Tuesday, March 31

Financial Crisis – Apa Kesan Kepada Kita?

Notice:
Akhirnya aku berjaya buat posting ke 8 bulan ini, lebih satu dari bulan lepas. Aku bukannya sengaja atau berlagak bagus dengan tidak lagi buat posting setiap hari macam dulu-dulu (aku dapat email yang cakap macam tu). Seriously aku tak berkesempatan. Lagipun blog aku dibaca oleh rakan sekerja, clients, rakan niaga, even boss aku sendiri tahu pasal blog ini. So, rasa lain macam kalau aku buat blog posting banyak-banyak sedangkan kerja berlambak yang belum settle. Plus, since orang tahu aku dapat sedikit duit dari blog ini, so bila tiba bab duit dan disemai dengan benih dengki, rakan sekerja pun boleh bertukar jadi musuh sekerja, kan? Sebelum ianya jadi sebegitu, aku slowkan sedikit aktiviti blogging aku disini. Tapi di blog satu lagi, aku update almost everyday. Hahaha... itu pendek-pendek je. Takpe kot.

Back to blogpost title…

Not really sure the exacts number, tapi yang pasti memang puluhan kalau tidak ratusan ribu pekerja telah dan akan diberhentikan oleh majikan dengan pelbagai cara dan taktik. Aku baca laporan berita ada yang kata jumlahnya 80 ribu, ada pula laporan yang kata jumlahnya hanya lingkungan 20-30 ribu, tak tahu mana satu yang betul. Yang jelas, memang ada yang kena buang sebab even member-member aku pun ada yang mengeluh dapat VSS 4-5 ribu dan ada yang lagi teruk kena terminate 24 hours sebab kilang bankrupt.

Kesan kepada yang diberhentikan tidak perlu diceritakan lah. Hilang punca pendapatan bulanan, kena cari kerja lain, ubah rutin kehidupan, loan kereta, loan rumah, makan pakai anak bini dan macam-macam lagi. Kalau kena kat batang hidung aku mahu gila sekejap.

Cuba bayangkan pula kesannya kepada kita semua, yang tidak atau belum lagi diberhentikan.

1. Kadar Jenayah Meningkat
Ini semestinya akan berlaku. Bila hilang punca pendapatan dan sampai tahap terdesak manusia akan hilang daya pertimbangan. Jangan kata warga tempatan, foreigner pun ramai yang dibuang kerja but still visa mereka masih hidup. Jadi, mereka akan duduk sini sehingga visa tamat, mahu atau tidak mereka perlu cari duit tidak kira bagaimana. Yang lagi parah, logam seperti besi dan timah dah jatuh harga, jadi penganggur yang terdesak ini tidak akan lagi cari kabel dalam manhole, pecah masuk bilik janakuasa TNB atau curi penutup longkang. Instead mereka akan pergi jalankan aktiviti di kawasan perumahan. So, kita semua kena extra careful dengan keselamatan rumah, kereta dan diri kita lepas ni.


2. Susah Nak Buat Loan

Ini bukan pengalaman peribadi since dalam waktu terdekat aku takde la pula submit loan application. Tapi aku dengar cerita dari member-member kerja bank, pihak institusi kewangan kini extra careful dalam meluluskan loan, tak kira apa jenis loan sekalipun. Walaupun iklan merata-rata suruh kita buat loan, even kerajaan pun menggalakkan kita meminjam dengan incentive ‘kereta buruk’ dalam mini bajet baru-baru ini, tapi pihak bank sebenarnya akan betul-betul siasat latar belakang pemohon sebelum approved loan. Mereka takut pekerja yang bakal diberhentikan kerja cepat-cepat pohon pinjaman untuk tanggung kehidupan sebelum dapat kerja baru. Ada satu kes dimana pihak bank reject loan application daripada manager bank lain. Mungkin sebab manager bank tu sudah ada banyak commitment lain, tapi sebab utama adalah kerana pada mereka sector kewangan kini bukanlah di dalam keadaan yang stabil.


3. Takut Nak Berhenti Kerja

Kalau satu ketika dulu mungkin ada pekerja yang bertukar kerja 3-4 kali setahun dek kerana nak cari yang betul-betul sesuai, tapi sekarang confirm tak boleh. Kalau dulu ada pekerja yang berani lawan majikan kerana mereka tahu kalau nak cari kerja yang gaji around 1-2 ribu adalah perkara senang, tapi kini pekerja akan fikir berpuluh kali nak argue dengan boss. Jadi kepada orang makan gaji seperti aku akan sedikit rasa unsecure dengan ketandusan peluang pekerjaan diluar. Level takut dan respect kepada majikan akan sedikit meningkat dengan sendirinya kerana aku tahu kalau aku kena buang for what ever reason pun memang payah aku nak cari kerja yang bagi same or higher pay pada zaman gawat sekarang ni. Takut nak berhenti kerja juga very much effect our personal development. Since selain dari wang ringgit, ramai juga yang bertukar kerja sebab nak seek new challenge, nak belajar benda baru, nak luaskan pengalaman and so on. But, now sebab takut, we will stuck with our current job much longer and akan terus facing benda yang sama for at least beberapa tahun lagi.


4. Takut Nak Buat Invesment

Ada juga yang konon-kononnya pakar mention now is the best time to invest our money. Property banyak yang turun harga, saham-saham pun banyak juga yang jatuh… jadi sesiapa yang ada extra cash akan senang buat duit in few years time. Maybe betul la kot apa yang dia cakap, beli rumah RM200 ribu sekarang, kalau ekonomi pulih dalam 3 tahun for sure rumah tu akan berharga RM250 – RM300 ribu at that time. So, senang-senang boleh untung puluhan ribu, even dividen tertinggi mana-mana bank pun tak boleh dapat puluhan ribu selepas 3 tahun saving. Tapi again kalau ekonomi ambil masa yang lebih dari 3 tahun untuk pulih, how? Or lepas beli rumah tu then suddenly kita kena buang kerja? Fuh!... Jadi walaupun nampak macam perfect time to invest, still hanya mereka yang betul-betul kaya sahaja yang berani ambil risiko sebegitu besar. Yang anak-anak bilis macam aku ni tetap takut-takut.


5. Takut Nak Berbelanja

Very much related to insecurity dalam sumber pendapatan. Kita seterusnya akan takut untuk berbelanja. Again, aku bercakap bagi pihak orang-orang yang macam aku, yang makan gaji dan takde saving juta-juta dalam bank. Nak tukar kereta takut, nak melancong jauh-jauh fikir berpuluh kali, even nak beli kasut baru pun kena tekan calculator dulu buat kiraan bulan ini ada extra cash atau tidak. Semuanya sebab kita terfikir kalau-kalau tetiba company potong overtime, potong travel allowance, sampai tahap ada yang potong time berkerja... semua tu selama ini adalah sebahagian daripada monthly income kita.


