Sunday, January 24

Bekerja Untuk Siapa?

Bekerja untuk apa? Itu aku dah jawap dalam posting beberapa tahun lepas… Ini persoalan lain pulak. Aku selalu fikir benda ni. Bukan semua orang bekerja untuk diri sendiri sahaja, banyak lagi pihak-pihak lain yang menyebabkan kita terus bekerja. Samada kita terus bekerja secara general atau reason kenapa kita terus bekerja di satu-satu organisasi.



Diri Sendiri
Straight forward la ni. Majoriti antara kita kerja work for our own self. Cari duit, memajukan diri sendiri, cari pengalaman, cari ilmu dan sebagainya.


Family
Again, standard la kot. Bagi yang dah berumah tangga atau bagi yang bujang tapi terpaksa support family, mereka berkerja bukan untuk diri sendiri lagi. Rezeki yang dicari dibelanjakan lebih untuk family. Memang dalam fikiran mereka terbayang muka isteri, anak, abah, ibu atau adik beradik semasa ditempat kerja.


Organisasi
Tidak kurang yang memang ikhlas bekerja untuk organisasi yang dia wakili, samada syarikat swasta, agensi kerajaan atau badan kebajikan. Orang sebegini selalunya meletakkan kepentingan organisasi dahulu sebelum kepentiangan peribadi. Polisi-polisi organisasi dikaji satu persatu dan sebaik mungkin cuba diikuti tanpa sebarang kompromi. Mereka jarang berkira dollar and cent dengan syarikat, pada pandangan mereka if organisation yang diwakili success (either in term of profit or other achievements) somehow there will be a reward for them samada berbentuk wang ringgit atau penghargaan atau sekadar kepuasan di dalam hati sendiri.


Majikan
Ini tricky sikit. Ada juga pekerja yang bekerja bukan untuk organisasi yang dia wakili, tapi sebab direct boss above him/her. Somehow, pekerja ni sayang, respect, kagum, kesian, terhutang budi or what ever reason dengan boss dia so, dia nekad to work as hard as possible agar boss dia happy. Kadang kala boleh dikategori atau disalahertikan sebagai bodek tahap dewa. Most probably kalau dapat offer tempat lain dia akan tolak selagi majikan yang dia suka tu still ada.


Anak-anak Buah
Lebih tricky daripada yang atas. Ramai juga kenalan aku yang stick with their current job because of their staff. Somehow they know if the quit, staff dia akan merana berada di bawah telunjuk orang lain. So, although financial not as attractive as others willing to offer, they still continue with their current job. Sound too good to be true, but believe me… ada, memang ada. Then tidak kurang businessman yang terus bekerja majukan company dia demi kakitangan yang sediaada. Kalau nak ikutkan, dia dah boleh bersara, saving dah ada berjuta-juta.


Agama, Bangsa dan Negara
Maybe some politician, pemimpin negara, atlit sukan, pendidik, scientist, tokoh-tokoh negarawan…they all work for agama, bangsa dan negara. Aku pernah dengar ada wakil rakyat yang sanggup bergadai barang kemas isteri sebab nak tolong mangsa banjir… before government fund tiba. With Facebook and Twitter, kalau kita follow some of the our leaders (tak kira lah BN or opposition) kita akan kagum tengok jadual mereka. Dari pagi sampai tengah malam bekerja. Ada yang habis kerja 2-3 pagi, then next morning awal pagi kena attend function lain pula di negeri lain. Aduh!... tak sanggup aku. Penat… I don’t think all the leaders nak kenyang perut sahaja, ramai juga yang buat itu semua agama, bangsa dan negara.


