show ke, ada ceramah parti politik ke. Tapi budak-budak jaga parking tu cakap memang setiap malam sebegitu. So, aku just lalu sambil nikmati kecantikan lampu-lampu dari dalam kereta dan plan datang semula esoknya. The next day, lepas sembahyang maghrib, terus aku pergi. Dapat park dekat dengan taman.

Here the picture and professional quality video recording dari aku. Hahahahha….




Pening tak tengok video pusing-pusing? Haha... sorry gambar and video do not do any justice to the real light wonderland in
i-City . Aku guna lousy digital camera, mana mungkin gambar boleh cun.

Then, bila nak pergi ke area bangunan aku tengok dah beratus kereta berpusu-pusu, macam semut berebut gula. Aku malas nak memeriahkan jammed, aku buat u-turn, then balik. To give you guys some idea, tengok gambar yang aku ambil dari corridor rumah aku.

Gambar-gambar dan video dalam taman yang di atas tu adalah dari area sebelah kiri. Separuh lagi hiasan adalah dalam area bangunan. between buildings and dalam beberapa unit shop lots. Ada hiasan seumpama salji dan ada tanglung, bunga dan macam-macam lagi…obviously they design it sempena Christmas, New Year and CNY.

So, kepada kawan-kawan yang duduk area Klang Valley kalau malam-malam boring duduk rumah boleh lah datang melawat perhiasan landscape lampu di i-City. Jangan lupa give me a call, kalau aku free boleh korang belanja aku teh tarik and nasi ayam.

Kepada member-member yang kaya raya, boss-boss company besar, properties investor, pengumpul harta tanah… boleh lah risik-risik website i-City kot-kot ada yang berkenan di hati. Kalau mahukan lain-lain corporate information pun pergi la visit page mereka. Malas aku nak jadi copy-and-paste blogger.

Semua gambar-gambar aku malas letak watermark. Kalau aku jumpa ada orang curi... siap lah, aku saman 100 juta. Hahahaha....! Joking... actually aku malas letak watermark sebab aku percaya pembaca blog aku semunya baik-baik, macam aku juga. So, kalau nak pinjam gambar boleh minta elok-elok, kan?


--- Sessi kutuk blogger kapitalis bermula ---

Again, kalau ada yang wonder why aku bagi mereka promotion free…let me be honest la, sebenarnya ini paid review. They pay me to write something about them. Since aku ni materialistic blogger, blogger yang telah diracuni pemikiran kapitalis, aku setuju dengan offer mereka. Walaupun tidak seberapa, sekadar pakej melancong free ke Paris, 1 unit office space, laptop 2-3 biji, handphone canggih 4-5 biji and free broadband for life… aku terima juga sebab memikirkan ini kira corporate social responsibility aku kepada Bandaraya Shah Alam dan penduduknya. Hahahaha… my wish!

So, sekadar meniru aksi blogger-blogger kapitalis, aku terpaksa tulis phrase di bawah selepas setiap paid review:

Khidmat pesanan masyarakat ini dibawakan khusus kepada anda oleh Akubetul.Com.

Somehow bunyinya macam buat amal jariah je kan?

Then, kadang-kadang ada yang nak jadi mat salleh sikit…

This community service reminder is brought to you exclusively by AkuBetul.Com


Muahahaha…. hahahaa… peace!







Total Pageviews

. page counter