6. Hilang Kawan

Aku tak tahu lah orang lain. Tapi aku sedikit sebanyak dah terasa. Member-member yang kena buang kerja ada yang pindah balik kampong, ada yang terperuk dalam rumah dan ada yang dapat kerja baru yang kerjanya time pelik-pelik (contoh; keluar subuh balik tengah malam). Jadi kawan-kawan untuk melepak, untuk share masalah, untuk bersukan dah makin kurang. Seriously, even nak melepak kedai kopi pun ada yang takut sebab pendapatan mereka kena potong separuh kerana kilang cuma beroperasi 4 hari seminggu. Kawan-kawan yang still ada hanyalah mereka yang kerja kerajaan atau yang business sendiri. Sedih...sedih.


7. Tekanan Perasaan Orang Sekeliling

Kita belum dengar berita rakyat Malaysia gila kerana kena buang kerja. Tapi kalau masalah ekonomi berterusan dan makin ramai yang hilang punca pendapatan aku tak hairan kalau ada yang hilang pedoman dan mula buat benda yang bukan-bukan. Kalau bukan kegilaan yang nyata sekalipun, kekurangan wang ringgit akan menggangu emosi orang disekeliling kita. Mereka akan cepat naik angin, mudah terasa, susah hendak diajak berbincang dan sebagainya. Kalau tak percaya, cuba buat gurauan yang sama pedasnya dengan kawan-kawan pada awal dan hujung bulan. Mesti akan dapat reaction yang berbeza. Sama juga, monthly management meeting selalunya dibuat pada awal bulan, masa ramai pekerja sedang happy baru dapat gaji. So, pekerja akan senang hati dan banyak idea-idea bernas yang akan muncul berbanding time hujung bulan, time kepala serabut sebab poket kosong. Faktanya di sini kekurang wang ringgit mempengaruhi emosi manusia, jadi kalau ramai yang kena buang kerja atau kena potong gaji pastinya ini akan menjadikan lebih ramai orang yang tertekan dalam masyarakat.


8. Perokok Meningkat

Ramai tahu di Shah Alam ada kilang rokok dan di Petaling Jaya, depan office aku pun ada satu kilang rokok. Member aku yang kerja di kilang rokok Shah Alam dan PJ beritahu yang jualan rokok mereka meningkat. Mereka terpaksa buat overtime dan sampai tahap pihak kilang berani beli machine baru nak buat rokok slim (akan keluar nanti). Rokok yang dibuat bukan hanya untuk pasaran Malaysia, tapi pasaran Asia yang sememangnya sedang kena financial crisis. So, teori amatur daripada aku mengatakan dek kerana tekanan perasaan, ramai manusia mula merokok dan juga perokok-perokok yang kesempitan wang akan hisap rokok lebih banyak berbanding zaman tidak gawat. Tak pasti teori aku ni betul atau tak... hopefully teori tu salah.


Masa masalah ekonomi tahun 1998 aku memang betul-betul terkena sebab aku antara student yang kantoi, tak dapat further study ke luar negara. Tapi economy crisis kali ini aku tak terasa sangat, sebab alhamdullilah sector kerja aku memang globally tak terkena pun. Annual bonus dan yearly increment pun sama je dengan tahun-tahun sebelum ini. Tapi aku sedih dan sedikit takut bila baca berita atau dengan cerita kawan-kawan yang directly terkena dengan kegawatan sekarang. Harap-harap kerajaan dengan bajet mini yang baru dibentangkan dapat membantu mereka yang terkena tempiasnya. Exactly how, aku tak tahu, aku memang tak ambil subject ekonomi masa kat sekolah menengah.


Jangan lah ada pula pihak yang ambil kesempatan dengan menangguk duit kerajaan disaat-saat krisis sebegini. Ingat! Kalau kau ‘tapau’ duit kerajaan for what ever deal (business, rasuah, consultant fee, etc) yang kau tahu ianya tidak patut, kau kena minta halal dari jutaan penduduk Malaysia yang bayar cukai setiap bulan! Lebih-lebih lagi kepada mereka yang terkena kesan kegawatan yang sepatutnya duit tersebut boleh digunakan untuk membantu mereka. Kau seolah-olah telah menganiya mereka dan ustaz aku dulu cakap doa orang teraniaya selalunya dimakbulkan. Wallahua’lam….

Friday, March 27

Kerajaan Malaysia Kawal Berita Online

Perhimpunan agong UMNO sedang berlansung dengan rancak di Kuala Lumpur. Tahniah kepada pemenang-pemenang bagi jawatan yang ditandingkan. Online news portal dan established bloggers banyak yang tidak diberi access ke dalam dewan perhimpunan agong UMNO. Even Malaysiakini yang sudah bertahun-tahun dibenarkan masuk pun tidak diberikan pass pada tahun ini, sedangkan mereka adalah news organisation yang berdaftar dengan kementerian. Cuma portal yang UMNO friendly seperti AgendaDaily yang diberikan hak untuk buat liputan.

Selepas pilihanraya umum Mac 2008, kerajaan atau lebih tepat lagi politician mula sedar kuasa berita dari dunia siber. Blog milik politician tumbuh macam kangkung dalam parit di kampong aku. Berebut-rebut mereka buat blog, ada yang rajin update ada yang hangat-hangat tahi ayam.

Aku memang tidak percaya media electronic seperti television dan radio serta print media akan bertambah bebas (Harakah dan Suara Keadilan baru kena banned). Sebaliknya, aku yakin kalau pengguna Internet Malaysia, bloggers dan webmaster di Malaysia tidak berhati-hati satu hari nanti berita dari dunia Internet Malaysia juga akan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan, sama seperti sumber berita yang lain. Kerajaan tidak akan berdiam diri dan membiarkan bloggers dan webmaster senang-senang hentam mereka, laporkan segala kebusukan mereka dan sampaikan berita-berita pro parti politik lain kepada pengguna Internet di Malaysia sampai bila-bila.

Kerajaan mengawal saluran berita dari dunia Internet Malaysia bukanlah sesuatu yang mustahil. Mereka boleh lakukan dari segi technical, manipulation of power or even secara senyap.