Bekerja Untuk Perut

Talking about kenyangkan perut, ada juga manusia yang bekerja untuk perut, untuk hati… hati yang busuk berpandukan hawa nafsu yang menggila. Ok, honestly aku tulis article ini ada sebab tersendiri. Aku notice makin ramai orang disekeliling aku ‘bekerja untuk perut sendiri’. Aku percaya member-member atau business partners samaada di Penang, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah atau Sarawak ada yang baca blog aku ni. Maybe sekadar suka-suka. Aku nak ambil kesempatan nak pesan satu perkara. Tolong jangan jadi tamak haloba! Please understand kita bukan buat business trading… tengok ada demand (atau lagi keji dengan createkan demand) then cari supplier, seterusnya supply barang. Kita bukan juga nak ‘songlap’ duit kerajaan dengan jual barang atau buat projek yang boleh untung sekelip mata. Kita jual perkhidmatan, offer service, kena keluarkan modal yang banyak dulu, then kena buat banyak kerja-kerja fizikal before boleh dapat return of investment. Kalau ROI 4-5 tahun pun dah boleh dikira nasib baik sangat. Jadi jangan cepat kelabu mata dengan financial statement atau forecast yang kita sama-sama buat sehingga sanggup tikam kawan-kawan. Tolong jujur dalam berniaga. Yang akan kaya korang juga! Korang masing-masing ada syarikat sendiri, aku juga yang makan gaji. Bodoh! Dan.. tolong jangan main sentiment ‘tolong orang Melayu’… ‘majukan bangsa sendiri’… ‘utamakan orang tempatan’… aku seriously menyampah dengan ayat-ayat macam tu. Nak majukan Malaysia sama-sama lah, tak kira apa bangsa, apa agama, orang semenanjung, orang Sabah-Sarawak… Sebelum aku start mencarut, better aku stop. Memang sakit hati tengok gelagat sesetengah businessman Melayu yang nak kaya cepat dengan cara yang paling mudah. Sanggup lupa kawan dan lupa penat lelah orang lain.


* Aku sambung-sambung tulis posting ni more than a week. Ada time terluang aku tulis 1-2 paragraph. Akhirnya siap juga. Hahaha…!

Tuesday, January 12

Kenapa Tak Jawap Panggilan Nombor Tak Kenal?

Betul-betul santai punya topik. Takde idea dan masa nak ulas isu sensitive terutama pasal isu penggunaan nama Allah oleh agama lain. Cuba baca tulisan Che Det, nampak ringkas tapi tepat dan padat.

Back tu posting title... Aku maksudkan perihal manusia yang tidak suka angkat panggilan daripada nombor yang tiada dalam phonebook handphonw. 2 incidents berlaku membawa kepada terfikirnya benda ini.

Beberapa minggu lepas aku outstation ke Johor. Member-member di Johor yang mostly kenalan atas urusan kerja pada masa itu cuma ada nombor telefon 016 aku sahaja. Then, suddenly aku terpaksa stay di Johor agak lama, seperti biasa aku jarang bawa charger… so, bateri handphone 016 aku habis. Sebelum betul-betul habis bateri, aku transfer a few numbers member-member Johor ke 012, since handphone 012 aku ada car charger. Then, aku call them using my 012. Daripada 3-4 orang yang aku call takde sorang pun yang angkat. Hampeh! Sampaikan aku kena sms, maklumkan siapa aku then baru mereka call aku balik. Aduhai… macam-macam alasan mereka bagi. Nanti aku reveal satu persatu.

Incident kedua, masa dapat berita sahabat aku meninggal a day before Krismas. Aku call seramai kawan yang mungkin untuk menyampai berita sedih tersebut. Aku rasa berita kematian tidak molek sekiranya aku sms sahaja. So, ramai juga member-member lama yang tidak simpan phone number aku. Alasan standard… tukar phone, handphone hilang… etc. Then, again ada la beberapa orang memang tidak angkat panggilan aku. Jenuh aku call berpuluh-puluh kali dari pagi sampai ke esok pagi, masih tak angkat. Akhirnya, aku sms… barulah mereka call balik.

Antara alasan-alasan kenapa aku dan member-member aku tidak angkat panggilan daripada nombor tidak dikenali:

1. Pencari Bohsia
Ini memang mainly reason utama aku tak angkat call dari nombor pelik-pelik especially tengah-tengah malam. From the incident nombor aku kena jaja oleh orang lain, dan aku dengan tak sengaja terjaja nombor sendiri di laman web. Ramai still anggap nombor telefon aku adalah nombor telefon bohsia. So, lepas pukul 11 malam, kalau dapat phone call dari nombor tak kenal ke 016 aku, memang aku ignore.


2. Tele-marketing
Walaupun dunia makin canggih, tapi marketing strategy menggunakan phone call masih lagi popular. Insurance, travel agent, pusat gym, banks, reward card, survey, business machine air… aku betul-betul hangin dengan kawan-kawan atau sanak saudara yang gatal tangan submit nombor telefon aku. Tapi kalau time-time boring seronok juga melayan. Hahaha….


