Monday, October 1

Keruntuhan Akhlak Remaja

Orang yang sebaya dengan aku mungkin masih ingat soalan subject Bahasa Melayu masa kita SPM tahun 1996. Soalan karangan yang aku pilih adalah berkenaan keruntuhan akhlak remaja. Aku not really remember the exact question, but it goes something like this;

“Keruntuhan akhlak remaja kita semakin membimbangkan… bla..bla… (Some fact and figures)...bla..bla…”

Huraikan kenyataan diatas.

Aku antara student yang spot soalan ini bakal keluar. So, alangkah seronoknya aku menarikan pen diatas kertas jawapan.

Aku menerangkan dua factor yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja. Iaitu factor penolakan dan penarikan. Penolakan bermaksud perihal didalam rumah yang menolak remaja untuk keluar dan mencari hiburan diluar. Kita semua setuju jika sebuah keluarga yang bahagia most probably remaja didalam keluarga itu akan mempunyi akhlak yang baik. Almost impossible akhlak remaja tersebut boleh runtuh didalam rumah sendiri yang harmoni. Jadi factor penolakan ini menolak remaja dari kekal didalam rumah. Antara factor ini adalah hubungan renggang antara ibu dan bapa, kehidupan terabai dek kerana ibu bapa sibuk mencari wang ringgit, akhlak ibu bapa itu sendiri yang teruk seterusnya mendorong anak-anak manjadikan mereka contoh dan beberapa factor-faktor lain yang aku dah lupa.

Kemudian ada factor penarikan. This simply means, elements di luar rumah yang menarik remaja untuk keluar dan terjerumus kedalam bencana keruntuhan akhlak. Element ini dengan mudah boleh disenaraikan, seperti rakan sebaya, technology, cabaran, keseronokan, dadah, motor, dan macam-macam.

Itulah isi karangan aku dulu. 11 tahun dulu.

Aku teringat benda ini masa gathering sekolah untuk berbuka puasa. Don’t know why, but aku tiba-tiba teringat isu ini. Dan jika difikirkan, gejala sosial dikalangan remaja merupakan masalah yang tiada penghujungnya. Bayangkan, lebih 10 tahun lepas isu ini adalah isu panas, dan sekarang tidak menampakkan tanda-tanda untuk sejuk. Mungkin isunya sedikit berbeza dari segi nama dan sebutan, but ianya masih benda yang sama. Dulu dipanggil kaki lumba haram, sekarang mat rempit, dulu bohsia sekarang gadis rempit… dulu dadah-dadah murahan macam ganja dan straw, sekarang lebih kepada pil khayal. Nama berbeza tapi komitmennya untuk menjahanamkan akhlak remaja kita tetap sama.

Nampaknya kerajaan, ibu bapa, masyarakat, kita semua menghadapi isu yang cukup besar dan degil. Hampir mustahil untuk ditangani sepenuhnya. Tapi bak kata Leftenan Adnan, mungkin kita akan kalah, tapi bukan sebab kita tidak melawan.

(Tak sure releven or not contoh kenyataan Leftenan Adnan ini, tapi… boleh lah…)

Apa-apa pun Good Luck…! Kepada kita semua.

Total Pageviews

. page counter