Friday, December 12

Open Letter to Malaysian Billionaire – Please Save Malaysian Football

Notice: I hope friends here will continue vote for Nicol David in ESPN's Champion of Champions 'game. She managed to beat Usain Bolt with slim margin and now she up against Mangkuk's Cristiano Ronaldo.

Vote here: http://www.espnstar.com/games/champions-2008/vote/?username=


About today posting, obviously motivated by our national team latest failure in AFF Cup, aku nak minta tolong dengan billionaire Malaysia. Ini bukan one of my stupid joke. Aku serious ni. Aku nak tulis surat terbuka kepada billionaire rakyat Malaysia.

First, let me explain why I want to seek their help:

1. I don’t put any of my trust on politician and royal families to manage FAM anymore. It’s not their fault, mereka ada limited management knowledge atau dalam bahasa mudahnya… kurang cerdik.

2. I believe FAM should be run as corporate company by well known successful businessman.

3. Banyak persatuan sukan menunjukkan kemajuan selepas diambil alih oleh businessman yang kaya raya, didalam dan diluar negara. (BAM, SRAM, Persatuan Bolasepak Australia, Persatuan Bolasepak Jepun, dan banyak lagi).

4. To save Malaysia football no doubt we need a lot of cash, so, I hope Malaysian billionaires will be able to invest few million ringgit of their pocket money.

Ok, cukup dah kot introduction. As I said, this is not lame joke, aku serious. So, better aku tulis surat rasmi dalam Bahasa Melayu, kalau aku tulis in English akan nampak lucu pula.


---------------------- Surat Bermula ---------------------------


Rujukan Saya: AB/5B/01-08

Tarikh: 12 Disember 2008

Mr.Right,
http://www.akubetul.com,
Shah Alam, Selangor.

Billionwan Malaysia,
Malaysia,

Tuan,

Cadangan Menyelamatkan Sukan Bolasepak Malaysia


Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin meminta jasa baik tuan untuk bekerjasama bagi menyelamatkan sukan paling diminati di Malaysia, iaitu sukan bolasepak.

2. Seperti yang pihak tuan sedia maklum, sukan bolasepak adalah sukan paling diminati didunia. Bolasepak telah menjadi satu industri yang sangat besar dari segi populariti, pengaruh, pulangan ekonomi sehinggakan perpaduan bangsa. Namun, kegagalan demi kegagalan yang dialami oleh pasukan kebangsaan telah membuatkan negara kita ketinggalan didalam industri yang sedang berkembang maju ini. Saya percaya impak yang akan terhasil daripada kegagalan ini tidak kurang bahayanya kepada negara dan masyarakat kita. Kemerosotan ekonomi, hilang keyakinan diri, kekurangan pelancong asing, sekadar menamakan beberapa kesan yang sedang dan akan terus menular.

3. Saya percaya pengalaman dan kekayaan yang dimiliki oleh pihak tuan mampu mengubah senario ini. Saya berharap pihak tuan dapat menimbangkan beberapa cadangan saya dalam usaha menyelamat sukan bolasepak dan seteruskan maruah negara yang semakin tercalar. Saya tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak, saya cuma berharap pihak tuan dapat betindak secepat mungkin sebelum masalah ini menjadi semakin parah.

Berikut adalah beberapa cadangan saya:
• Billionwan Malaysia menubuhkan badan bertindak yang dinamakan Badan Bertindak Billionwan Bantu Bolasepak (5B).
• Setiap ahli 5B melabur minimum RM 100 juta.
• Ambil alih pengurusan FAM dengan apa cara sekalipun (rasuah, beli, ugut, dan lain-lain cara).
• Selamatkan pemain bolasepak remaja Malaysia. Asingkan pemain peringkat umur negara daripada pasukan negeri mereka. Tempatkan mereka di akademi, panggil jurulatih terbaik dan hantar mereka berlatih diluar negara dari masa ke semasa.
• Daripada dana yang telah dikumpul, beli satu atau beberapa kelab bolasepak di Amerika Selatan atau/dan Asia atau/dan Afrika. Dapatkan perjanjian untuk menghantar tidak kurang daripada 100 pemain remaja kebangsaan berlatih di kelab-kelab tersebut pada satu-satu masa.
Cadangan berikut mungkin agak radikal, tapi tidak salah dicuba:
• Bubarkan Liga Super, carikan tempat untuk pemain negeri bermain dinegara luar, Indonesia, Thailand, Vietnam, Korea, Hong Kong dan negara-negara jiran yang lain. Liga tempatan hanya untuk pemain remaja sahaja. Apabila mereka dewasa arahkan mereka bermain diluar.
• Selepas 5 tahun atau jangkamasa yang dikira sesuai, wujudkan semula liga tempatan untuk pemain dewasa. Berikan nama lain kepada liga, walaupun sistem dan konsep yang hampir sama. (Rebranding). Dalam masa 5 tahun itu juga 5B perlu menghantar pakar untuk mengkaji sedalam mungkin model liga di seluruh dunia.
4. Saya percaya pelaburan tuan tidak akan sia-sia. Jika tuan mahu, pihak tuan boleh menggunakan kejayaan pasukan negara kelak untuk mempromosikan perniagaan tuan dan rakan-rakan. Bayangkan jika pasukan Malaysia mampu beraksi di Piala Dunia, dan logo syarikat tuan dan rakan-rakan mengiringi skuad kebangsaan. Pendedahan antarabangsa yang bakal syarikat tuan kecapi pasti menjamin pulangan bagi setiap sen yang tuan laburkan. Malah usaha murni tuan juga akan mendapat sanjungan tinggi daripada rakyat Malaysia. Sanjungan ini boleh membawa kepada pengaruh. Pengaruh ini akan memberikan tuan kuasa dan seperti yang kita semua tahu, kuasa membawa kepada kekayaan. Pihak tuan juga akan dipandang tinggi oleh dunia luar kerana berjaya melakukan sesuatu yang selama ini dianggap mustahil. Tuan akan kekal sebagai keajiban era moden, usaha tuan dan rakan-rakan akan ditulis didalam sejarah sukan dunia.

5. Saya benar-benar berharap cadangan saya akan dipertimbangkan oleh pihak tuan. Tuan dialu-alukan untuk menghubungi saya jika ada sebarang kemusykilan. Saya sanggup menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.

Sekian.

Salam sejahtera.

Yang berharap,







---------------------- Surat Tamat ---------------------------

Aku sudah emailkan surat ini kepada beberapa orang terkaya di Malaysia base on this list. No joke, aku dah buat. Aku gagal dapatkan semua email address mereka, kalau sesiapa ada, tolong forwardkan surat ini atau berikan address mereka kepada aku.


At least ini adalah usaha aku untuk menyelamatkan sukan bolasepak Malaysia. Walaupun nampak macam sia-sia, namun aku puas. Aku tidak sekadar tengok, berharap, sedih, kutuk, kemudian tengok lagi, berharap lagi, sedih lagi, kutuk lagi dan meneruskan pattern yang sama setiap masa tanpa sebarang usaha.


Total Pageviews

. page counter