3. Loan Bank
Ini antara reason utama ramai orang tidak jawap panggilan daripada nombor tidak kenal…menurut kawan aku, rupa-rupanya pihak bank akan call peminjam yang tidak bayar menggunakan line handphone jika mereka try guna ‘private number’ tidak dijawap. Waktu mereka call pula antara maghrib dan isyak. Pandai…pandai. Kalau still tek berjawap, they will sent sms ‘ugutan’, last option baru mereka hantar surat saman.


4. Stalker
Hahaha… tentunya bukan aku lah kan. Member-member perempuan yang perasan cun dan cute memang tidak akan angkat nombor telefon tidak dikenali sebab selalu kena kacau dengan lelaki-lelaki miang. Kesian... lain kali angkat dan biarkan phone atas meja, biar habis credit dia.


5. Avoid Musuh
Orang business terutamanya memang sukar nak baik dengan semua orang. Pastinya akan ada yang bermusuh dengan kita. So, kadang kala malas nak bertengkar, malas nak membebel, they just ignore any unfamiliar phone number.


6. Selalu Sangat Salah Nombor
Ada juga member-member aku yang malas nak angkat phone dari nombor pelik sebab selalu sangat dia received phone call cari orang lain. Maybe pemilik lama seorang salesman ke, agent insurance ke, or freelancer… sebab ramai sangat yang cari. Walaupun dah bertahun-tahun pakai nombor tu, still ada orang call cari owner lama.


7. Boss

Ada seorang member aku, aku try call 2 hari tak angkat phone. Lepas sms baru dia jawap. Menurut beliau, since nombor 012 aku boleh dikirakan sebagai cantik… dia assume boss or kaum kerabat boss dia call. Dia ada terbuat sedikit salah day before, so during weekend dia malas nak fikir pasal kerja. Monday nanti baru dia nak face the music. Aduhai… cam tu punya alasan pun ada.


Aku ada 2 handphones, satu nombor yang office beri 0162266654 dan satu lagi nombor peribadi 012. Nombor telefon peribadi aku 012 jarang-jarang aku berikan kepada sesiapa. Family and close friends sahaja yang ada, even ramai officemate aku still takde no 012 aku. So, selalunya panggilan ke 012 aku, tak kira ‘Private Number’ atau panggilan daripada nombor misteri memang aku angkat. Cuma panggilan tidak dikenali kepada 016, kadang kala aku abaikan. Dengan nombor 016, aku juga ada satu penyakit, kadang-kadang panggilan daripada nombor yang dikenali pun aku tak angkat. Saja, nak uji kesabaran kawan-kawan. Hahahaha….

Saturday, January 2

2009 Yearly Review

AkuBetul.Com
Tak banyak benda berlaku dengan blog ini sepanjang tahun ini. Aku semakin kurang berblog. Cuma ada 71 posting tahun 2009. Jauh gila compare dengan 2008 (145 posting) or 2007 (249 posting). Pembaca-pembaca setia pun dah makin kurang, nasib baik lah ditambah dengan pembaca dari search engine. Ada satu sahaja perubahan berlaku di blog ini (selain dari posting kurang), dari 2 tahun lepas aku gunakan perkhidmatan Nuffnang untuk iklan di sini. Middle this year aku beralih angin ke Advertlets. Selepas kena tipu RM400, aku tukar semula kepada Nuffnang. Walaupun income from Nuffnang tidak sebanyak tahun lepas, alhamdullillah kekurang itu dicover oleh penjualan e-book melalui affiliate program yang aku sertai. Secara bijak (mungkin juga keji, hahahha)… aku exploitasikan trafik dari search engine yang singgah di sini untuk memperbanyakkan earnings Adsense aku. So, conclusionnya… income through AkuBetul.Com adalah melalui Nuffnang, direct advertiser, affiliate (jual e-book) dan Adsense. Aku juga semakin kurang masa nak menjelajahi blog kawan-kawan. Azam aku tahun depan, maybe tak banyak related with this blog. Will most probably sama sahaja, kalau aku nak tukar ke hosting sendiri, aku perlu peruntukan banyak masa and besar kemungkinan trafik dari search engine akan hilang. So, I will stick with free service from blogger.com and will try my best to spend more time untuk tulis posting.