Secara Technical
Technically memang kerajaan boleh menghalang or at least menyusahkan pengguna untuk access any particular website. Remember semua Internet service provider (ISP) di Malaysia berdaftar dan mendapat license daripada kerajaan, dan license ini ada tarikh tamat tempoh. Yuran untuk license ini juga bernilai ratusan ribu ringgit setahun. Jadi kerajaan boleh lakukan ‘sesuatu’ agar ISP block subcribers mereka dari memasuki satu-satu website atau block I.P address hosting mana-mana website jika ianya dihostkan dalam negara. Aku yakin tiada provider yang berani berkata tidak jika kerajaan mengeluarkan arahan sebegitu. Tidak ada syarikat yang sanggup korbankan investment jutaan ringgit dengan melawan arahan kerajaan.

Gubal Undang-undang atau Peraturan Baru
Dengan mudah kerajaan boleh buat undang-undang baru untuk mengawal aktiviti online di Malaysia. Contohnya, kerajaan mewajibkan website yang dapat visitor yang tinggi untuk berdaftar dan automatic laman web itu dianggap sebagai sebuah organisasi media. Seterusnya mereka akan terpaksa mengikut akta yang begitu ketat sama seperti akta yang dikenakan kepada mainstream media sekarang. Kegagalan mendaftar akan membuatkan I.P address milik website tersebut disekat atau dijadikan satu kesalahan jenayah jika pengguna memasuki laman web tersebut. Bunyinya macam mengarut dan lucu, tapi aku tidak terkejut kalau peraturan ini diwujudkan di Malaysia kalau media online terus menerus dikuasai oleh pihat anti kerajaan.


Secara Halus

Kalau kerajaan takut atau tidak mahu dibenci rakyat, mungkin mereka tidak akan berkeras dengan bloggers atau webmaster anti kerajaan. Instead maybe mereka akan ‘sertai’ mereka. Kini kita dah boleh lihat kemunculan news portal, blog dan laman web yang kelihatan seperti neutral dan tidak berpihak kemana-mana puak. Mungkin selepas mendapat kepercayaan pembaca dan mula dapat traffic yang tinggi laman web sebegini akan mula condong kearah kerajaan dan mempengaruhi minda pembaca mereka secara lembut dan tanpa sedar.

Wang Ringgit
Tidak mustahil juga kerajaan akan sponsor mana-mana persatuan blogger dan ‘beli’ ahli persatuan tersebut secara perlahan-lahan. Kerajaan ada wang dan mereka bersedia untuk melabur demi untuk mengekalkan kuasa mereka. Tidak kira betapa besar pun blogger tersebut, aku yakin mereka boleh dibeli. Bloggers di Malaysia memang diketahui antara golongan yang gila duit… bloggers sanggup lakukan apa sahaja demi wang ringgit. Jadi aku tidak hairan kalau kerajaan invest juta-juta ringgit untuk ‘beli’ bloggers Malaysia satu hari nanti. Mungkin tidak akan dibeli secara direct, tapi mungkin melaui program jana wang atau kaedah pengiklanan. Again, bunyi macam tidak logic tapi bayangkan sebagai contoh kalau kerajaan Malaysia (atau individu yang dilantik) beli dengan nilai yang cukup tinggi keyword yang memuji kerajaan, barisan nasional, atau UMNO di Adsense. Sooner or later bloggers akan tahu benda ini dan mereka akan mula tulis article memuji kerajaan. Begitu juga kalau kerajaan jalankan kempen dengan firm tempatan seperti Nuffnang dan Advertlets, harus diingat syarikat ini adalah syarikat yang berdaftar di Malaysia dan sekali lagi kerajaan boleh bagi arahan kepada mereka.


Apa pun caranya kerajaan Malaysia memang boleh kawal berita online. Kita dah mula nampak usaha mereka untuk mencampuri aktiviti online Malaysia. Slowly but surely kerajaan akan mengukuhkan cengkaman mereka dan kita sebagai pengguna, blogger or webmaster perlu berhati-hati dan bersedia.

Hati-hati Pilih Website
Kepada pengguna Internet Malaysia perlulah berhati-hati memilih laman web. Jangan mudah terpedaya dengan style penulisan yang nampak seperti menjurus kepada menyokong parti pambangkang dan menarik. Berhati-hati juga membaca blog-blog peribadi, jangan terlalu taksub dan idolise mana-mana bloggers. Kita tidak tahu niat sebenar mereka dan mungkin mereka hanya menjalan tugas yang diberi dan sedang mempengaruhi minda kita secara senyap.


Hati-hati Join Persatuan / Program

Bagi bloggers dan webmaster pula kita kena berfikir panjang dan bijak sedikit sebelum sertai mana-mana persatuan bloggers atau program-program online. Aku tidak terkejut satu hari nanti akan ada laman web social bookmaking seperti MyBlogLog atau laman statistic seperti Technoratti milik orang tempatan yang sebenarnya dibangunkan dengan grant kerajaan. Kerajaan akan gunakan laman sebegini untuk tahu rating sesebuah laman web dan monitor aktiviti online di Malaysia dengan lebih teratur. Ini kerana program sebegini selalunya mewajibkan kita meletak code di laman web kita dan adanya code ini dib log kita memang mudah lah pihak lain nak tahu pelbagai maklumat seperti jumlah traffic, keyword yang popular, topic yang selalu diceritakan dan lain-lain lagi.


Kita semua perlu ambil langkah berjaga-jaga kerana kalau kerajaan menguasi dunia Internet Malaysia kita sebagai rakyat tidak akan ada lagi sumber berita yang boleh dipercayai. Mamposlah…kita akan terus diperbodoh-bodohkan…dan ditempurung katakkan...

Chow… selamat berhujung minggu.

Tuesday, March 24

A Very Thin Line Between Stupidity and Kindness

Masa budak-budak dulu kita tahu menjadi budak baik dan menjadi budak bodoh adalah 2 situasi yang sangat berbeza. Istilah stupidity and kindness carry out way different meaning. Budak baik selalunya menurut kata orang dewasa, berbudi pekerti, tidak menipu dan sebagainya sedangkan budak bodoh memang sukar diajar, degil, selalu kena buli dan perkara-perkara yang sebaris dengannya.


Tapi apabila kita dewasa kita akan slowly realize actually kebodohan dan kebaikkan kadangkala duduk diantara garisan yang sangat nipis. Ada masanya, kita tak boleh nak bezakan tindakan tersebut adalah sifat baik hati atau sifat bodoh.

As usual…aku bagi contoh satu persatu.



1. Pinjam Duit

Aku rasa dalam satu group kawan-kawan mesti ada seorang dua yang kaki pinjam duit. Memang every month duit dia mesti tak cukup. Dia umpama gali lubang dan tutup lubang setiap hujung bulan. Dah memang jadi habit setiap bulan sebegitu. So, kita sebagai kawan yang baik konon-kononnya akan membantu selagi daya kita. Bagi pinjam RM10, RM20, RM30… selagi tidak cecah ratus-ratus ringgit kita akan sedia membantu. Kita pun akan rasa senang hati sebab berjaya bantu member yang di dalam kesusahan. Kita percaya kita telah bertukar menjadi orang baik, at least for that particular moment masa kita hulur RM20 kepada dia. Tapi sebenarnya kita mendidik rakan kita agar tidak memajukan diri dia. Kita menggalakkan dia bergantung kepada orang lain setiap bulan. Sepatutnya kita minta dia plan monthly expanses betul-betul agar tidak perlu pinjam kat member lain setiap bulan. Jadi, tindakan kita bagi pinjam duit kat dia every month tu adalah tindakan baik atau tindakan bodoh?



2. Offer Kerja

Semenjak zaman gawat or lebih tepat zaman VSS (Voluntary Separation Scheme) ini, setiap kali syarikat aku buka tawaran kerja kosong memang berlambak yang akan datang for interview. Mendengarkan kisah hidup mereka memang kadang kala boleh menitikkan air mata. Seriously, ada yang betul-betul sedih… last few days datang seorang minta kerja yang beritahu aku dia kena VSS, mak dia kena VSS, adik lelaki dia juga kena VSS, dan kini yang sara the whole family adalah akak dia yang kerja kerani. Bapa dah takde, dan mereka tak dapat bantuan daripada family member yang lain yang juga dalam kesempitan. Dia pula baru register nak sambung belajar kat private university. Aku sedar aku tidak boleh ambil dia bekerja sebab kelayakan dia tak kena dengan job yang ditawarkan. Jadi kalau aku suggest kepada management untuk ambil dia bekerja simply sebab aku kesian dengan kisah dia dan family dia, adalah tindakan aku itu baik atau bodoh? Since aku tahu end of the day, kalau dia gagal perform, aku sendiri yang akan menjawap dengan management or at least aku kena bekerja keras untuk bantu dia agar dia boleh jalankan tugas dengan baik.



3. Bantu Kerja Orang Lain

Aku tidak pasti company lain, tapi company aku bekerja ada beberapa orang rakan sekerja yang suka membantu kerja orang lain. Membantu in the sense of tolong binding paperwork, tolong print drawing, tolong compile document, tolong check grammar surat, things like that. Mereka dengan senang hati akan offerkan pertolongan setiap kali bantuan dipinta. Aku yang kenal pasti makhluk-makhluk terpuji ini akan selalu ambil kesempatan. Best, since dia bukan pun subordinate kita tapi kita boleh suruh sarah dia. Rasa macam big boss je. Jadi tindakan rakan-rakan sekerja membantu tu adalah sebab mereka baik atau bodoh? Sebab kadang kala ramai orang yang macam aku atau lebih teruk lagi yang akan ‘membuli’ mereka. Mereka duduk goyang kaki, dan pass kerja-kerja mereka kepada orang lain yang sudi membantu. Tapi tuhan tu maha adil, nak jadikan cerita, last week aku kena preparekan satu proposal dalam 70 pages. ‘Pembantu-pembantu’ tidak rasmi ini tiada kat office, ntah kemana mereka pergi. So, aku dah blur… lepas print, aku tak reti nak guna alat untuk binding tu. Takut dan kesuntukan masa nak mencuba, akhirnya aku pergi kedai dan keluar RM2.50 untuk letak plastic cover dan letak comb binding. Aku senyum sorang-sorang masa dalam kereta nak submit proposal, mengenangkan ‘kebijaksanaan’ aku selama ini yang mengharapkan orang lain buat benda simple macam tu.



4. Tolong Masa Study

Selain masa bekerja, masa study pun kita saling tolong menolong, kan? Tolong buat assignment, tolong bagi tiru masa exam, tolong tandakan nama dalam class, tolong taipkan thesis, tolong macam-macam jenis tolong lagi. Selalunya yang menolong adalah budak rajin yang pandai dan yang ditolong adalah pelajar nakal dan malas. Budak pemalas tu memang suka sebab tak perlu buat semua kerja, dan budak rajin akan rasa seronok sebab telah berjaya jadi insan baik dengan membantu rakan sekelas. Sekali lagi kalau fikir jauh sedikit, sebenarnya budak rajin tu dah hampir bertukar menjadi budak bodoh sebab diperkutak-katikkan oleh budak jahat yang malas. Kan?


Jenuh aku berfikir point satu hingga empat, sebenarnya aku nak sampaikan point nombor lima ini sahaja…


5. Bagi Chance Team Lain Menang Football Match
Hahaha…. Ramai penyokong Mangkuk cakap mereka confident Alex Ferguson sengaja bagi Liverpool menang last week sebab nak bagi perebutan title BPL tahun ini menarik sikit. Baiknyalah hati pengurus, pemain dan peminat Mangkuk sebab dengan penuh mulia bagi Liverpool peluang. Tapi again, kalau nak bagi menang pun 1-2 biji dah la. Kalau dah sampai kena belasah 4 biji, tu bukan baik hati… itu BODOH namanya. Hahahhaa….Jangan marah…



Seriously, aku sebenarnya risau untuk jadi orang baik takut terkucil dan bertukar jadi orang bodoh. Masa berbuat baik dengan anak buah, dengan rakan sekerja, dengan boss, dengan client, dengan business partner, dengan peminta sedekah, dengan rakan-rakan online, dengan kawan-kawan lama, dengan ramai orang. Aku harap kawan-kawan semua pun berhati-hati lepas ini, mungkin tindakan baik kita yang selama ini kita banggakan telah bertukar menjadi tindakan bodoh dek kerana ada pihak yang mengambil kesempatan. Fikir-fikirkan lah….


Thursday, March 19

Poll Result, New Poll – Singing Reality TV Show

Poll yang sebelum ni running for more than 2 months. Pasal azam tahun baru. Dah way exceed limit yang aku selalu setkan iaitu 100 responses. So, if anybody interested to know the result, aku pastekan kat sini dalam bentuk pie chart.

1. Ada buat azam tahun baru?



2. Azam paling standard



3. Tahun 2008 anda...



4. Tahun 2009 pasti akan....


None of the result surprise aku except No. 2, lebih ramai (13%) pasang azam untuk jadi cantik berbanding hanya 5% untuk menjadi lebih sihat. Maybe ramai assume orang cantik semestinya sihat.

Sekarang aku create new poll, pasal singing reality TV show. Aku nak tahu berapa ramai antara kita yang follow Akademia Fantasia, One In A Million, Malaysian Idol, Gangstarz, Mentor, Bintang RTM dan LG Star Challenge.... (ada yang aku tertinggal?)