Personal Life

Banyak sangat ‘1st Time’ aku alami tahun ini. This year first year aku jadi suami… and thank to mighty Allah, tahun ini juga aku merasa pengalaman pertama jadi seorang bapa. So, tarikh 15 July 2009 sangat bermakna buat kami suami-isteri kerana selepas menunggu berbelas jam, akhirnya putera sulong, Muhamad Amzar Rafiq selamat dilahirkan. Kemudian, awal November first time juga family member aku menjalani pembedahan besar. Ibu aku selamat bedah kedua-dua lutut di HUKM Specialist Center. Sekarang ibu aku menjalani fisioterapi di hospital Teluk Intan. Dan hujung tahun, sehari sebelum Krismas, first time aku mengalami pengalaman kehilangan rakan karib. Mungkin this Sunday aku and wife nak singgah rumah arwah, masa on the way ke JB.


Kerja

Naik pangkat ? Naik gaji ? Macam biasa ada la sedikit sebanyak movement tahun ini. Tak la banyak mana, sekadar cukup untuk memuaskan hati sendiri dan menyakitkan hati pendengki… Hahaha… Aku dah makin banyak outstation. Selepas berulang-alik ke Johor, akhirnya kami akan memulakan operasi di Johor. Selepas ini mangikut perancangannya aku akan ulang proses yang sama di beberapa negeri lain. Melaka, N9, Terengganu, Perak, Kedah… Fuh… ! Makin banyak la outstation tahun 2010. Mungkin terpaksa minta increasekan credit limit credit card, tak mampu nak bayar cash semua expenses.

Azam Tahun Baru
Ini adalah azam tahun 2009 yang aku nyatakan di posting ini:

1. Cuba penuhi azam tahun 2008.
2. Tambah pendapatan by RM 1000.00 per month.
3. Nak dapatkan 2000 visitors per day for Akubetul.com
4. Beli rumah.

Hampir semuanya gagal aku penuhi…Hampeh betul…! Takpe, lupakan… aku nak setkan azam tahun 2010 pula.

1. Nak kurangkan berat badan
2. Kembalikan perhatian kepada blogs
3. Nak naikkan pendapatan bulanan aku by RM2,000.00
4. Nak pergi melancong ke oversea with family
5. Nak beli rumah

Cukup. Dah lama aku nak kurangkan berat badan, so this year boleh la kot. Bukan la aku nak kurus sangat, sekadar nak kurangkan sedikit. Kalau tak dapat kurang pun at least usaha tersebut boleh memaintainkan berat badan, tak la naik lagi. Samada with family yang besar atau family yang kecil (aku, bini dan anak), aku memang nak sangat pergi melancong ke oversea. Indonesia pun jadi lah. Then, rasanya duit dalam KWSP dah cukup matang untuk dijadikan duit deposit nak beli rumah. Cuma masalah nak beli rumah kat mana yang belum diputuskan lagi. Nak beli kat Lembah Kelang ke? Terengganu ke? Perak ke? Aduh... pening.


Biggest Winner & Loser 2009

Aku tidak nampak sesiapa atau mana-mana pihak layak dikategorikan sebagai Winner 2009. Calon-calon terdekat mungkin squad bolasepak Sukan Sea, Azizul Hasni, Facebook’s team (Facebook dah hampir nak beat Google), Sultan Azlan Shah, Bloggers.

Calon Loser pula, ahli politik Perak, SPRM, Atlet Sepaktakraw, celebrities yang kahwin-cerai express…Tapi biggest loser pastinya…Tiger Woods

1. Rachel Uchitel
2. Jamie Grubbs
3. Kalika Moquin
4. Jamie Jungers
5. Cori Rist
6. Mindy Lawton
7. British TV Host
8. Fourth Vegas Vixen
9. Holly Sampson, “Adult Film Actress.”
10. Orlando Cocktail Waitress
11. Joslyn James
12. Loredana Jolie

Itu semua ada adalah nama-nama perempuan yang dikatakan ada scandal dengan Tiger Woods. No doubt he is one of the most successful sport personality ever witness by us. But tindakan dia menjalinkan hubungan sulit dengan ramai wanita, sedangkan dia sudah beristeri sangat-sangat memalukan. Dia sendiri malu dengan tindakan dia, pergi menyorok sedangkan kawan-kawan celebrate new year. Kesian…Banyak website joke mat salleh sediakan segment khas hanya untuk Tiger Woods’s Joke. Hahaha….



SELAMAT TAHUN BARU 2010

Total Pageviews

. page counter