For me, aku memang kurang sikit pasal music ni. Aku lebih suka tengok rancangan Greatest American Dog compare dengan pertandingan nyanyian. Semalam Star yang cute terkeluar... sedih...sedih...


Back to singging competition, aku dalam kategori manusia tone deft. Aku memang tak pandai evaluate mutu nyanyian peserta reality TV show, pada aku kalau dia nampak bersungguh, perwatakan menarik, pandai menari, nampak macam baik, kemas... dia patut menang. Hahahha... Kalau dia gaya poyo, berlagak bagus, mengada-ngada, memang patut dikeluarkan awal-awal.
So far aku tak taksub vote for any show, maybe few times la kot masa kesian kat beberapa peserta... hahaha...

So, please participate dalam latest poll aku.

Thanks in advance.

Sunday, March 15

Old Toilet - Theater of Clowns


Kawan-kawan nasihatkan aku, kononnya blog aku ni dah makin popular, jadi aku tidak lagi boleh tulis benda-benda yang kecil, isu-isu tak menarik, dan terlalu peribadi. Konon-kononnya aku kena jaga standard blog akubetul.com. Hahahaha….! Partly I agreed with their advise, aku pun tidak berpeluang lagi buat posting daily, tiada masa nak follow dan komen pasal isu semasa yang remeh temeh. Sebab itulah juga aku tidak bersungguh bercerita selepas Liverpool belasah Real Madrid in mid week Champ League match.

But last night totally different scenario. Mangkuk kena belasah 4-1 dengan Liverpool. Hahahaha… Blogger-blogger mat salleh ramai yang buat lawak konon-kononnya mereka baru lepas turun dari ceiling rumah yang pecah selepas melompat kegembiraan bila Liverpool belasah Real Madrid, dan semalam sekali lagi mereka terpaksa repair ceiling.

News Flash:
Liverpool beat arch-rivals Manchester United 4-1 at Old Trafford to keep their English Premiership dreams alive. – The Times

Liverpool breathed fresh life into their Barclays Premier League title dream with a deserved 4-1 crushing of 10-man Manchester United at Old Trafford. – Press Association

Liverpool revived their ambitions of claiming the Premier League title in remarkable fashion as they humiliated champions Manchester United at Old Trafford. – BBC

Liverpool came from behind to hit four goals at Old Trafford and reduce the gap at the top of table on a miserable day for the champions who also had Nemanja Vidic sent off. – Goal.com

First Real Madrid, now Manchester United. Liverpool arrived at Old Trafford dreaming of giving their title charge CPR. What they managed was a rout so comprehensive, so humiliating that by the end it was little less than resurrection. – Telegraph.co.uk

Liverpool rekindled the Premier League title race on Saturday with a 4-1 mauling of leaders and bitter rivals Manchester United at Old Trafford. – Yahoo! News

Liverpool hauled themselves back into the Premier League title race in the lunchtime kick-off, crushing 10-man Manchester United 4-1 at Old Trafford. The Merseysiders battled back from a goal down to defeat the league leaders in clinical fashion. – Football365

Gerrard's Camera Kiss

This is the biggest Liverpool win in Old Trafford in more than 70 years! Even during Liverpool domination of the league in 70s and 80s they never belasah Mangkuk sebesar itu. In 1936-1937 season mereka kalahkan Mangkuk 5-2, but pada aku 4-1 is more compelling scoreline, kan?


I do not care if Mangkuk clinch all the title this season, tak kisahlah Cup bawah umur 12 tahun sekalipun, kepuasan mengalahkan mereka twice dan membelasah mereka di tempat sendiri memang best gila. Mereka boleh menang semua league game dan clinch the BPL title, pergilah conquer Europe dengan menang Champ League, dapatkan lah Piala FA, tapi kalau fans Mangkuk belagak dengan aku aku boleh cakap…


WE KICKED YOUR ASS IN YOUR OWN BACKYARD!

MUAHAHAHAHA….!

Wednesday, March 11

Pokok Rosakkan Akar

Fuh…! Berpuitis pula aku kali ni. Macam tajuk sajak je. Maksud sebenarnya aku nak cakap ciri-ciri atau benda yang majikan boleh rosakkan pekerja mereka. So, metaforanya aku andaikan majikan atau organisasi syarikat sebagai pokok dan pekerja sebagai akar kepada pokok tu. Sekali-sekala berjiwang ok kot.

Aku tidak merujuk kepada tindakan mendera, menipu atau mengerah keringat pekerja, tapi aku nak cerita pasal benda-benda yang nampak macam positive, tapi sebenarnya tidak. Memang banyak tindak tanduk majikan yang kelihatan dari zahirnya sebagai membantu pekerja, tapi sebenarnya mereka merosakkan pekerja mereka untuk jangka masa panjang.

Macam biasa, aku suka buat list... so, ini listnya.



1. Gaji Yang Berlebihan.
Semua pekerja mahukan gaji yang besar. Kalau boleh mereka nak kerja sebagai pak guard tapi gaji manager. Memang majority employee sebegitu, ingin scope of works yang minimum tapi monthly salary maximum. Sesetengah majikan terpengaruh atau malas fikir panjang dan penuhi kehendak pekerja. Gaji yang berlebihan maksud aku adalah gaji yang lebih dari yang sepatunya pekerja itu miliki. Benda ini sememangnya subjektif, tapi majikan patut cari benchmark yang sesuai, aware dengan market gaji pekerja dan follow saranan kerajaan. Regardless how huge their profit, they cannot simply increase employee salary. Reason yang simple kerana majikan akan menaikkan taraf pekerja ke tahap yang mereka tidak patut duduki financially. So, if anything happen to their current job, they will never found other job that will satisfy their financial needs. Let say seorang technician yang biasanya dapat gaji RM2 ribu. Then, since company untung besar dia diberi gaji RM3 ribu. Jika company tutup or dia dibuang kerja for what ever reason, technician tadi tidak mungkin dapat cari kerja baru dengan gaji yang hampir serupa. His monthly expenditure will always base on RM3 ribu sebulan but his income might be half of that amount. He will end up in deep financial trouble. Jadi kepada bos-bos kalau staff minta naik gaji jangan simply accept their proposal and to employee pula please there must some valid explanation why employer refuses to increase your salary. Jangan bersangka buruk sahaja.


2. Kerja Yang Khusus.
Ramai kenal perkataan multitasking. Memang ramai majikan ‘dera’ pekerja dengan suruh mereka buat pelbagai kerja dalam satu masa. This standard strategy to reduce operation expenditure (opex). Dalam private sector memang benda biasa HR dan Admin department digabungkan, Accountant dan finance controller orang yang sama atau clerk cum receptionist. Tapi still ada sesetengah majikan yang konon-kononya baik, mereka memahami kesengsaraan pekerja, jadi mereka decentralized everything. Mereka agih-agihkan tugas strictly. It’s like anti multitasking or single tasking, what ever you want to call it. Employee selalunya akan gembira since mereka hanya perlu concentrate kepada kerja mereka sahaja. Tidak perlu semakkan kepala dengan pelbagai benda yang tidak berkaitan. Tapi mereka lupa yang bekerja adalah learning process yang berterusan. Kita spend around 11 years in school and another 4-5 years in Uni, adakah those 15 years or so enough to install all the knowledge needed to cater our whole life that on average around 50-60 years? No!. So, kalau pekerja sekadar ‘belajar’ satu perkara sahaja di tempat kerja mereka sebenarnya melimitkan peluang mereka dimasa hadapan. Kalau engineer tidak lansung melibatkan diri dalam urusan purchase barang, deal with customer and so on, is it possible for them to open their own engineering firm in the future? Jadi sebagai pekerja kita kena rajin-rajinkan diri ambil tahu urusan department lain even though our job scope do not required us to do so. Cuma jangan sampai jadi busy body sudah lah.


3. Tidak Displinkan Pekerja.
Again, benda biasa. Kalau majikan terlalu displinkan pekerja, datang on time, submit form accordingly, meet deadline, follow procedure and banyak benda lagi, pekerja akan marah, tak suka dan ada yang sampai berhenti. Konon-konon tak suka kerja macam budak sekolah. Padahal, semua ini bukan sahaja penting sewaktu bekerja, tapi memang berguna didalam kehidupan seharian kita. Jadi, kalau majikan manjakan pekerja, semuanya longgar, semua sambil lewa dan hanya mementingkan KPI sahaja, pekerja akan mula jadikan ini sebagai amalan harian. Sekali lagi, kalau dia dah memang tidak berdisplin, then suddenly kena tukar kerja, dia akan pecah kepala nak cari kerja yang boleh suit peribadi dia. Hasilnya dia akan asyik bertukar tempat kerja seumur hidup. So, aku rasa tak salah jika majikan sedikit strict untuk mendisplinkan pekerja, bukan sahaja untuk syarikat tapi untuk masa depan mereka sendiri.


4. Tidak Berkira Dengan Pekerja.
Tidak berkira maksudnya bukan perihal gaji atau displin. Benda tu aku dah sentuh kat point 1 dan 3. Berkira in the sense of time berkerja, overtime claims, outstation claims, travel claims and thing like that. Majikan tidak boleh anggap ada istilah ‘give and take’ dalam bekerja. Contohnya, pekerja tu selalu overtime tapi tak claim, tapi sekali sekala dia akan datang lambat. No, benda sebegitu tidak boleh diamalkan. Overtime mesti claim, dan datang lambat mesti didenda. Ramai assume kalau jadikan organisasi pernigaan umpama sebuah keluarga akan lebih mudah untuk dijaga, wrong! Remember, even adik beradik pun kita boleh bermasam muka bertahun-tahun, apatah lagi dengan manusia yang tiada pertalian darah. Kita kena anggap hubungan majikan dengan pekerja sebagai sebahagian daripada urusan perniagaan, jadi semunya mesti dikira, even a single cent. Benda yang kecil-kecil, dipendamkan, dibiarkan lama-kelamaan akan menjadi besar and out of control. At the end mesti akan ada pihak yang rasa tertipu dan teraniaya.


5. Tidak Perlu Complete Report.
Memang sesetengah syarikat yang tiada ISO tidak mewajibkan pekerja mereka buat filing yang perfect. Maksudnya everything sekadar memuaskan hati auditor sahaja, tidak perlu sehingga mencatitkan segala pergerakan harian. Konon-konon majikan mempercayai pekerja, atau syarikat hanya mahu melihat hasilnya dalam benda pulangan wang ringgit, kerja kualiti dan sebagainya. Semestinya pekerja akan suka since tidak perlu susah payah nak buat ‘diary’. Again, tindakan majikan sebegini sebenarnya menyusahkan pekerja dikemudian hari. Kalau majikan arahkan pekerja buat proses merekod yang teratur dan terpeinci segala masalah berbangkit dikemudian hari akan dapat diselesaikan dengan mudah. Tidak akan ada kes tuduh menuduh, baling batu sembunyi tangan dan tembak-tembak email, atau sehingga saman menyaman di mahkamah.


6. Tunaikan Segala Permintaan.
Ini merupakan penyakit biasa dan merupakan virus yang menular dalam semua jenis hal. Gaji, scope of works, claims, bonus, etc. Majikan tidak boleh tunaikan semua permintaan pekerja. Jika mereka mula main game ‘minta dan beri’, memang mengundang masalah. Pekerja akan setiap masa minta dan adap manusia sekali terima perkataan ‘tidak’ mereka akan lupa semua perkataan ‘ya’ yang mereka dapat sebelum ini. Tak kiralah permintaan individu or secara union.



Chow….aku nak sambung kerja. Banyak gila kerja bertimbun atas meja. Maklumlah, aku pekerja yang bergaji kecil, multitasking, berdisplin, very calculative, suka tulis report dan tak suka meminta-minta dengan majikan aku. Hahahha....!


Aku lah pekerja harapan tahun ini.



P/S: Mungkin dituduh pengkhianat kalau aku tak mentioned pasal superb performance by The Reds awal pagi tadi. Galaticos diperkutak-katikkan, champ league record goal scorer, Raul Gonzales tercangak-cangak depan pintu gol, best defender in the world, Cannavaro kena ayam dengan Torres dan Gerrard. Kesian… Hehehe…


Friday, March 6

Blog-blog Yang Aku Dengki

Dulu aku pernah tulis blog-blog yang aku menyampah. Or criteria-criteria blog yang aku benci. I created quite number of new ‘friend’ lepas buat posting tu. Constantly aku received comments or email ‘mesra’ dari mereka. Kadang-kadang lucu juga melihat sesetengah blogger, family or kawan-kawan mereka sungguh emotional.

Takpe, sekarang aku nak jelaskan pula cirri-ciri blog yang aku dengki. Aku mula berblog somewhere in 2006, so dah hampir 3 tahun. Suddenly aku tengok aku dah jadi senior, bercambah-cambah blog baru wujud. Dan blog-blog lama banyak yang dah berkubur sama ada dibiarkan atau update setahun sekali. Jadi kadang kala aku jealous, cemburu atau dengki dengan ‘kejayaan’ yang blog-blog baru ini kecapi.

Dengki is very subjective and unique feeling. Kita tidak sepatunya memupuk sifat dengki dalam diri, tapi kita tidak boleh tipu diri sendiri dengan pura-pura tidak mempunyai sifat dengki langsung. Cuma tindakan kita selepas perasaan dengki itu muncul yang menentukkan character kita. Orang baik akan memendam dan cuba menghilangkan perasaan dengki selepas ia muncul dalam diri, orang yang kurang baik akan terus berdendam dan menbenci pihak yang didengki, dan orang jahat pula akan cuba untuk menjatuhkan pihak yang didengki. Fuh! Ayat panjang dan penuh meaning, cuba baca berkali-kali last sentence dan fahamkan.

Aku sedar aku tidak patut dengki atau jealous dengan kejayaan blog-blog baru, tapi sekali lagi, aku tidak boleh tipu diri sendiri dan tipu kawan-kawan kat sini dengan mengatakan aku langsung tak jealous. Cuma aku tidak akan buat apa-apa, just simpan dan senyum sambil layan sifat dengki aku.

Ok, intro yang panjang… nak cover diri sendiri, kononnya nak beritahu orang yang aku ni seorang pendengki yang baik. Hahahhaa…. So, here we go.

Remember, aku bercakap pasal blog baru, let say less than a year old.


1. Received Tons of Comment.

Aku kira popularity sesebuah blog hanya berlandaskan komen yang diterima, although not accurate since ada juga blog popular yang received komen yang sikit. Tapi normally aku rasa memang blog famous dapat komen yang banyak untuk setiap posting. Aku tak reti dan malas nak belajar lain-lain cara nak rank blog popularity, Alexa, Technoratti and all that. Aku perhatikan ada sesetengah blog-blog baru dapat berpuluh malah beratus komen untuk setiap posting. Padahal topic yang diceritakan cuma pasal banjir di KLCC or semalam pergi shopping baju baru. Fuh!. Aku nak dapat puluhan komen pun perlu topic sensitive atau kontroversi macam politik, sukan, racist, kutukan dan sewaktu dengannya. Jealous je aku tengok, dan kadang kala aku sendiri pergi komen sebab entah kenapa rasa macam best je berinteraksi dengan blogger tersebut. Namun ada sesetengan blogger not even care to reply all the comments, but still receiver komen yang banyak. Pelik…pelik.


2. Jual Barang.

Ini lagi lah pelik dan membuatkan perasan dengki aku membuak-buak. Aku yang dah berblog bertahun-tahun pun tak pandai nak jual barang menerusi blog. Tapi ada sesetengah blogger yang baru setahun jagung dan pandai eksploitasikan trafik dengan jual macam-macam produk. Ada sesetengah blogger kaum ibu yang jual baju lah, beg berjenama lah, kasut tumit tinggi, kain tudung dah semestinya banyak lah. Ada yang aku perhatikan beg beratus-ratus ringgit, post pagi, petang dah keluar perkataan ’SOLD’, fuh... dah for sure blogger tu make profit at least berpuluh-puluh ringgit. Ada juga blogger baru yang pandai promote MLM, jual insurance, affiliate program dan banyak lagi. Bila cerita pasal duit, perasaan dengki kita berlipat kali ganda, kan?


3. Mention Dalam Suratkhabar.
Ini pun satu lagi. Aku cuma pernah sekali je Harakahdaily quote kata-kata aku. Mereka komen tulisan aku pasal Faizal Tahir Buka Baju, terima kasih lah kepada reporter tu yang bagi aku promotion free, on that particular day aku received few hundreds visitor dari search engine yang search perkataan ‘blog akubetul.com’. Tapi aku perhatikan ada sesetengah blog yang keluar newspaper banyak kali. Aku not referring to blog pahangdaily.blogspot.com yang keluar Utusan sebab kena saman dengan Saiful. Aku bercerita pasal blog awek-awek cun yang reporter bagi promotion free kat ruangan fesyen, trend terkini atau ‘personaliti popular’. Awek sama ada Melayu atau amoi ambil gambar-gambar seksi, letak dalam blog then reporter pun terpesona dan mention dalam suratkhabar. Ada yang sampai jadi columnist sebab blog dia terlalu popular. Mungkin aku pun kena rajin letak gambar-gambar seksi aku then baru newspaper tulis cerita pasal blog aku. Hahahahhaa…..


4. Dapat Endorsement Deal.
Dek kerana popularity dan niche sesetengah blog, walaupun usia blog baru beberapa bulan tapi dah ada yang dapat deal untuk endorse barang-barangg. Dengki betul aku tengok mereka promote produk-produk dan semestinya dapat payment yang ribu-ribu or at leas ratus-ratus. Nak sedapkan hati aku just assume blogger tu memang kenal advertiser in real life, so rezeki aku belum sampai lagi kot nak berkenalan dengan taukeh-taukeh. Dengan endorse barang-barang juga membuatkan blogger tu dapat pergi majlis besar-besar yang happening, kat situ pun aku dengki juga sikit. Since most function ada arak and aku tak pandai enjoy arak, so tak la dengki sangat.


5. Blog Cantik.
Banyak juga blog-blog baru yang cantik-cantik. Dengki je aku tengok layout yang mereka gunakan. Tapi kiralah blog host sendri or blog percuma, tapi design mereka memang lawa-lawa. Ada pula macam-macam widget dan function dalam blog. Nampak up to date. Aku nak ubah layout, nak tambah benda-benda baru memang takde masa dan malas. So, ini sememangnya dengki yang tidak patut, aku seeloknya just cuba follow trend-trend terkini dan update blog aku dengan benda-benda baru.


6. Beranak Pinak
Ini complicated sikit. Beranak-pinak maksudnya blog yang baru hidup beberapa bulan tapi dah ada macam-macam rangkaian sendiri. Maksudnya selain blog utama, blogger tu create blog jualan, blog niche lain, forum, photoblog dan sebagainya. Fuh… memang aggrasive gila sesetengah blogger melebarkan sayap aktiviti online mereka. Aku yang cuma maintain 2-3 blogs ni rasa macam siput yang sedang tengok kuda berlari kesana-sini. Aku jealous dengan kominmen dan kebijaksanaan mereka mengatur strategi dan plan aktiviti mereka.


7. Received Award
.
Aku tak maksudkan award-award besar, tapi award-award kecil yang blogger beri sesama sendiri. Since aku tak buat ramai kawan dikalangan blogger, so aku memang tak pernah received award-award sebegini. Sedih rasanya. Hahahaha.... actually award ini diberikan sekadar untuk menambah kenalan, kongsi trafik dan mendapat link. Sebab setiap kali terima 'award' blog yang terima award selalunya diwajibkan mention blog pemberi award. So, memang banyak award yang berlambak di dunia blog, "blogger paling baik", "blogger paling cute", "blogger paling bijak", "blogger paling hensem", "blogger paling banyak award", dan macam-macam lagi. Aku tak pernah terima apa-apa award pun. Dengki betul tengok sesetengah blog baru terima macam-macam award dari rakan blogger.


Award aku berikan kepada semua blogger lelaki kat Malaysia, so pakat-pakat datang sini ambil dan buat posting pasal kau received award ini. Jangan lupa buat linkback to blog aku. :)


Aku harap tidak seperti posting blog aku benci dulu, kali ini aku taknak buat musuh baru. Perlu diingat, kalau blogger baru terasa dengan posting ini, aku tidak benci korang, aku just jealous dan iri hati dengan kejayaan yang korang miliki. Look it positively and treat it as compliment. Aku juga tak mentioned any blog address, so cool ok... jangan emotional.

Chow... nak pergi sembahyang jumaat.

Selamat berhujung minggu, aku nak balik kampong attend perkahwinan sepupu.


P/S: Komen-komen for few previous postings aku tak sempat nak reply, Sorry. Weekend nanti aku free sikit, aku reply, tapi semua komen aku dah baca.


Tuesday, March 3

Siapa Memacu Malaysia?

Jauh perjalanan luas pandangan orang kata. So, seperti beberapa kali dah aku kepoh kat sini currently job aku required aku berjalan jauh-jauh. Jadi memang luaslah pandangan aku sekarang compare to before. But not limit to pandangan mata, tengok keindahan pokok, gunung, bangunan, tapi juga pandangan orang-orang terhadap macam-macam isu. Selama ini berbincang benda lucu atau serious hanya dengan member-member, sekarang bincang dengan ramai orang… bincang dengan macam-macam jenis latar belakang manusia, ada government servant, ada businessman, sehinggalah kuli macam aku.

One of the topic we discuss recently adalah pasal siapa sebenarnya yang corakkan negara kita? Maksudnya, for any decision yang government akan ambil mostly related to economy, investment, policy and all that, siapa sebenarnya yang akan initiate idea tersebut? Memang jawapan mudah, kerjasama daripada semua pihak, tapi persoalannya siapa penyumbang terbesar?

Jom, aku listkan pihak-pihak yang kami ‘tuduh’ bertanggungjawap.


1. Government Servant
Kakitangan kerajaan yang kami berbual bersama tu mati-mati try to convince us they the one that fikirkan apa-apa perkara sekali pun. Mereka ada pelbagai department, agency yang dikhususkan untuk fikir apa langkah-langkah seterusnya untuk memajukan negara. Ada MTEN, UPEN, Bahagian Dasar, MAMPU, MDEC and all kind of acronyms lagi yang dia mentioned. These government agencies will study any problem, complaints or monitor other countries development and advise relevant government body to come out with something. Procedurenya idea tersebut akan dibawa keatas, ‘atas’ there means samaada peringkat pengarah jabatan, menteri sehingga parlimen depend on size of the project or idea. So, definitely we should thanks government servant for everything we see in Malaysia, not only the bad thing also all the benefit we getting now.


2. Private Sector
Businessman yang aku lepak sekali interrupt ‘ucapan’ kakitangan kerajaan yang sedang semangat puji diri dia sendiri. Businessman yang aku assume mewakili private sector in Malaysia said, it is true government agency bring all the idea to government attention. But the ideas not come from them. Kakitangan kerajaan tidak serajin itu untuk fikirkan benda-benda baru, or to be fair majority of government servant not that proactive and creative atau cukup rajin untuk berfikir. Tapi private sector yang throw all kind of idea, proposal, paperwork to government agency yang berkaitan dan government agency hanya akan study submitted proposal and bawa idea itu ke atas. Private sectors also not really keen to development Malaysia, instead they throwing the idea simply to make money. If government accepts their idea, somehow they can generate money for themselves. Here where corruption will take place if any. In order for the proposal to be accepted, private sector will do what ever its take. So, the truth is private sector yang memajukan negara. If they stop their business or everybody work with government negara kita akan terus mundur.


3. Politician
Semestinya tak lengkap sessi melepak lepas business meeting without ahli politik. Tak semestinya ahli politik yang besar-besar, maybe hanya Ketua Pemuda UMNO bahagian or exco Puteri UMNO Negeri. Jadi politician ingatkan businessman dan government servant yang hakikatnya di Malaysia merekalah yang drive the nation. Or at least their contribution sebenarnya cukup banyak dan tidak boleh dilupakan. The interesting fact that most politician adalah businessman themselves membuatkan most idea, proposal, dan concept paper actually come from them. Politician yang ada power, connection dan kepentingan akan find new idea not just to generate money but also to built their political career. In sports for example, politician akan bersungguh-sungguh untuk majukan any particular sport because they want to become famous and create ‘successful image’ on their face. So, beside money, political interest is the one that actually ‘develop’ Malaysia. Politician yang terpaksa rajin akan bring new idea to boost they name and secara tak lansung memajukan negara.


4. Academician.
Professor pencen yang signature dia selalu digunakan sebagai pelengkap kertas kerja pula mengambil bahagian dalam perbincangan. He said, regardless how creative or innovative private sector workers, or how hardworking government servant and politician to come out with new idea, the main source definitely in academic institutions. Everybody got an idea from thesis paper, university newsletter, published article or report that prepared by academician. Ok, to be honest some of the ideas not initiate by the universities but businessman or government agency ask them to study and come out with full report and recommendation. So, somehow we should thanks professors, lectures and universities student for their effort in developing Malaysia.


5. Aku dan Kawan-kawan.
Masa dengar semua pihak sibuk dok baling-baling idea, pendapat dan pandangan, aku senyum sorang-sorang. Yelah, masing-masing nak puji diri masing-masing lebih penting padahal kuli macam aku ni juga yang fikirkan idea baru, create problem dan cari solution, tulis proposal, lukis drawing, pecah kepala fikir nak karang paperwork, pening meringkas paperwork jadi concept paper, tak tidor malam transform lukisan minda jadi kertas kerja lengkap and so on, Then, pekerja-pekerja di office dan di site yang bermandi peluh buat kerja untuk merealisasikan idea-idea mereka. So, kuli-kuli macam aku yang patut diberikan pujian sebab majukan Malaysia.


Masa tulis posting ini, aku selitkan beberapa contoh dan idea yang telah terlaksana. Tapi since aku takut nanti cerita aku mengecilkan hati beberapa pihak atau fakta aku tak tepat, jadi aku delete.

Korang rasa situasi perbincangan aku tulis ini benar-benar berlaku atau aku reka-reka je?

Total Pageviews

. page counter